Analisis wacana: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
k suntingan sedikit
Tag: Dikembalikan menambah kata-kata yang berlebihan atau hiperbolis kemungkinan perlu pemeriksaan terjemahan VisualEditor
Menambahkan {{pp-protected}}(Tw)
 
(3 revisi perantara oleh 2 pengguna tidak ditampilkan)
Baris 1:
{{pp-protected|reason=Penambahan isi halaman tanpa sumber|small=yes}}
[[Berkas:Major levels of linguistic structure-fr.svg|jmpl|Level utama struktur bahasa (dalam bahasa Prancis)]]'''Analisis wacana''' ({{Lang-en|discourse analysis}}) merupakan salah satu [[disiplin ilmiah]] dalam [[linguistik]] yang secara khusus mengkaji tentang [[wacana]].<ref>{{Cite book|last=Alwasilah|first=A, Chaedar|url=http://repositori.kemdikbud.go.id/3367/1/PENGANTAR%20PENELITIAN%20LINGUISTIK%20TERAPAN.pdf|title=Pengantar Penelitian Linguistik Terapan|location=Jakarta|publisher=Pusat Bahasa|isbn=979-685-512-7|pages=19|url-status=live}}</ref> Kajiannya dapat dilakukan secara internal maupun secara eksternal.<ref>{{Cite book|last=Nesi, A., dan Sarwoyo, V.|date=2012|url=https://www.academia.edu/8914539/ANALISIS_WACANA_DISCOURSE_ANALYSIS_|title=Analisis Wacana: Logis Berwacana dan Santun Bertutur|location=Flores|publisher=Penerbit Nusa Indah|editor-last=Kerans|editor-first=Hendrik L.|pages=22|url-status=live}}</ref> Wacana memiliki arti yaitu kesatuan makna (semantis) antarbagian di dalam suatu bangun bahasa. Dengan hal tersebut, wacana dipandang sebagai wujud bahasa yang utuh karena setiap bagian dalam wacana memiliki hubungan padu. Di samping demikian, wacana juga bertalian erat dengan konteks. Sebagai kesatuan yang abstrak, wacana dapat dibedakan dari teks, tulisan, bacaan, tuturan atau inskripsi, yang berpijak pada makna yang sama, yaitu bentuk nyata yang terlihat, terbaca, atau terdengar.<ref name=":0">{{Cite book|last=Kushartanti|date=2005|title=Pesona Bahasa: Langkah Awal Memahami Linguistik|location=Jakarta|publisher=PT Gramedia|url-status=live}}</ref>
 
Baris 74 ⟶ 75:
=== Analisis kualitatif ===
Analisis wacana merupakan analisis terhadap isi teks yang lebih bersifat kualitatif dibandingkan kuantitatif. Penggunaan analisis wacana mengatasi kekurangan dari analisis isi teks dengan pendekatan kuantitatif. Analisis wacana mempertanyakan kondisi dari isi teks dan cara penyampaian [[pesan]] yang terkandung di dalam teks.<ref>{{Cite book|last=Mukarom|first=Zaenal|date=2020|url=http://digilib.uinsgd.ac.id/31495/1/ZM%20Book%20Teroi-teori%20Komunikasi.pdf|title=Teori-Teori Komunikasi|location=Bandung|publisher=Jurusan Manajemen Dakwah, Fakultas Dakwah dan Komunikasi, UIN Sunan Gunung Djati Bandung|isbn=978-623-6524-01-5|pages=254|url-status=live}}</ref>
 
== Keutuhan Wacana ==
'''Konsep Keutuhan Wacana'''
 
Wacana terletak pada tingkat tertinggi dalam hierarki bahasa iaitu selepas tingkat ayat. Dalam wacana, hubungan antara unit bahasa atau unsur seperti kata, frasa, klausa dan ayat, disusun dan disatukan dengan baik untuk menunjukkan bagaimana pemikiran manusia bersambung dan berkembang sehingga membawa kepada kesatuan fikiran yang kukuh. Sebuah wacana yang baik merujuk kepada bentuk penulisan yang mempunyai ciri-ciri asas iaitu kesatuan dan pertautan:
 
# Kesatuan: Setiap bahagian atau unsur dalam wacana yang mempunyai hubungan idea tajuk atau jadual yang menjadi latar wacana tersebut. Contohnya ayat-ayat perenggan atau subtajuknya mempunyai hubungan makna yang mengarah kepada pokok perbincangan wacana itu.
# Pertautan: Hubungan antara unsur-unsur bahasa seperti kata hubung, penanda wacana, kata rujukan dan sebagainya yang berfungsi untuk menyambung bahagian-bahagian dalam wacana tersebut. Contoh kata hubung seperti walaupun, malah, lantaran dan sebagainya.
 
