Angka Korea: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Fortunamia (bicara | kontrib)
←Membuat halaman berisi '{{sistem angka}} Bahasa Korea menggunakan dua set sistem angka iaitu sistem Sino-Korea (diadaptasi dari Angka Cina) dan sistem Korea asli. ==Pembinaan== Bagi...'
 
k Robot: Perubahan kosmetika
Baris 2:
[[Bahasa Korea]] menggunakan dua set sistem angka iaitu sistem Sino-Korea (diadaptasi dari [[Angka Cina]]) dan sistem Korea asli.
 
== Pembinaan ==
Bagi kedua-dua nombor Korea asli dan Sino-Korea, nombor 11 hingga 19 diwakili oleh kombinasi tempat perpuluhan “sa” dan “puluh”. Misalnya, 15 akan disebut ''sib-o'' (십오), kadang-kadang disebut juga ''il-sib-o'' dalam sistem Sino-Korea, dan ''yeol-daseot'' (열다섯) dalam sistem Korea asli. Kaedah sebegini juga digunakan dalam sistem Sino-Korea bagi nombor 20 hingga 90, manakala sistem Korea asli memiliki set perkataannya yang tersendiri, seperti dinyatakan di dalam jadual di bawah. Pengelompokan nombor besar dalam bahasa Korea pula mengikuti tradisi Cina yang menggunakan puluh ribu (10,000), bukan ribu (1,000). Sistem Sino-Korea sebahagian besarnya adalah berdasarkan sistem angka Cina.
 
Perbezaan antara kedua-dua sistem angka adalah sangat penting. Salah satu sistem akan digunakan untuk menghitung sesuatu, tetapi jarang kedua-duanya digunakan sekaligus. Perkataan Sino-Korea kadang-kadang diaplikasi untuk penggunaan ordinal (turutan): ''yeol beon'' (열 번) bermaksud “"sepuluh kali” sementara ''sip beon'' (십(十) 번(番)) bermaksud "nombor sepuluh".
 
Untuk menyatakan umur seseorang, Korea asli menggunakan perkataan ''sal'' (살) manakala Sino-Korea menggunakan ''se'' (세). Contoh penggunaannya: ''Seu-mulda-seot sal'' (스물 다섯 살) dan ''i-sib-o se'' (이십오 세) kedua-duanya bermaksud “berusia 25 tahun”.
 
Sistem angka Sino-Korea digunakan untuk menunjukkan minit. Sebagai contoh, “sam-sib-o bun” (삼십오 분) bererti "__: 35" atau “tiga puluh lima minit”. Sistem Korea asli pula digunakan untuk jam dalam sistem 12 jam dan juga untuk jam 0:00 hingga 12:00 dalam sistem 24 jam. Jam 13:00 hingga 24:00 dalam sistem 24 jam dinyatakan dengan kedua-dua sistem Korea asli dan Sino-Korea. Contohnya, “se si” (세 시) bermaksud “03:00” atau “3: 00 am / pm” dan ''sip-chil si'' (십칠 시) atau “yeol-ilgop si” (열일곱 시) bermaksud “17: 00”.
Buat pengiraan melebihi 100, perkataan Sino-Korea digunakan, kadangkala dalam kombinasi: 101 boleh disebut ''baek-hana'' atau ''baeg-il''.
{| class="wikitable" <!--border=1 cellspacing=1 cellpadding=3-->
Baris 17:
|-
! [[Hangul]]
! [[Tulisan Rumi|Tulisan Rumi]]
! [[Hangul]]
! [[Tulisan Rumi|Rumi]]
Baris 52:
|}
Seperti yang dinyatakan dalam jadual di atas, beberapa nombor Korea asli berubah sebutan apabila digunakan dalam bentuk atributif, dengan menghilangkan bunyi hujung dari sebutan asal. Contohnya
* 한 번 ''han beon'' ("sekali")
* 두 개 ''du gae'' ("dua benda")
* 세 시 ''se si'' ("pukul tiga"), berbeza dengan [[Korea Utara]] yang biasanya menggunakan angka Sino-Korea ''sam'' (삼), menjadikan sebutannya ''sam si'' (삼시)
* 네 명 ''ne myeong'' ("empat orang")
* 스무 마리 ''seumu mari'' ("dua puluh ekor binatang")
Perkara yang sama kadang-kadang berlaku dalam sistem Sino-Korea:
* 오뉴월 ''onyuwol'' ("Mei dan Jun")
* 유월 ''yuwol'' ("Jun")
* 시월 ''siwol'' ("Oktober")
Sebutan untuk tiga dan empat memiliki bentuk alternatif jika diguna sebagai pembilang untuk beberapa perkataan:
* 석 달 ''seok dal'' ("tiga bulan")
* 넉 잔 ''neok jan'' ("empat cawan")
 
== Angka ==
{| class="wikitable" <!--border=1 cellspacing=1 cellpadding=1-->
! rowspan="2" | Nombor
Baris 408:
|}
 
== Kaedah sebutan ==
Konsonan asal dalam kata bilangan dan nombor yang mengikuti sesetengah cardinal seperti ''yeodeol'' 여덟 (“lapan”, hanya bila konsonanㅂtidak dibunyikan) dan ''yeol'' 열 ("sepuluh") akan menjadi konsonan tegang (konsonan dengan bunyi lebih dalam, seperti “ㅆ”) apabila perlu. Contohnya:
* 열 셋 ''yeol set'' (tiga belas) disebut [열쎗] ''yeol'''ss'''et''
* 여덟 권 ''yeodeol gwon'' (lapan (buku)) disebut [여덜꿘] ''yeodeol'''kk'''won''
* 예순 여섯 ''yesun yeoseot'' (enam puluh enam) disebut [예순녀섣] ''yesu'''nn'''yeoseot''
* 칠십 ''chil sip'' (tujuh puluh) disebut [칠씹] ''chil'''ss'''ip''.
 
== Akhiran tetap yang digunakan dalam sistem angka ordinal Sino-Korea ==
''ben'' 번(番), ''ho'' 호(號), ''cha'' 차(次), dan ''hoe'' 회(回) selalu digunakan dengan sistem angka ordinal Sino-Korea atau Arab. Contohnya, 이'''호'''선(二號線) ialah barisan kedua dalam sistem keretapi bawah tanah metropolitan. 37'''번'''국도(37番國道) ialah [[lebuhraya]] nombor 37. Tetapi penggunaannya tidak boleh diselang-selikan. 906'''호''' (號) ialah 'Pangsapuri #906' dalam alamat surat menyurat. 906 tanpa 호 tidak digunakan dalam pertuturan harian Korea untuk menyatakan nombor pangsapuri atau pejabat. Awalan khas ''je'' 제(第) biasanya digunakan dengan akhiran-akhiran di atas untuk menyatakan acara yang bersiri seperti [[Sukan Olimpik]].
== Alternatif khas ==
Dalam sektor kewangan atau komersil, beberapa [[hanja]] untuk setiap nombor Sino-Korea digantikan dengan alternatif lain untuk mengelakkan kekeliruan.
{| class="wikitable"
Baris 456:
| 仟
|}
== Nota ==
{{reflist}}
 
== Lihat juga ==
* [[Bahasa Korea]]
* [[Hangul]]
* [[Hanja]]
 
== Rujukan ==
* J.J. Song ''The Korean language: Structure, Use and Context'' (2005 Routledge) pp.&nbsp;81ff.