Mas Mansoer: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Tidak ada ringkasan suntingan
Borgxbot (bicara | kontrib)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-. Beliau +. Ia)
Baris 1:
[[Berkas:Mas Mansur.jpg|thumb|Kiai Haji Mas Mansur]]
 
'''Kiai Haji Mas Mansur''' ({{lahirmati|[[Surabaya]], [[Jawa Timur]]|25|6|1896|[[Surabaya]], [[Jawa Timur]]|25|4|1946}}) adalah seorang tokoh [[Islam]] dan [[pahlawan nasional Indonesia]]. BeliauIa dimakamkan di Pemakaman Gipo, sebelah timur Masjid Ampel, Surabaya.
 
<!-- BELUM DISUNTING
KH Mas Mansur adalah tokoh yang tidak asing dalam sejarah gerakan Islam di Indonesia menjelang kemerdekaan. BeliauIa bukan sahaja diingati sebagai salah seorang dari pengurus besar Muhammadiyah yang terkenal, tetapi juga sebagai mujaddid atau pencetus pembaharuan kebangkitan Islam di nusantara.
 
KH Mas Mansur mempunyai pengetahuan yang cukup luas serta mendahului zaman dalam mengemukakan pandangan terhadap isu-isu yang dihadapi oleh umat Islam. Berdasarkan kepada hujah yang jelas beliau mengajak umat Islam memurnikan aqidah tauhid dan menolak iktikad yang salah tentang tuhan seperti pegangan wihdatul wujud – yang berpegang dengan keyakinan bahawa makhluk adalah jelmaan tuhan. Di samping itu pandangannya tentang persoalan fiqh juga progressif dan menepati tuntutan semasa. Contohnya dalam menyelesaikan masalah mengangkut jenazah dengan kenderaan, hanya Mas Mansur yang berpendapat ia harus asalkan mayat tadi tidak mengalami goncangan. Masalah ini ditimbulkan kerana jenazah terpaksa diusung jauh untuk sampai ke tanah perkuburan. Pendapat beliau ditolak tetapi jelas ia menunjukkan betapa Mas Mansur memahami tuntutan zaman dalam perlaksanaan fiqh islami.
 
Dalam kedudukan politik pula, KH Mas Mansur menjelaskan pendiriannya dalam ucapan penubuhan PII (Parti Islam Indonesia). BeliauIa menjelaskan semenjak kejatuhan Andalus pada kurun ke 15, persoalan politik diketepikan oleh umat Islam. Sedangkan Rasulullah SAW diutus sebagai rasul dan sekaligus sebagai pemimpin dalam mengendalikan urusan kemasyarakatan. Maka Islam adalah din dan sekaligus siasah untuk mengatur urusan dunia.
 
Beberapa catatan sejarah tentang beliau menggambarkan keperibadian beliau. BeliauIa pernah hadir dalam rapat umum dan duduk bersama-sama hadirin di tempat terbuka meskipun beliau merupakan pimpinan tertinggi dan tokoh yang disegani. Selalunya apabila dijemput ke perhimpunan atau kongres Muhammadiyah, KH Mas Mansur akan dihubungi oleh panitia samada beliau perlu penginapan khusus. BeliauIa hanya meminta sehelai tikar dan bantal sama seperti peserta biasa serta tidur bersama mereka. ketika sedang menghadiri kongres Muhamadiyah, beliau menerima kawad (telegram) bahawa isteri keduanya meninggal dunia. Siapapun tidak menyedari hal ini sehinggalah telah selesai urusan Muhammadiyah iaitu setelah 15 hari isterinya meninggal. BeliauIa meneguhkan hatinya agar urusan dakwah yang dipikulkan dipundaknya dapat disempurnakan tanpa mengganggu perjalanan program. Kisah ini tentu ada kesamaannya dengan apa yang dialami as-syahid Hassan al-banna yang diberitahu tentang kesihatan anaknya ketika beliau sedang menyampaikan dakwahnya. Kata beliau kepada yang membawa berita bahawa anaknya itu ada ibunya yang bolih merawatnya. Utusan itu datang lagi membawa berita yang lebih menggemparkan bahawa anaknya itu telah meninggal. As-syahid mengatakan ayah saudaranya bolih menguruskannya. Sedikit jua tidak kelihatan reaksi keresahan pada wajahnya sehingga tidak disedari oleh hadirin. Demikianlah tokoh-tokoh ini begitu meletakkan dakwah sebagai tugas yang paling penting sehingga tidak ada satu urusan peribadi yang bolih mengatasinya termasuklah urusan kematian yang membabitkan keluarga yang tersayang.
 
KH Mas Mansur juga pernah ditawarkan oleh pemerintah Hindia Belanda untuk mengisi jawatan hakim Islam tertinggi kerana ilmunya yang luas. Mas Mansur menolak jawatan tersebut meskipun beliau ditawarkan gaji yang sangat lumayan. Bila ditanyakan mengapa beliau menolak tawaran tersebut, dia membalikkan soalan yang ditanyakan. “Apakah lebih baik baginya menjadi hakim tertinggi atau menjadi pemimpin Muhammadiyyah dan mengambil berat tentang urusan dakwah”. Pernah di satu ketika yang lain, beliau diberi penghormatan oleh perwakilan asing. Perwakilan asing tersebut menganugerahkannya seutas kalung, beliau enggan memakainya dan menyuruh agar kalung itu diletakkan sahaja di atas meja. Apabila orang bertanya kenapa dia menolak,maka dia mengatakan dia belum layak untuk menerima penghormatan seperti itu.