Sekular: Perbedaan antara revisi
Konten dihapus Konten ditambahkan
Tidak ada ringkasan suntingan |
kTidak ada ringkasan suntingan |
||
Baris 1:
{{takakurat}}
{{rapikan}}
{{terjemah|Malay}}
Istilah sekularisme bermakna [[worldly]] or [[material]], not [[religious]] or [[spiritual]]. The secular power: the state contrased with the church. (keduniaan atau kebendaan, bukan keagamaan atau bukan kerohanian. Kuasa sekular bermakna sebuah negara yang bertentangan dengan gereja). Kamus Dwi Bahasa menyebut: Sekular membawa erti berkenaan hal dunia atau kebendaan; duniawi, dikatakan "secular education" bermakna "pendidikan duniawi", secularism pula bermakna pendapat bahawa pendidikan dan kesusilaan tidak seharusnya didasarkan kepada agama.
Dalam istilah bahasa Arab perkataan sekular disebut sebagai al-almaniyy atau al-‘ilmaniyy. Bila ia dibaca dengan difathahkan (dibaca dengan baris atas huruf ‘ain), ia merujuk kepada hal-hal keduniaan, yakni dinisbahkan kepada alam dunia. Sebaliknya bila dibaca dengan dikasrahkan (yakni huruf ‘ain dibaca dengan baris bawah), ia merujuk kepada ilmu pengetahuan, dinisbahkan kepada ilmu.
Samada dikasrahkan huruf ‘ain atau difathahkan, [[kalimah]] ini adalah terjemahan dari kalimah secular (dalam bahasa Inggeris) yang membawa pengertian tiada hubungan dengan agama. Asas yang dipersetujui kepada kalimah ini bererti mengasingkan (memisahkan) agama dari negara dan mengekalkan agama itu kepada urusan individu (peribadi) yang tidak melebihi bersifat hubungan khusus antara hamba dengan Tuhannya. Pembahagian ini merupakan amalan yang dilakukan oleh orang Nasrani (Kristian) di Barat dan sekali-kali tidak dikenali adanya dalam Islam. Berdasarkan kepada sifatnya yang demikian, al-Syaikh Rasyid Tayyar menyimpulkan sebagai berikut: Makna yang sahih (benar) bagi asal perkataan ini ialah al-ladiniyyah atau al-dunyawiyyah dengan maksud tiada hubungan dengan agama. Jadi yang dimaksudkan dengan sekular ialah menegakkan kehidupan di atas asas bukan agama.
Huraian dan penjelasan yang lebih luas daripada yang dikemukakan di atas telah dinyatakan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas. Beliau menghuraikan: Sekular dari bahasa Latin 'saeculum’ bererti masa kini, dan erti ini membayangkan pula maksud rujukannya kepada dunia yang sentiasa berubah binasa ini dan tidak kepada yang lain; dan juga kepada kehidupan duniawi, kehidupan duniawi yang terbayang sebagai sentiasa merempuh perubahan, dan insan pun - menurut faham yang sekular - harus menyelaraskan diri berubah mengikut perubahan yang ditempohnya. Masyarakat dan negara merupakan punca segala hasrat insan dan sekularisma berdasar-punca kepada dunia, masyarakat dan negara juga. Menuju ke arah kehidupan sekular bererti pembebasan insan dari asuhan agama dan faham faham yang menetap mengenai hakikat semesta; dia juga bererti penolehan pandangan insan berkisar dari alam-alam lain nescaya menetap kepada alam yang nyata ini belaka, yakni dunia belaka. Pengertian yang terkandung dalam istilah sekular dan segala bentuk penggunaannya, termasuk faham yang digelar sekularisma itu mengutamakan dunia belaka sebagai segala rujukan peranan insan; dan kepada kebebasan insan untuk merubah segala dasar kepercayaannya nescaya disesuaikan hanya untuk zamannya sebagai muslihat dirinya masing masing mengikut zamannya. Maka faham sekular merujuk kepada faham dan peredarannya yang diiringi oleh perubahan nilai dan sikap dan cara hidup. Faham sekular ini seakan-akan sama maksudnya dengan faham al-hayat al-dunya sebagaimana terbayang dalam pengertian bahasa Arab dan Agama Islam. Dunia bererti suatu (kehidupan) yang telah didekatkan yang menyatakan sifatnya dalam ruang dan masa, maka insan yang singkat pandangannya hanya akan melihat kepada yang 'dekat' tanpa melihat atau menghiraukan yang lain, yakni yang jauh, yang 'terakhir' iaitu akhirat. Faham sekular menentang faham agama dan akidah-akidahnya yang menetap, kerana ia mengisbatkan hanya dunia dan menganjurkan kebebasan insan mengubah akidah dan nasibnya sendiri, dan menentang sebarang penetapan dalam kepercayaan dan cara hidup beragama, dari itu maka ia bertentang dengan Islam, bagaimanapun ditilik pengertiannya.
[[en:Secularism]]
|