Keutuhan wacana adalah ciri wacana yang baik. Apabila wacana dijalankan dalam cara yang teratur dan berturutan, perkara ini dipanggil konsisten. Menurut Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1987) kesesuaian wacana adalah penting untuk menentukan sama ada sesuatu satuan itu dianggap sebagai wacana atau hanya sekumpulan ayat yang tidak teratur. Melalui analisis keutuhan wacana juga membantu kita lebih memahami hubungan bahasa dengan alam di luar bahasa secara lebih mendalam. Berdasarkan Kamus Webster yang ditulis oleh Noah Webster (1983) perkataan wacana dalam bahasa Inggeris dapat dijelaskan seperti berikut:
 
# Hubungan fikiran dengan kata-kata, ekspresi idea-idea atau gagasan atau percakapan.
# Hubungan secara  umum, sama ada sebagai satu subjek atau pokok perbincangan.
# Risalah bertulis, disertai formal, kuliah, ceramah, khutbah dan sebagainya.
 
Menurut Stubbs (1983) wacana ialah suatu kesatuan bahasa yang lebih besar daripada ayat dan klausa. Wacana menjadi unit linguistik yang lebih tinggi kedudukannya daripada batasan ayat dan klausa. Dalam kata lain, wacana boleh terdiri daripada bentuk novel, buku, ensiklopedia dan sebagainya yang membawa makna atau mesej yang lengkap. Asmah Haji Omar (1986) berpendapat, wacana adalah penglahiran sistem bahasa dan unsur-unsur lain sistem bahasa yang membantu ke arah menjadi pertuturan ataupun tulisan yang berkenaan sebagai ssesuatu yang bermakna dalam aktiviti komunikasi.
 
Walau bagaimanapun terdapat aspek penting yang menghasilkan wacana yang utuh iaitu terdapatnya runtuhan koheren (kesinambungan idea yang menjadikan wacana itu suatu teks yang bermakna serta dapat difahami) dan wujudnya tautan atau kohesi (keserasian hubungan antara suatu unsur linguistik dengan unsur linguistik yang lain). Selain itu, keutuhan wacana juga dapat dianalisis daripada wujudnya hubungan atau kaitan daripada aspek semantik, leksikal, gramatikal, atau tatabahasa dan fonologi yang dilihat sebagai salah satu bahagian dalam wacana.
 
Dalam Pengajian Melayu 2: Ketrampilan Bahasa oleh Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz, (1997) dinyatakan bahawa suatu wacana yang utuh secara umumnya mempunyai empat ciri iaitu:
 
* Hubungan Keutuhan dari Segi Semantik
* Hubungan Keutuhan dari Segi Fonologi
* Hubungan Keutuhan dari segi Leksikal
* Hubungan Keutuhan dari segi Tatabahasa atau Gramatikal
 
== Keutuhan Semantik ==
Wacana menunjukkan hubungan dan perkembangan gagasan yang berurutan. Hubungan antara satuan wacana, baik lisan mahupun tulisan, diungkapkan dalam rangka menyampaikan informasi tentang sesuatu. Gaya tuturan tergantung pada situasi dan posisi pembicara. Ayat-ayat harus menunjukkan kesinambungan semantik. Wacana tidak boleh mempunyai pernyataan-pernyataan yang bertentangan dengan ayat sebelumnya. Keutuhan suatu ujaran bergantung pada adanya hubungan semantik. Hal ini dapat menentukan ayat tersebut merupakan satu wacana atau hanya kumpulan ayat yang tidak teratur.
 
