Search: Perbedaan antara revisi
Konten dihapus Konten ditambahkan
Aldo samulo (bicara | kontrib) |
Tidak ada ringkasan suntingan |
||
Baris 14:
'''Search''' adalah kelompok musik rock dari [[Malaysia]], dibentuk di [[Johor Bahru]] pada 1981. Mereka menerbitkan album perdana ''Cinta Buatan Malaysia'' dengan anggota Yazit (drum), Hillary Ang (gitar), Nasir (bass), dan Amy (vokal), dan Din (gitar). Salah satu lagu mereka yang terkenal adalah "Isabella".
==
===1981-88: Permulaan===
Ketika diasaskan di [[Johor Bahru]] pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama [[RamPa]] (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, [[Suhaimi Abdul Rahman]], atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama [[Polygram Records]] di [[Singapura]] pada pertengahan 1980-an.
Tiga buah album studio terawal mereka, iaitu ''[[Cinta Buatan Malaysia]]'' (1985)<ref>[http://www.muzikrock.com/album/cinta_buatan_malaysia_01.html Cinta Buatan Malaysia], MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref>, ''[[Langit dan Bumi]]'' (1986)<ref>[http://www.muzikrock.com/album/langit_dan_bumi_01.html Langit Dan Bumi], MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref>, dan ''[[Mentari Merah di Ufuk Timur]]''<ref>[http://www.muzikrock.com/album/mentari_merah_di_ufuk_timur_01.html Mentari Merah di Ufuk Timur], MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref>, dirakam di Lion Studio, Singapura dengan [[M. Nasir]] sebagai penerbit. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album ''Cinta Buatan Malaysia'' dibantu oleh [[Amran Marsiman|Yan]] dan [[Man Kidal]] dari kugiran [[Lefthanded]] sebagai pemuzik undangan. Hillary Ang pula hanya melibatkan diri dalam album ''Langit dan Bumi'' dan ''Mentari Merah'' saat bersama Polygram.
Persembahan live mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 2 Februari 1986, diikuti konsert sendiri pertama mereka iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.<ref name=search01>[http://www.muzikrock.com/search_01.html Search], Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref>
Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari ''[[Kembara Seniman Jalanan]]'' arahan Nasir Jani yang keluar pada tahun 1986.<ref>[http://www.muzikrock.com/foto/filem/kembara_seniman_jalanan_01.html Kembara... Seniman Jalanan], Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref> Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di [[Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987|Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian]] pada tahun 1987.
Album ''Cinta Buatan Malaysia'', ''Langit dan Bumi'', dan ''Mentari Merah di Ufuk Timur'', masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada tahun 1987.<ref name=search01/> Apapun, walaupun sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan nama Search, iaitu ''[[Di Pintu Sepi]]'' dan ''[[Berpaling]]'' yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album ''Mentari Merah'' itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988.
Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu [[Gersang (kugiran)|Gersang]] (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan [[Mega (kugiran)|Mega]] (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; [[Kluang]], 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)<ref>{{cite news|title=Night of sheer beastly noise|author=R.S. Murthi|work=Times Two (New Straits Times)|page=19|date=8 Disember 1988|url=http://news.google.com/newspapers?id=RbsTAAAAIBAJ&sjid=iJADAAAAIBAJ&pg=4663,2075606&dq=search+malaysia+amy&hl=en|accessdate=17 Januari 2010}}</ref>, diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran [[Thailand]] di [[Bangkok]], di ambang tahun baru 1989.<ref name=search01/>
===1989–1997: "Fenomena" Search===
Selepas meninggalkan Polygram, kumpulan Search beralih ke Pacific Records (kemudian bertukar nama menjadi [[BMG|BMG Pacific]]) sebagai label edaran, menubuhkan syarikat rakaman sendiri iaitu Go-Search Sdn Bhd (di mana kelak mereka merakam semua albumnya sepanjang 1990-an) dan merakam album hit pertama mereka di bawah label itu, ''[[Fenomena (album Search)|Fenomena]]'' untuk dikeluarkan pada tahun 1989. Album ini juga merupakan album studio pertama mereka yang terdapat dalam bentuk [[cakera padat]] yang keluar setahun selepas versi [[kaset]]nya.<ref name=fenomena>[http://www.muzikrock.com/album/fenomena_01.html Fenomena], Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref> Walau bagaimanapun, Hillary Ang meninggalkan kugiran ini di tengah-tengah sesi rakaman album ini untuk mengejar kerjaya solo.<ref name=fenomena/> Dalam album inilah termuatnya lagu malar hijau "[[Isabella (lagu)|Isabella]]". Apapun, album ''Fenomena'' terjual lebih dari 220,000 unit di Malaysia dan lebih dari 600,000 unit di Indonesia.<ref name=budiey/>
Sepanjang tahun 1989, mereka juga semakin aktif membuat persembahan live, termasuk jelajah Konsert Isabella yang diadakan di Kota Bharu, Alor Star dan Kuala Lumpur pada pertengahan tahun itu, kemudian dilanjutkan ke tahun 1990 di Kuantan dan Jakarta, Indonesia.<ref name=search01/>
Search memuka tirai dekad 1990-an dengan mengeluarkan album ''[[Karisma (album Search)|Karisma]]''.<ref name=karisma>[http://www.muzikrock.com/album/karisma_01.html Karisma], Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref> Album tersebut terjual lebih dari 150,000 unit di Malaysia dan 200,000 ribu unit di Indonesia.<ref name=budiey>{{cite news|title=Gambar Search di Sidang Media Tour Konsert Search Di Awan Biru |author=Budiey Isma |work=Sensasi Selebriti |date=15 April 2009 |url=http://www.budiey.com/gambar-search-di-sidang-media-tour-konsert-search-di-awan-biru/ |accessdate=21 Januari 2010}}</ref> Mereka sekali lagi berlakon dalam dua buah filem pawagam, iaitu muzikal ''[[Fenomena (filem)|Fenomena]]'' dan drama cinta ''[[Isabella (filem)|Isabella]]'',<ref name=search01/> yang diilhamkan oleh lagu "Isabella".<ref>{{cite news|title= Having fun 'canning' Isabella |author=Saleha Ali |work=New Straits Times (Times Two) |page=10 |date=23 Mei 1990 |url=http://news.google.com/newspapers?id=SboTAAAAIBAJ&sjid=cZADAAAAIBAJ&pg=6313,2266502&dq=having+fun+canning+isabella&hl=en |accessdate=19 Januari 2010 }}</ref> Kedua-dua filem ini dibintangi oleh Amy, dan sedikit sebanyak mengundang kontroversi kerana terdapat adegan berciuman.<ref>{{cite news|title=Pulling 'em in with Search and hype|author=Lim, Elaine |work=New Straits Times (Times Two) |page=25 |date=27 Ogos 1990 |url=http://news.google.com/newspapers?id=LLYTAAAAIBAJ&sjid=O5ADAAAAIBAJ&pg=6796,4028539&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=19 Januari 2010 }}</ref> Sepanjang tahun 1990 juga, kugiran Search bersama [[Ella]] dan [[Wings]] mengadakan jelajah Konsert Revolusi Salem di seluruh negara, di samping menyambungkan jelajah Isabella di Kuantan dan Jakarta seperti yang disebut tadi.<ref name=search01/> Tidak lama setelah album ''Karisma'' diterbitkan, Nasir Daud meninggalkan Search untuk menubuhkan syarikat penerbitan sendiri iaitu Dangooroos.<ref name=karisma/>
