Muhammad Amrullah: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Borgxbot (bicara | kontrib)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-. Beliau +. Ia)
Syafroni Gucci (bicara | kontrib)
Tidak ada ringkasan suntingan
Baris 1:
{{rapikan}}
 
==TUANKU KISA-I AL-MINANKABAWI ==
 
Lahirkan Tokoh Besar Hamka
Baris 18:
Buya Hamka sukar dinilai orang, kerana dalam beberapa tulisan kadang-kadang mengecam ‘Kaum Tua’, kadang-kadang membenarkannya. Demikian halnya dengan ‘Kaum Muda’. Bahkan dalam penilaian tasawuf, Buya Hamka adalah bersifat sederhana. Buya Hamka sebagai seorang ‘ilmuwan’ perlu ditempatkan pada tempat baik dan bijak, namun tidak dapat dinafikan ada golongan ‘Kaum Tua’ menyetujuinya di tengah-tengah ramai ulama yang mengecam beliau. Demikian halnya pihak ‘Kaum Muda’ lebih ramai yang menyetujuinya terutama setiakawan dalam satu organisasi Muhammadiyah. Sungguhpun demikian, pihak ‘Kaum Muda’ ada juga yang tidak bersetuju dengan jalan pemikiran Buya Hamka.
 
==Asal usul==
 
Artikel ini tidak memfokuskan kepada Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah dan Buya Hamka tetapi menjurus kepada kisah Tuan Kisa-i atau Syeikh Muhammad Amrullah yang lahir pada malam Khamis 6 Rejab 1256 H/4 September 1840 M. Ia wafat pada 1327 H/1909 M. Sebagaimana telah disebut di atas, nama ayahnya ialah Tuanku Abdullah Saleh. Tuanku Abdullah Saleh digelar ‘Tuanku Syeikh Guguk Katur’ dan digelar juga ‘Ungku Syeikh Tanjung’. Ia ialah seorang alim murid Abdullah Arif. Abdullah Arif digelar juga dengan nama ‘Tuanku Pariaman’ dan ‘Tuanku Nan Tuo di Koto Tuo, IV Koto’.
 
Buya Hamka menulis, yang didengar daripada ayahnya, tentang Tuanku Abdullah Saleh: ‘’Kata ayah saya: ‘Engku Syeikh [[Suku Tanjung]] atau Tuanku Guguk Katur itu adalah seorang ulama yang sangat besar perhatiannya kepada Ilmu Tasawuf sehingga kitab Hikam Ibnu 'Athaillah beliau hafal di luar kepala. Ia pun seorang cerdik ahli adat, sehingga bukan saja urusan agama yang ditanyakan orang kepada beliau, bahkan juga urusan adat’. Tambah ayahku pula: ‘Pelajaran Imam al-Ghazali tentang khalawat sangat termakan oleh beliau Tuanku Syeikh Guguk Katur atau Engku Suku Tanjung itu. Lantaran itu beliau lebih suka berkhalawat di suraunya di Guguk Katur’.’’ (Lihat Ayahku cetakan ketiga, Djajamurni, Jakarta, 1963, hlm. 46.)
Selanjutnya Buya Hamka menulis, ‘’Kepada murid yang soleh inilah tertarik hati gurunya Tuanku Syeikh Pariaman, sehingga setelah anaknya Siti Saerah menjadi gadis remaja, beliau ambillah Tuanku Suku Tanjung itu menjadi menantu.’’ (Lihat Ayahku, hlm. 46-47.)
 
Baris 30:
Hanya sampai pada Abdullah Arif (daripada pihak sebelah ibu) datuk Syeikh Muhammad Amrullah saja yang dapat diketahui. Daripada sebelah pihak laki-laki pula hanya diketahui nama ayahnya, iaitu Tuanku Abdullah Saleh. Nama lebih atas daripada yang tersebut belum diketahui. Sungguhpun demikian sudah cukup diketahui bahawa kedua-dua ayah dan ibunya itu memang ulama dan tokoh yang cukup besar pengaruh pada zamannya.
 
==Pendidikan==
 
Mendapat pendidikan awal daripada datuk atau nenek sendiri secara tradisi di Minangkabau, Buya Hamka menulis, ‘’Setelah cucunya itu berusia 14 tahun, setelah khatam mengaji al-Quran dengan ayahnya, Tuanku Syeikh Pariaman memesankan supaya cucunya itu dihantarkan ke Koto Tuo, kerana beliau sendiri yang hendak mengajarnya ilmu-ilmu agama. Bersama saudara sepupunya Tuanku Sutan, Muhammad Amrullah belajar Nahwu, Sharaf, Manthiq, Ma'ani, Tafsir dan Fiqh kepada neneknya.’’ (Lihat Ayahku, hlm. 42.)
Baris 48:
Pada usia 26 tahun (1282 H/1864 M), Syeikh Muhammad Amrullah telah diberi ijazah dan tugas mengajar oleh datuknya, Abdullah Arif atau Tuanku Pariaman atau Tuanku Nan Tuo di kampungnya. Ilmu-ilmu yang diajarkan, menurut Buya Hamka, ialah Ilmu Tafsir, Fiqh, Tasawuf, dan ilmu-ilmu alat, iaitu Nahwu, Sharaf, Manthiq, Ma'ani, Bayan, Badi’. (Lihat Ayahku, hlm. 48.)
 
==Pandangan==
 
Syeikh Muhammad Amrullah (Tuan Kisa-i) mengalami lapan kali perkahwinan, dan bilangan kesemua anak beliau ialah seramai 46 orang. Anak beliau adik-beradik seibu sebapa dengan Dr. Syeikh Abdul Karim Amrullah yang disebut oleh Buya Hamka dalam buku beliau, Ayahku, ada seramai tujuh orang. Adik-beradik daripada satu ayah disebut ada 10 orang.