=== '''Hubungan dari Segi Semantik''' ===
Hubungan Semantik Umum: Hubungan semantik umum juga dikenali sebagai kaitan semantik antara bahagian-bahagian wacana yang merujuk kepada penggunaan bentuk-bentuk pernyataan yang memperlihatkan hubungan dalam bentuk berikut:
 
=== '''Hubungan yang Berkaitan Sebab dan Akibat''' ===
 
====== 1. Hubungan sebab dan akbiat ======
Contoh: Karim tidak bersungguh-sungguh semasa belajar. (sebab) Dia gagal dalam peperiksaan. (akibat)
 
====== 2. Hubungan sebab dan tujuan ======
Contohnya: Khairul belajar bersungguh-sungguh. (sebab) Dia ingin berjaya dalam pelajaran. (tujuan)
 
====== 3. Hubungan sebab dan hasil ======
Contohnya: Arisya seorang usahawan yang gigih. (sebab) Dia memiliki sebuah syarikat perniagaan yang besar di Malaysia. (hasil)
 
====== 4. Hubungan alasan dan kesan ======
Contohnya: Gara-gara Laili jalan lambat. (sebab) Ana tertinggal bas untuk pulang. (kesan)
 
====== 5. Hubungan syarat dan hasil ======
Contohnya: Jika kita berusaha dalam pelajaran. (sebab) Kita akan berjaya dalam peperiksaan nanti. (hasil)
 
====== 6. Hubungan sebab dan kesan ======
Contohnya: Pintu rumah Syamil tidak dikunci semalam. (sebab) Beberapa barang berharga telah dicuri. (kesan)
 
=== '''Hubungan Pasangan''' ===
Hubungan pasangan boleh dilihat berdasarkan dua bentuk iaitu dari segi perbezaan dan bandingan
 
====== 1. Perbezaan ======
Contoh: Semua pelajar menangis kecuali Abu.
 
====== 2. Perbandingan ======
Contoh: Kalau ayah pun berperangai buruk, apatah lagi si anak.
 
=== '''Hubungan Tempoh Masa''' ===
Hubungan tempoh masa dalam ayat boleh dilihat berdasarkan dua jenis hubungan yang menunjukkan perkaitan dengan tempoh masa iaitu mengikut turutan kronologi dan pertindanan masa.
 
====== 1. Mengikut turutan kronologi ======
Contoh: Bukhori akan melawat adiknya yang sakit di hospital kemudian rumah abangnya, dan selepas itu bertolak ke Thailand.
 
====== 2. Pertindanan masa ======
Contoh: Ketika dia bertolak meninggalkan Kulim, hujan turun.
 
=== '''Hubungan Kebenaran Kesahihan.''' ===
Bermaksud perkaitan yang menggambarkan pertentangan fakta. Berdasarkan Kamaruddin Hj. Husin dan Siti Hajar Abd. Aziz (1997) mengatakan bahawa terdapat empat bentuk pernyataan yang dikaitkan dengan hubungan ini iaitu penyataan pengesahan, penyataan penafian dan luar jangkaan.
 
====== 1. Pernyataan pengesahan. ======
Contoh: Azmil perlu meneruskan pengajiannya, saya percaya dia boleh berjaya.
 
====== 2. Pernyataan penafian ======
Contoh: Sara bukannya lemah. Dia cuma tidak sihat ketika itu.
 
====== 3. Luar jangkaan ======
Contoh: Fahim bercadang hendak menyerang tetapi sebaliknya terpaksa bertahan.
 
=== '''Hubungan Ikatan''' ===
Hubungan ikatan menunjukkan perkaitan makna antara ayat-ayat. Ia terdapat dalam beberapa bentuk iaitu berpasangan, ispasangan bertentangan dan pengecualian penyataan.
 
====== 1. Berpasangan ======
Contoh: Tiara memakai seluar merah jambu dan baju kuning
 
====== 2. Pasangan bertentangan ======
Contoh: Dia cuba mengingat kembali, tetapi dia seorang pelupa.
 
====== 3. Pengecualian penyataan ======
Contoh: Kemiskinan menyebabkan manusia tidak bermoral. Dia telah mula mencari pekerjaan untuk menampung kehidupan.
 
=== '''Hubungan Prafrasa''' ===
Hubungan ini merujuk kepada bentuk penyataan yang menyatakan semula kenyataan awal.
 
Contoh: Lee bukan seorang yang baik. Dia jahat.
 
