Plat tektonik adalah segmen keras [[kerak bumi]] yang disokong oleh bahan leburan yang dikenali sebagai [[magma]] di bawahnya. Disebabkan ini maka plat tektonik ini bebas untuk mengelongsor antara satu sama lain.
Pergerakan antara plat tektonik ini tidak berlaku secara perlahan-lahan sebaliknya pergeseran antara tanah dan batu yang membentuk sempadan plat tektonik menyebabkan pergeseran itu berlaku tersentak-sentak. Pergerak inilah yang menyebabkan berlakunya [[gempa bumi]].
Daratan dan juga dasar lautan akan secara perlahan-lahan dibawa ke arah kedudukan baru apabila plat beralih. Batas plat ditandakan melalui lingkaran [[gempa bumi]] dan rangkaian [[gunung berapi]].
Garis ruji lurus [[bumi]] ialah 6,378 [[kilometer]], jumlah permukaan [[bumi]] ialah lebih kurang 511,200,000 kilometer persegi. Kurang dari 30 % daripada permukaan [[bumi]] ialah tanah. 70 % daripada permukaan [[bumi]] diliputi oleh [[air]].