Pada tahun 1991, kumpulan Search meraikan ulang tahun ke-10 penubuhannya dengan mengeluarkan album himpunan ''[[Sepuluh Tahun]]'' yang memuatkan 10 lagu hit lama dan dua lagu baru.<ref>[http://www.muzikrock.com/album/sepuluh_tahun_search_01.html Sepuluh Tahun], Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.</ref> Pada tashun ini juga, mereka berpeluang untuk melebarkan sayap populariti mereka merentas benua untuk beraksi di pesta New Music Nights di Cat Club, [[Bandaraya New York]], [[Amerika Syarikat]], pada bulan Julai<ref>{{cite news|title=Search looks for New York break |author=Tiong, John |work=New Straits Times |page=27 |date=8 Julai 1991 |url=http://news.google.com/newspapers?id=m7gTAAAAIBAJ&sjid=EpADAAAAIBAJ&pg=5181,2719930&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=19 Januari 2010}}</ref>, sebelum kembali ke tanahair untuk Konsert Karisma di Stadium Negara, Kuala Lumpur, sebulan kemudian.<ref name=search01/>
Pada tahun 1992, giliran kumpulan Search menjadi penerbit album sendiri dalam merakam album pertama dengan penglibatan [[M. Nasir]] sebagai penasihat penerbitan sahaja, bermula dengan album ''[[Rampage (album Search)|Rampage]]''<ref>[http://www.muzikrock.com/album/rampage_01.html Rampage (1992)], Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.</ref>, yang juga diiringi oleh Konsert Rampage di Tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang pada bulan November. Pada tahun yang sama, mereka berkolaborasi dengan kumpulan [[Wings]] untuk menghasilkan album ''[[Double Trouble]]''.
Walaupun menikmati populariti yang luar biasa, namun mereka menghadapi rintangan dari pihak media, khususnya penyiar milik negara [[Radio Televisyen Malaysia|RTM]] yang melarang penyanyi lelaki berambut terlalu panjang dari siaran radio dan TV-nya. Oleh itu, pada November 1992, Amy bersama [[Awie]] dari kumpulan [[Wings]] menerima potongan rambut dari [[Kementerian Penerangan Malaysia|Menteri Penerangan]] ketika itu, [[Mohamad Rahmat]], agar dapat membuat kemunculan di corong radio dan TV [[Penyiaran awam|penyiar awam]] itu.<ref>{{cite news|title=Haircuts end rock group ban |publisher=Associated Press |work=The Times |page=13A |date=2 November 1992 |url=http://news.google.com/newspapers?id=kFAeAAAAIBAJ&sjid=WscEAAAAIBAJ&pg=4911,333208&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=19 Januari 2010 }}</ref> Walau bagaimanapun, RTM kelihatan tidak menepati janjinya, sehingga menerima kecaman dari Amy sendiri untuk mengingatkan mereka pada tahun berikutnya.<ref>{{cite news|title=Protes ke RTM |author= |work=Tempo |date=30 Oktober 1993|url=http://majalah.tempointeraktif.com/id/arsip/1993/10/30/PT/mbm.19931030.PT2291.id.html |accessdate=19 Januari 2010 }}</ref>