=== '''Hubungan Penekanan''' ===
Hubungan ini boleh dilihat berdasarkan bentuk-bentuk seperti penekanan istilah dan penekanan predikat.
 
====== 1. Penekanan istilah ======
Contoh: Inilah pahlawan yang dibunuhnya.
 
====== 2. Penekanan predikat ======
Contoh: Milia menyesali atas apa yang telah berlaku.
 
=== '''Hubungan Suasana dan Perlakuan''' ===
Menunjukkan perkaitan makna dalam ayat  yang merujuk yang merujuk kepada tempat. Hubungan ini seperti lokasi perlakuan, arah perlakuan dan keadaan perlakuan.
 
====== 1. Lokasi perlakuan ======
Contoh: Ismail sedang makan di ruang tamu.
 
====== 2. Arah perlakuan ======
Contoh: Qilah menghalau kambing itu ke kandang.
 
====== 3. Keadaan perlakuan ======
Contoh: Salma merawat pesakit itu dengan baik.
 
=== '''Hubungan Semantik Interaktif''' ===
Hubungan semantik interaktif banyak berfungsi dalam wacana lisan. Ia bertujuan bagi menimbulkan respon atau tindak balas daripada pendengar. Terdapat tiga bentuk asas aplikasi semantik dalam perbualan iaitu inisiatif, respon dan susulan (Winfred Crombie, 1985)
 
====== Inisiatif ======
Inisiatif merujuk kepada langkah atau tindakan yang diambil untuk mencapai matlamat tertentu. Boleh diandaikan bahawa bagaimana makna perkataan atau konsep berinteraksi atau berkait antara satu sama lain dalam usaha mencapai matlamat atau inisiatif tertentu. Ia juga boleh merujuk kepada bagaimana komunikasi dan kerjasama antara pihak berkepentingan dalam sesuatu inisiatif boleh mempengaruhi pemahaman bersama tentang makna perkataan dan konsep tertentu, serta bagaimana pemahaman ini mempengaruhi pelaksanaan inisiatif. Inisiatif adalah penting untuk memahami cara komunikasi, kerjasama dan pemahaman bersama mempengaruhi pelaksanaan dan hasil.
 
Contoh : ''Saya lapar''.
 
====== Respon ======
Hubungan semantik interaktif sebagai respons merujuk kepada cara makna teks dipengaruhi oleh konteks interaksi antara penutur dan pendengar atau antara penulis dan pembaca. Ini termasuk bagaimana makna ayat atau ujaran boleh berubah bergantung kepada konteks perbualan atau penulisan yang berlaku. Sebagai contoh, dalam perbualan, maksud ayat boleh diubah atau dijelaskan dengan respons yang diberikan oleh orang lain. Jika seseorang bertanya "''Saya lapar''", jawapan daripada orang lain seperti "''Jom makan''" akan menunjukkan bahawa mereka sedar dan bertindak balas terhadap keperluan yang dinyatakan.
 
====== Susulan ======
Susulan menunjukkan antara makna dan hubungan semantik dalam konteks penyiasatan susulan atau penyelidikan susulan. Ia boleh merujuk kepada cara makna perkataan, frasa atau ayat berinteraksi antara satu sama lain dalam konteks tertentu, serta bagaimana hubungan semantik antara unsur bahasa mempengaruhi pemahaman keseluruhan. Dalam konteks penyelidikan susulan, ini mungkin bermakna meneroka lebih mendalam hubungan antara makna perkataan atau konsep dalam teks atau bahasa.
 
Contoh: ''Okey, jom kita pergi makan''.
 
Hubungan semantik interaktif juga boleh dilihat dalam bentuk ayat-ayat atau ujaran seperti penyoalan, arahan, persetujuan dan pemberitahuan.
 
a.Penyoalan: Di manakah majalah saya?
 
b. Arahan: Pergi kau dari sini.
 
c.Persetujuan: Ya, baiklah.
 
d.Pemberitahuan: Buku Ekonomi ada di atas meja.
 
