Waisnawa: Perbedaan antara revisi
Konten dihapus Konten ditambahkan
k Bot: Perubahan kosmetika |
|||
Baris 5:
== Sampradaya dan sub-sampradaya ==
Beberapa mazhab Waisnawa ini yang utama boleh dikelaskan seperti berikut.
=== Sri sampradaya ===
{{main|Wisistadwaita|Ramanuja}}
Sri Sampradaya ini berasal [[Alwar]] merupakan guru-guru Vaisnava yang paling awal. Mereka berasal dari Tamil Nadu, India dan hidup antara kurun ke-2 hingga kurun ke-8 Masihi. Guru-guru mistikal ini terdiri daripada pelbagai kasta termasuk seorang wanita ([[Andal]]). Ajaran Alvar ialah bahawa Vishnu-Narayana ialah Tuhan Maha Esa dan Bhakti pada-Nya adalah jalan untuk mencapai Moksha. Mereka menerima Avatara atau Jelmaan Tuhan Wisnu seperti [[Rama]] dan [[Kresna]]. Mereka juga memberikan keutamaan kepada pemujaan ritual atau arca dengan kepercayaan kuat bahawa Tuhan menjelma dengan rupa halus dalam arca semasa pemujaan dan sembahyang.
Bagi [[Ramanuja]], Brahman atau Isvara dalam [[Wedanta]] ialah Narayana (atau Maha Wisnu) yang sentiasa ditemani oleh Sri atau Lakshmi. Narayana mencipta atau mencerminkan dunia ini dengan Prakrti-Nya (sifat semulajadi) iaitu acit (benda bukan hidup) dan cit (benda hidup, roh individu). Narayana memelihara ciptaan-Nya dan pada akhir suatu zaman, menariknya kembali. Sri atau Lakshmi ialah pasangan-Nya dan penjelmaan kurniaan-Nya. Sri membantu seseorang mendapat apa yang dia mahu daripada Narayana, termasuk kebebasan. Bhakti atau iman pada kedua-dua Sri dan Wisnu-Narayana adalah penting untuk mendapat kebebasan. Oleh kerana Ramanuja memberikan kepentingan yang sama kepada Sri dengan Wisnu-Narayana, maka, sistemnya dikenali sebagai Sri Waisnawa.
Baris 17:
{{main|Dwaita}}
[[Madhva]] (1238-1317 Masihi) ialah ahli filsuf Hindu yang memberikan Waisnawa suatu dasar yang kukuh dan menjadikannya sebuah agama yang popular dalam
* Srihari (Wisnu-Narayana) adalah kebenaran yang ulung dan Dia boleh dikenali hanya melalui [[Weda]].
* Dunia adalah benar.
* Semua Jiva atau roh individu adalah berasingan dan bergantung kepada Srihari. Terdapat perbezaan status dan kualiti dalam Jiva.
* Mukti atau kebebasan ialah sebenarnya mengalami atau menyedari sifat semulajadi seorang Jiva sebagai Ananda atau Nikmat Abadi.
* Mukti diperolehi dengan memupuk Bhakti yang suci pada Srihari.
Daripada falsafah Bhakti ini wujud pelbagai perkara-perkara berkaitan seperti pemujaan ritual, menyanyikan lagu-lagu suci, juga kebangkitan gerakan Bhakti yang teratur.
=== Kumara atau Nimbarka sampradaya ===
{{main|Nimbarka Sampradaya}}
Filsafat [[Nimbarka]] (turun ke-12 Masihi) dikenali sebagai Dwaitadwaita. Tuhan atau Parabrahman ialah Sri Kresna, iaitu realiti bebas yang agung. Jivatman atau roh individu adalah tidak terkira dan bersaiz atom. Prakrti ialah benda bukan hidup yang melahirkan dunia ini. Jiva dan Prakrti adalah realiti yang bergantung pada Parabrahman dan tidak boleh dipisahkan daripada Parabrahman. Perhubungan ini adalah seperti perhubungan antara ombak dan laut atau matahari dengan cahayanya.
Bhakti pada Sri Krena dan [[Radha]], berserah pada Mereka dan mematuhi guru rohani adalah jalan untuk mencapai kebebasan. Nimbarka juga adalah orang pertama yang memperkenalkan Srimati Radha sebagai Sakti-Kresna atau pasangan-Nya.
=== Ramanandi sampradaya ===
{{main|Ramanandi Sampradaya}}
[[Ramanandi Sampradaya]] dikenal pula dengan sebutan "Ramayat" adalah suatu cabang dari Sri sampradaya. Gerakan ini berjaya menyebarkan Vaishnavisme dengan menjadikan Sri Rama sebagai Tuhan Maha Esa. Pendirinya, [[Ramananda]] telah menjadi seorang rahib menurut tradisi Ramanuja. Namun, selepas itu, Ramananda telah tercicir daripada Sri Waisnawa oleh Ramanuja dan memulakan gerakan Bhakti pada Sri Rama. Menurut Ramananda, Bhakti pada Sri Rama adalah jalan untuk mencapai Mukti. Gerakannya juga menerima pengikut daripada semua kasta tanpa sekatan.
Antara pengikut-pengikutnya yang terkenal ialah Kabirdas, Sena, seorang tukang gunting rambut dari Maharashtra, dan Padmavati, seorang wanita. [[Tulsidas]] (1532-1623 Masihi) juga adalah seorang pengikut gerakan ini.
=== Kabir Panth ===
{{main|Kabir}}
Antara pemimpin-pemimpin [[gerakan Bhakti]] pada zaman pertengahan, [[Kabir]] (1440-1518 Masihi), dikatakan seorang Muslim, adalah seorang pengikut Ramananda. Gerakan ini menyebarkan kepercayaan dan iman pada Sri Rama dengan mengetepikan pelbagai amalan masyarakat. Dengan peredaran masa, pengikut-pengikutnya membentuk suatu kultus berasingan atas namanya sendiri sebagai Kabirpanthis.
=== Rudra sampradaya atau Pustimarga ===
{{main|Wallabha}}
[[Wallabha]] (1473-1531), acarya dari Rudra Sampradaya, berasal dari negeri Telugu (Andhra Pradesh), kemudian, beliau berpindah ke [[Vrindavan]]. Beliau mengikuti filsafat [[Shuddha adwaita]]. Wallabha mengajar cara mudah penyembahan dan penyerahan diri sepenuhnya kepada Sri Kresna. Beliau juga menerima pengikut daripada semua kasta dan agama. Pengikut-pengikutnya membina kuil-kuil Krishna dan menyebarkan agama mereka. Sumbangan khas Vallabha ialah memperkenalkan [[Pustimarga]] (jalan khasiat rohani) yang menyarankan penyerahan penuh pada Tuhan selepas menerima Diksha daripada guru rohani yang bertauliah.
=== Gaudiya atau Caitanya sampradaya ===
|