Pada pertengahan tahun 1993, ketua jabatan media cetak dan elektronik BMG Pacific, Rozita Ramli mengeluarkan kenyataan bahawa seorang wartawan berbangsa [[Belanda]] tiba di Malaysia untuk menemu bual Amy<ref name=holland>{{cite news|title=Rock group Search a hit in Holland |work=New Straits Times (City News) |page=10 |date=6 Ogos 1993 |url=http://news.google.com/newspapers?id=-ZcWAAAAIBAJ&sjid=2xMEAAAAIBAJ&pg=3619,2554015&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=19 Januari 2010}}</ref>, gara-gara populariti sebuah lagu yang dikatakan menempa nama di negara Eropah tersebut, iaitu "[[Fantasia Bulan Madu]]" yang dirakam dalam bahasa Inggeris dengan tajuk "Feel the Pain".<ref>{{cite news|title=Search still on|author=Bissme S.|work=The Sun|date=13 April 2009|url=http://www.sun2surf.com/article.cfm?id=32207|accessdate=22 Januari 2010}}</ref> Pada tahun yang sama, Search dan Wings berusahasama mengadakan jelajah "Double Trouble" di tujuh tempat di seluruh Semenanjung, dengan tujuan meringankan beban kewangan yang didakwa dialami oleh kedua-dua kugiran tersebut.<ref name=holland/>
Pada tahun 1994, Amy melancarkan kerjaya solonya dengan album berjudul ''[[Magic (album Amy)|Magic]]''<ref>[http://www.muzikrock.com/album/magic_01.html Magic (1994)], Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.</ref>, sementara kegiatan kugirannya berkurangan dengan hanya satu konsert di Shah Alam, satu [[Extended play|EP]] [[remix]] dan satu album himpunan tanpa lagu baru, iaitu ''Terbaik''. Pada tahun berikutnya, Nasir Daud kembali ke kumpulan Search untuk merakam album ''[[Gema di Timur Jauh]]''<ref>[http://www.muzikrock.com/album/gema_di_timur_jauh_01.html Gema Di Timur Jauh], Muzik Rock. Dicapai pada 19 Januari 2010.</ref> dan mengadakan dua konsert bersempena album ini di Shah Alam (9 Jun) dan Kuala Lumpur (18 Oktober) yang turut menyumbang kepada album ''live'' berjudul ''[[Gema di Timur Jauh Unplugged]]'' (yang banyak berbeza himpunan lagunya dari album ''Gema'' asal). Album ''unplugged'' pertama kumpulan Search ini telah terjual lebih dari 100,000 unit.<ref name=budiey/>
Kugiran Search mengeluarkan album lagi pada tahun 1996 iaitu ''[[Rock 'N' Roll Pie]]'' sempena ulang tahun mereka yang ke-15, kali ini melibatkan hasil karya penulis lagu tempatan dan antarabangsa (termasuk Klaus Meine dari kumpulan [[Scorpions]] dari Jerman). Pada Oktober tahun itu, mereka bersama [[Ramlah Ram]] mewakili Malaysia di pesta muzik Hanoi-Asean Golden Song Festival yang disertai di Vietnam.<ref>{{cite news|title=Malaysian artistes at song fest |work= New Straits Times|page= 19 |date= 4 Ocotber 1996 |url=http://news.google.com/newspapers?id=5NwxAAAAIBAJ&sjid=XBUEAAAAIBAJ&pg=2095,1272769&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=21 Januari 2010}}</ref> Pada tahun berikutnya, kugiran ini mengadakan Konsert Rock 'N' Roll Pie di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur, yang dirakam untuk siaran di TV3 dan keluaran album, di samping Amy mengeluarkan album solo keduanya, ''[[Camouflage (album Amy)|Camouflage]]''.
===1998–2001: Perpecahan===
Selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain gitar bes baru yang menggantikan Nasir Daud yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua, Kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan kumpulan Wings (yang ketika ini diterajui oleh [[Mustaffa Din]]) untuk mengeluarkan album ''[[Double Trouble 2]]'' untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, pada tahun inilah kugiran Search mengalami saat paling getir apabila Amy meninggalkan kugirannya di tengah-tengah usaha merakam album baru untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solonya,<ref>{{cite news|title=Search is still on |author=Zainal Alam Kadir |work=New Straits Times (Weekend Life & Times) |page=4 |date=21 Mac 1998 |url=http://news.google.com/newspapers?id=peYVAAAAIBAJ&sjid=9xQEAAAAIBAJ&pg=6763,2470978&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=19 Januari 2010 }}</ref> tidak lama kemudian meninggalkan BMG untuk menyertai label [[Sony Music]].<ref>{{cite news|title=In music, it's all in the stars |author=Zainal Alam Kadir |work=New Straits Times (Life & Times) |page=3 |date=30 Disember 1998 |url=http://news.google.com/newspapers?id=GRAWAAAAIBAJ&sjid=xRQEAAAAIBAJ&pg=6978,6197096&dq=search+malaysia+amy&hl=en |accessdate=19 Januari 2010}}</ref>