== Keutuhan Leksikal ==
Keutuhan leksikal dalam Bahasa Melayu  adalah aspek penting dalam mengekalkan keaslian dan konsistensi kata-kata dalam penggunaan harian. Ini merangkumi pematuhan terhadap ejaan, makna, dan bentuk kata. Secara umum, sistem ejaan Rumi dan Jawi perlu dihormati untuk memastikan penggunaan yang betul dan konsisten dalam penulisan. Pematuhan terhadap keutuhan leksikal ini memainkan peranan penting dalam memastikan komunikasi yang tepat dan memudahkan pemahaman antara penutur bahasa Melayu. Bagi mencapai keutuhan leksikal secara terperinci, penulis perlu memperhatikan peraturan ejaan yang ditetapkan, mengelakkan penggunaan perkataan yang tidak baku, dan memahami konteks penggunaan sesuatu kata untuk mengelakkan kekeliruan atau salah faham. Keaslian dan keutuhan dalam penggunaan kata-kata juga penting untuk mengekalkan identiti bahasa dan kebudayaan Melayu. Dengan menjaga keutuhan leksikal secara rapi, kita dapat mengekalkan kekayaan bahasa dan memastikan warisan linguistik yang kukuh untuk generasi akan datang. Keutuhan leksikal dapat dilihat di dalam beberapa bentuk seperti:
'''Pembuka dan Penutup'''
# Dalam konteks pembukaan dan penutupan, keutuhan leksikal memainkan peranan yang penting dalam menyampaikan maklumat secara jelas dan memberikan kesan yang positif kepada pembaca atau pendengar. Pembukaan yang mematuhi keutuhan leksikal dapat menarik perhatian dengan menggunakan perkataan yang tepat dan sesuai dengan tujuan komunikasi. Pemilihan kata yang kreatif dan padat memastikan pesan disampaikan dengan jelas dan memikat minat. Sebaliknya, penutupan yang memperlihatkan keutuhan leksikal menegaskan kesimpulan dengan kuat, meninggalkan kesan yang berkesan.
# Dalam pembukaan dan penutupan, keutuhan leksikal memastikan penggunaan kata yang tepat dan gaya penulisan yang sesuai, mencipta kesan positif. Contoh ayat: “Pembukaan yang memikat perhatian dan penutupan yang padat memberikan dimensi yang kuat kepada komunikasi. Misalnya, dalam sebuah ceramah, pemilihan kata yang kreatif di awal dapat memikat pendengar: 'Dalam zaman yang serba canggih ini...' Manakala penutup yang kemas meninggalkan kesan yang berkesan: 'Dengan itu, mari kita bersama-sama membina masa depan yang lebih cerah untuk generasi akan datang.”
 
'''Kolokasi'''
 
Keutuhan leksikal dalam konteks kolokasi melibatkan penggunaan kata-kata yang secara semantik sering kali digunakan bersama-sama untuk membentuk ungkapan atau frasa yang maknanya lebih khusus. Memahami kolokasi ini memainkan peranan penting dalam memastikan kejelasan dan keaslian komunikasi. Sebagai contoh, kolokasi yang umum dalam Bahasa Melayu adalah "membuat keputusan," di mana kata kerja "membuat" dan kata benda "keputusan" sering digunakan bersama untuk menyatakan tindakan mengambil keputusan. Penggunaan yang tepat dalam konteks ini menghormati keutuhan leksikal dan memastikan pesan disampaikan dengan jelas. Oleh itu, pemahaman dan penggunaan kolokasi dengan betul adalah penting untuk memelihara keaslian dan kejelasan dalam komunikasi bahasa.
 
'''Pengulangan'''
 
Dalam konteks pengulangan, keutuhan leksikal merujuk kepada pemilihan kata atau frasa yang bersifat konsisten untuk menghindari kekeliruan. Penggunaan kata atau frasa yang sama secara berulang dalam suatu teks atau percakapan memperkukuh kejelasan dan memberikan kesan yang teratur. Pemahaman aspek ini adalah penting untuk memastikan bahawa pesan disampaikan dengan tepat dan mudah difahami. Sebagai contoh, dalam satu perbualan formal, pengulangan kata ganti "beliau" sebagai pengganti nama diri seseorang mengekalkan keutuhan leksikal dan menunjukkan penuh hormat. Dengan memahami dan mengamalkan keutuhan leksikal dalam pengulangan, kita dapat mencapai ketelusan dan konsistensi yang diperlukan dalam komunikasi bahasa.
 
