Jah Hut: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Tidak ada ringkasan suntingan
Tag: Suntingan perangkat seluler Suntingan peramban seluler
HsfBot (bicara | kontrib)
k v2.04b - Fixed using Wikipedia:ProyekWiki Cek Wikipedia (Subbagian tk. satu dengan tiga "=")
Baris 3:
Antara kampung-kampung ini termasuk [[Kampung Pos Penderas]], dan [[Kampung Keboi]] di dalam [[hutan tropika]] yang terletak di daerah Jerantut, Pahang. Kampung Keboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara petempatan-petempatan orang Jah Hut dengan hanya kira-kira 100 orang. Orang Jah Hut tinggal di rumah gaya [[Melayu]] yang dibina di atas kaki bajang.
 
=== Bahasa Jah Hut ===
[[Bahasa]] yang ditutur oleh orang Jah Hut dikenali sebagai "[[bahasa Jah Hut]]" dan merupakan sebahagian [[bahasa Mon-Khmer]] yang pula merupakan satu cabang [[keluarga bahasa]] [[Bahasa Austrio-Asia|Austro-Asia]]. Dalam bahasa Jah Hut, 'Jah' bermaksud 'orang' dan 'Hut' bermaksud 'bukan' atau 'tidak'; bagaimanapun, penterjemahan harfiah ini tidak dapat menerangkan [[kata majmuk]]nya disebabkan 'bukan orang' ini memang bukan erti yang dimaksudkan. Bahasa Jah Hut telahpun menyerap banyak perkataan [[bahasa Melayu]] dalam [[perbendaharaan kata]]nya. Loghat-loghatnya termasuk Kerdau, Krau, Ketiar Krau ([[Terengganu]]), Kuala Tembeling, [[Pulau Guai]], Ulu Ceres (Cheres), dan [[Ulu Tembeling]].
 
=== Kegiatan ekonomi ===
Kegiatan-kegiatan [[pertanian]] utama orang Jah Hut ialah penorehan [[getah]], penanaman [[padi]], dan [[penternakan]] [[ayam]]. Kegiatan pengukiran kayu juga diamalkan dan bukan sahaja merupakan satu sumber pendapatan untuk orang Jah Hut, tetapi juga merupakan satu lanjutan untuk kepercayaan [[Agama|keagamaan]] mereka. Walaupun orang Jah Hut tinggal di dalam hutan, mereka tidak terpencil secara langsung dan telah [[Perdagangan|berdagang]] dengan orang-orang berhampiran sejak beberapa ratus tahun.
 
=== Perubatan tradisional ===
Pengetahuan [[herba]] tradisional telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk pertuturan oleh '[[bomoh]]' yang merupakan ahli [[perubatan]] tradisional. [[Jurnal Sains Perubatan India]] mendokumenkan sekurang-kurang 16 jenis [[ubat]] orang Jah Hut. Antara ubat-ubat yang telah disahkan oleh [[penyelidikan saintifik]] termasuk ''Hedyotis capitellata'', ''Melastoma malabathricum'', ''Lycopodiella cernua'', dan herba-herba berikut:
* ''[[Eurycoma longifolia]]'': Digunakan sebagai [[afrodisiak]] untuk menaikkan syahwat, herba ini merupakan satu herba yang popular antara banyak bangsa di Malaysia dan boleh diperoleh dari pasaran.