Sebagai pelengkap album yang berjudul ''[[Bikin Wilayah]]'', mereka mengundang Awie sebagai penyanyi jemputan dan menyebut namanya di kulit album keluaran akhir tahun 1998 itu. Akan tetapi, kumpulan Search sudah di ambang perpecahan apabila Kid, Noordin dan Fauzi meninggalkan kumpulan itu, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya anggota asal Search yang tinggal.<ref>[http://www.muzikrock.com/album/bikin_wilayah_01.html Bikin Wilayah], Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.</ref> Pada tahun 1999, penyanyi Moq dan gitaris Shah dibawa masuk ke kugiran ini untuk menyempurnakan ''[[Selepas Banjir]]'', album berlagu baru terakhir di bawah nama Search<ref>[http://www.muzikrock.com/album/selepas_banjir_01.html Selepas Banjir], Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.</ref>, sebelum kugiran itu dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001 sewaktu album himpunan ''[[Rockestra]]'' dikeluarkan.<ref>[http://www.muzikrock.com/album/rockestra_01.html Rockestra], Muzik ROCK. Dicapai pada 21 Januari 2010.</ref>
Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album ''Fenomena'' dan ''Gema di Timur Jauh'' yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Sham pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanahair dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi [[Sony BMG]]): ''[[Aku (album Amy)|Aku]]'', ''[[Suatu Masa (album Amy)|Suatu Masa]]'' dan ''[[IKON: A Rockstar Chronicle]]''.
===2003–kini: Bersatu semula===
Setelah beberapa tahun tak bersua, nama Search dihidupkan kembali dengan sebuah konsert ''reunion'' yang diadakan di [[Stadium Merdeka]], Kuala Lumpur pada Februari 2004.<ref>{{cite news|title=Search still rockin' good|work=New Straits Times|date=13 Februari 2004|author=Sharifah Arfah}}</ref> Persembahan konsert tersebut dirakam dalam album ''live'' ''Konsert Rock Search Evolusi 2004'' yang keluar tiga tahun kemudian. Pada tahun 2004 juga, kugiran Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert [[Scorpions]] di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran [[Jerman]] tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari [[Pemuda PAS]] atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.<ref>{{cite news|title=Islamic party wants to bar show by rock band Scorpions|author=Pauline Jasudason|publisher= Associated Press |date=8 September 2004}}</ref>
Pada awal tahun 2006, media mengesahkan bahawa Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Yazid Ahmad kembali bersama untuk merakam album baru sekali lagi, di samping memperkenalkan tapak sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya.<ref>{{cite news|title=Search ready to rock again |author=N. Rama Lohan |work= The Star Online |date=28 April 2006 |url=http://www.star-ecentral.com/news/story.asp?file=/2006/4/28/music/14086039&sec=music |accessdate=19 Januari 2010}}</ref> Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi, ''[[Ying dan Yang]]'' yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP ''[[Empire Garden]]''. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal.<ref name=budiey/> Serentak dengan ''Empire Garden'', mereka mengusahakan album ''[[Gothik Malam Edan]]'' yang berjaya diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran [[Life Records]] dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.