'''Persamaan Leksikal'''
 
Dalam konteks persamaan leksikal, keutuhan leksikal merujuk kepada konsistensi dan keselarasan dalam penggunaan kata-kata atau frasa yang mempunyai makna serupa. Pemilihan kata-kata dengan persamaan leksikal dapat memperkukuh makna dan memberikan variasi yang sesuai dalam komunikasi. Penting untuk menjaga persamaan leksikal agar tidak menimbulkan kekeliruan dalam penyampaian maklumat. Sebagai contoh, dalam satu laporan kaji selidik, istilah seperti "pengguna" dan "pelanggan" boleh digunakan secara bersamaan untuk merujuk kepada individu yang menggunakan sesuatu perkhidmatan atau produk. Dengan memelihara persamaan leksikal, kita dapat mencapai kejelasan dan kohesi dalam penyampaian maklumat, memastikan pemahaman yang tepat oleh penerima maklumat.
 
'''Hiponim'''
 
# Hiponim merujuk kepada kata-kata yang mempunyai makna yang lebih spesifik atau terperinci berbanding dengan kata-kata yang lebih umum atau luas. Dalam konteks keutuhan leksikal Bahasa Melayu, contoh hiponim untuk keutuhan leksikal boleh termasuk pematuhan terhadap peraturan ejaan.
# Penggunaan ejaan yang betul adalah penting dalam menjaga keutuhan leksikal Bahasa Melayu Malaysia. Sebagai contoh, perkataan 'sesuatu' sepatutnya ditulis dengan huruf 's' ganda, bukan 'suatu', untuk memastikan pematuhan terhadap peraturan ejaan yang ditetapkan.
 
Keutuhan leksikal dalam Bahasa Melayu adalah aspek penting untuk memelihara keaslian dan konsistensi kata-kata dalam komunikasi harian. Ini mencakup pematuhan terhadap ejaan Rumi dan Jawi, serta penjagaan terhadap makna dan bentuk kata. Profesor Emeritus Dr. Asmah Haji Omar, tokoh terkemuka dalam bidang linguistik, menekankan betapa pentingnya keutuhan leksikal dalam memelihara kekayaan budaya dan bahasa Melayu. Beliau berpendapat bahawa usaha bersama masyarakat, pendidik, dan pihak berkuasa diperlukan untuk memastikan bahawa bahasa ini terus berkembang tanpa mengorbankan keaslian bahasa itu sendiri.
 
== Keutuhan Gramatikal ==
Keutuhan gramatikal adalah hubungan wacana yang berkaitan dengan tatabahasa. Wacana yang berkualiti dapat memperlihatkan hubungan yang berturutan atau teratur  dalam sesuatu wacana serta terdapat urutan atau koheren dan kohesi. Keutuhan gramatikal berfungsi sebagai penghuraian yang memastikan terdapat kesinambungan makna dan struktur dalam sebuah wacana. Hal ini dapat dicapai melalui perkaitan di antara unsur tatabahasa, penggunaan penanda rujukan dan hubungan antara kata dengan benda yang dirujuk. Terdapat tiga jenis keutuhan gramatikal:
 
'''Kohesi Gramatikal'''
 
Kohesi gramatikal merujuk kepada perkaitan di antara unsur tatabahasa dalam wacana, seperti pengulangan kata, penggunaan sinonim dan penggunaan konjungsi. Ia bertujuan untuk memastikan terdapat kesinambungan struktur tatabahasa dalam wacana sehingga wacana tersebut lebih mudah difahami dan mempunyai kualiti yang baik. Sebagai contoh, dalam ayat “Dia pergi ke kedai. Kemudian dia membeli beberapa buah.”. Pengulangan kata “dia” menunjukkan terdapatnya kohesi gramatikal. Selain itu, penggunaan sinonim seperti “membeli” sebagai pengganti kata “membeli” juga merupakan contoh dari kohesi gramatikal. Selain itu, kolokasi dalam kohesi gramatikal juga dapat digunakan dengan mengenal pasti penggunaan kata-kata yang cenderung untuk memiliki hubungan makna yang erat.  Dalam sebuah wacana, penggunaan kolokasi yang tepat dapat meningkatkan kohesi gramatikal dengan cara memperkuat hubungan di antara unsur kata dan ayat. Oleh itu, penggunaan kolokasi yang tepat dapat membantu dalam meningkatkan kohesi gramatikal dalam sebuah wacana.
 