Pada tahun 2006 juga, Search mengumumkan konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25, bergandingan dengan kumpulan [[Slank]] dari Indonesia, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2007 di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, kumpulan Search menarik diri pada saat-saat akhir, kononnya sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor pada bulan sebelumnya, maka tinggalnya Slank dengan bantuan kugiran [[Spider]] dan [[Wings]]. Akibatnya, konsert yang menantikan kedatangan 20,000 peminat menjadi hambar dengan kehadiran 7,000 orang sahaja, dilaporkan kebanyakannya berasal dari Indonesia.<ref>{{cite news|title=Konsert S2 Celebration hilang bisa kerana Search? |author=Wahida Asrani |work=mStar Online |date=7 Januari 2007 |url=http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2007/1/8/HIBURAN/m_Aduh/Konsert_S2_Celebration_hilang_bisa_kerana_Search&sec=mstar_hiburan |accessdate=19 Januari 2010}}</ref>
Pada tahun 2008, Amy Search mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.<ref>{{cite news|title=Malaysia, Indonesia quarrel turns to music |author=Ary Hermawan dan Desy Nurhayati |work= The Jakarta Post |date=5 September 2008 |url=http://www.thejakartapost.com/news/2008/09/05/malaysia-indonesia-quarrel-turns-music.html |accessdate=19 Januari 2010}}</ref>
Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur. Jelajah yang menerima sokongan dari penaja utamanya [[Celcom]]<ref>{{cite news|url= |title=Celcom Taja Konsert Kumpulan Rock Tempatan |publisher=Bernama |date=7 April 2009 |accessdate=22 Januari 2010}}</ref> ini bermula dengan konsert pembukaan di Seberang Perai pada 2 Mei<ref>{{cite news|url=http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=3577|title=Jelajah Awan Biru Search: Sepintas Lalu|work=gua.com.my|date=1 Jun 2009|accessdate=22 Januari 2010}}</ref> hingga konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos. Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara itu, beberapa hari selepas hari jadi Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000<ref>{{cite news|title=Search: Belum Masa Untuk Bersara |work=gua.com.my |date=5 Ogos 2009 |url=http://www.gua.com.my/Entertainment/Feature-Detail.aspx?ArticleID=3891 |accessdate=22 Januari 2010}}</ref> hingga 25,000<ref>{{cite news|title=Sayang sistem bunyi 'hancur' |author=Abd Aziz Itar |work=Utusan Online |date=4 Ogos 2009 |url=http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm |accessdate=22 Januari 2010 }}</ref> peminat.
===Perkembangan semasa===
Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah di [[Ireland]] dan [[United Kingdom]] pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan [[Hujan (kugiran)|Hujan]] untuk persembahan pembukaan.<ref>{{cite news|title= Search Jelajah Eropah Februari Ini |author=Siti Azira Abd Aziz |work=mStar Online |date=14 Januari 2010 |url=http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/1/14/mstar_hiburan/20100113135254&sec=mstar_hiburan |accessdare=22 Januari 2010}}</ref> Mereka beraksi di Button Factory, [[Dublin]], pada 16 Februari; Scala London, [[King's Cross]], [[London]] (18 Februari); dan Cavern Club, [[Liverpool]] (21 Februari).<ref>{{cite news|title= Search Di Ufuk Barat |author=Esme Johari Wahab |work=Harian Metro |date=13 Feb 2010 |url=http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/SearchDiUfukBarat/Article |accessdate=7 Mac 2010 }}</ref>
Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal ''Suatu Masa: Amy'' yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.<ref>{{cite news|title=Amy Search turns to musical |author=Rizal Johan |work=The Star Online |date=20 Januari 2010 |url=http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/1/20/nation/5505805&sec=nation |accessdare=22 Januari 2010}}</ref> Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.<ref>{{cite news|title=Search no further for Amy|author=Nur Aqidah Azizi|publisher=Malay Mail|date=5 April 2010|url=http://www.mmail.com.my/content/32428-search-no-further-amy|accessdate=5 April 2010}}</ref>
Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri oleh 20,000 orang.<ref>[http://www.nst.com.my/articles/29dou/Article/index_html Search, Wings rock the city], New Straits Times, 2 Mei 2010.</ref> Ini disusuli pula dengan konsert di [[Stadium Larkin]], [[Johor Bahru]] yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12,000 peminat.<ref>[http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Search_WingsgegarJB/Article Search, Wings gegar JB], Harian Metro, 7 Jun 2010.</ref> Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.<ref>{{cite news
|title=Konsert GEMURUH DT Tutup Tirai 2010
|work=Mangga Online
|date=23 Disember 2010
|url=http://www.manggaonline.com.my/berita-selebriti/2779-konsert-gemuruh-dt-tutup-tirai-2010.html
|accessdate=26 Disember 2010
}}</ref>
{{musik-stub}}
|