'''Penggunaan Penanda Rujukan'''
 
Penggunaan penanda rujukan melibatkan penggunaan kata ganti, kata keterangan atau kata penghubung untuk merujuk kepada unsur-unsur dalam wacana. Sebagai contoh kata ganti benda, penggunaan kata “itu” atau “ini” untuk merujuk kepada benda atau objek tertentu dalam wacana. Bagi keterangan waktu, penggunaan “kelmarin” atau “hari ini” untuk merujuk kepada waktu tertentu dalam wacana. Bagi kata penghubung, penggunaan “kerana” atau “sehingga” untuk menghubungkan antara alasan dan hasil dari sesuatu peristiwa dalam wacana.
 
'''Hubungan Antara Kata dan Benda yang Dirujuk'''
 
Hubungan antara kata dan benda yang dirujuk merupakan sebahagian dari keutuhan gramatikal yang terkait dengan penggunaan kata-kata untuk merujuk kepada benda atau objek tertentu dalam wacana. Penggunaan penanda rujukan yang mempunyai ciri keutuhan gramatikal  meliputi penggunaan kata ganti nama orang  seperti “saya”, “dia”, “kamu”, “mereka” dan kata ganti lainnya. Hal ini menegaskan bahawa betapa pentingnya penggunaan kata ganti untuk merujuk kepada unsur-unsur dalam wacana untuk menjaga keutuhan gramatikal.
 
Terdapat beberapa cara untuk mengatasi keutuhan gramatikal dalam sesebuah wacana dimana keutuhan gramatikal dalam sebuah wacana dapat dijaga dengan baik sehingga wacana itu lebih mudah difahami. Antaranya ialah:
 
# Pemilihan Kata atau Ayat yang Tepat
 
Pemilihan kata atau ayat yang tepat dapat memastikan ia sesuai dengan tatabahasa untuk menjaga kohesi dan koheren dalam wacana.
 
# Penggunaan Kata Hubung yang Tepat
 
Kata hubung digunakan untuk menghubungkan ayat dalam sesebuah wacana. Penggunaan kata hubung yang tepat akan membantu menjaga keutuhan gramatikal dalam wacana.
 
# Penggunaan Sinonim dan Kata Penghubung
 
Penggunaan sinonim dan kata penghubung yang tepat akan membantu menjaga kohesi dan koheren dalam wacana sehingga memperkuat keutuhan gramatikal.
 
== Keutuhan Fonologi ==
Keutuhan fonologi boleh dilihat daripada aspek segi hentian suara, nada suara dan intonasi suara. Intonasi dapat menimbulkan hubungan semantik di antara bahagian wacana. Hal ini dikatakan demikian kerana intonasi berperanan penting sebagai penanda, pemisah frasa dan pembeza struktur ayat. Keutuhan fonologi juga terbahagi kepada dua unsur paralinguistik yang dapat membantu pemahaman tentang sesuatu wacana iaitu:
 
# '''Wacana Tulisan''' : Unsur-unsur para linguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana seperti tanda baca termasuk noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya.
# '''Wacana Lisan:''' Unsur-unsur para linguistik ini ialah alat-alat yang digunakan untuk memperjelaskan persembahan wacana seperti tanda baca termasuk noktah, koma, tanda soal, titik bertindih dan sebagainya.
 
Intonasi memainkan peranan penting dalam menunjukkan jenis ayat, seperti pernyataan, soalan, atau seruan. Dalam bahasa pertuturan, intonasi melibatkan variasi dalam nada suara yang digunakan dalam pertuturan untuk menyampaikan makna atau perasaan tertentu. Berikut adalah contoh pengolahan untuk ayat-ayat yang diberikan dari aspek fonologi termasuk hentian, intonasi atau nada suara:<blockquote>'''Contoh 1'''
 
Ayat Penyata: “''Malaysia negara yang aman.''”
 
Ayat tanya: “''Negara Malaysia aman''?”
 
'''Contoh 2'''
 
Ayat penyata: “''Dia sudah mandi.''”
 
Ayat tanya: “''Dia sudah mandi?''”</blockquote>Secara umumnya, perbezaan intonasi atau hentian dalam soalan dan pernyataan boleh mempengaruhi cara kita memahami dan mentafsir ayat. Dalam situasi pertanyaan soalan, intonasi sering naik pada akhir ayat, mana sama, perbezaan intonasi boleh menunjukkan perbezaan fungsi atau makna.
 
== Kerangka Teori ==
Wacana ialah satu set perkataan atau frasa yang kerap, hampir selalu, digunakan dalam konteks sosial yang berbeza. Khususnya, fakta dan isu perkataan atau istilah wacana yang sering digunakan boleh diperhatikan dalam interaksi dan komunikasi orang terpelajar iaitu dalam konteks formal dan tidak formal. Contohnya, semasa aktiviti bercakap secara individu melalui alat peranti untuk menggunakan teknologi maklumat. Walau bagaimanapun, beberapa bukti menunjukkan bahawa tindak balas mereka terhadap arahan yang dikemukakan kepada mereka seperti "Apakah wacana?"  adalah berbeza secara drastik. Perkara ini adalah logik bahawa terdapat pelbagai jawapan kepada soalan ini memandangkan perkataan dan frasa wacana mempunyai pelbagai makna dan konotasi.
 
Dalam konteks ini, istilah dan frasa wacana hanya difahami oleh kalangan ini sebagai wacana lisan, membolehkan seseorang mempercayai bahawa ia mempunyai makna yang sama dengan ucapan atau perbualan. Walaupun pada hakikatnya berdasarkan medium penyampaian, wacana juga boleh boleh didapati dalam bentuk tulisan seperti buku, artikel, pendapat, dan sebagainya. Linguistik merupakan bidang pengajian yang memfokuskan bahasa sebagai sistem tanda seperti dalam mata pelajaran akademik yang lain. Oleh itu, perkataan dan istilah wacana mempunyai makna yang berbeza. Kepelbagaian pengetahuan terhasil apabila penggunaan penterjemah latar belakang yang berbeza dari segi pemikiran yang memberi tumpuan kepada pemahaman dan penyampaian perkataan atau konsep wacana. Namun begitu, wacana mementingkan bahasa yang digunakan berdasarkan teori beberapa pengarang dan pakar linguistik iaitu Moeliono (1988). Kerangka pemahaman dan makna ini berkait rapat dengan fungsi dan kegunaan bahasa dalam penggunaannya sebagai alat atau medium komunikasi yang dianggap paling berkesan dalam konteks kehidupan masyarakat sebagai penutur subjek bahasa berkenaan yang dalam perspektif sosiolinguistik dipanggil komunikasi pertuturan (Labu Djuli et.al, 2020).
 
Dalam konteks masyarakat, idea menggunakan bahasa sebagai alat komunikasi yang paling cekap bertujuan untuk mendedahkan pemikiran, perasaan dan pengalaman individu dalam dunia sebenar atau dunia di mana individu membayangkan bahawa objek wujud sebagai rujukan. Hal ini dikatakan demikian kerana item rujukan wujud pada tahap konsep atau emosi. Melalui konsep ini, mengetahui dan memahami makna unit linguistik yang digunakan dalam wacana atau teks wacana memerlukan maklumat yang cukup tentang sifat wacana dan bahagian konstituennya, termasuk pengetahuan tentang komponen yang mengekalkan keutuhan wacana. Secara umumnya, terdapat dua kategori unsur yang membentuk keutuhan teks wacana atau wacana iaitu:
 
# Unsur Dalaman: Unsur dalaman adalah mengenai aspek formal bahasa yang digunakan dalam teks wacana atau teks wacana.
 
Unsur-unsur luaran dikemukakan dan dijelaskan sebagai sumber atau peralatan untuk membentuk keutuhan wacana. Perkara itu turut diikuti bersama dengan unsur-unsur dalaman yang berkaitan dengan aspek formal bahasa atau satuan linguistik sebagai alat serta peralatan untuk membentuk wacana atau teks wacana. Faktor rujukan dan inferens berhubung dengan fungsi dan kegunaannya sebagai alat linguistik merupakan unsur luaran yang membentuk keutuhan wacana. Namun, perkara utama yang menarik sasaran maklumat atau perbincangan membuktikkan elemen luaran ini mempunyai skop yang sangat luas.
 
== Rujukan ==