Search: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Ejump com (bicara | kontrib)
Tidak ada ringkasan suntingan
Ejump com (bicara | kontrib)
Baris 18:
Ketika diasaskan di [[Johor Bahru]] pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama [[RamPa]] (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, [[Suhaimi Abdul Rahman]], atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama [[Polygram Records]] di [[Singapura]] pada pertengahan 1980-an.
 
Tiga buah album studio terawal mereka, iaitu ''[[Cinta Buatan Malaysia]]'' (1985)<ref>[http://www.muzikrock.com/album/cinta_buatan_malaysia_01.html Cinta Buatan Malaysia], MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref>, ''[[Langit dan Bumi]]'' (1986)<ref>[http://www.muzikrock.com/album/langit_dan_bumi_01.html Langit Dan Bumi], MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref>, dan ''[[Mentari Merah di Ufuk Timur]]''<ref>[http://www.muzikrock.com/album/mentari_merah_di_ufuk_timur_01.html Mentari Merah di Ufuk Timur], MuzikROCK. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref>, dirakam di Lion Studio, Singapura dengan [[M. Nasir]] sebagai penerbit. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album ''Cinta Buatan Malaysia'' dibantu oleh [[Amran Marsiman|Yan]] dan [[Man Kidal]] dari kugiran [[Lefthanded]] sebagai pemuzik undangan. Hillary Ang pula hanya melibatkan diri dalam album ''Langit dan Bumi'' dan ''Mentari Merah'' saat bersama Polygram.
 
Persembahan live mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 2 Februari 1986, diikuti konsert sendiri pertama mereka iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.<ref name=search01>[http://www.muzikrock.com/search_01.html Search], Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref>
 
Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari ''[[Kembara Seniman Jalanan]]'' arahan Nasir Jani yang keluar pada tahun 1986.<ref>[http://www.muzikrock.com/foto/filem/kembara_seniman_jalanan_01.html Kembara... Seniman Jalanan], Muzik Rock. Dicapai pada 17 Januari 2010.</ref> Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di [[Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular 1987|Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian]] pada tahun 1987.
 
Album ''Cinta Buatan Malaysia'', ''Langit dan Bumi'', dan ''Mentari Merah di Ufuk Timur'', masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada tahun 1987.<ref name=search01/> Apapun, walaupun sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan nama Search, iaitu ''[[Di Pintu Sepi]]'' dan ''[[Berpaling]]'' yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album ''Mentari Merah'' itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988.
 
Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu [[Gersang (kugiran)|Gersang]] (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan [[Mega (kugiran)|Mega]] (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; [[Kluang]], 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)<ref>{{cite news|title=Night of sheer beastly noise|author=R.S. Murthi|work=Times Two (New Straits Times)|page=19|date=8 Disember 1988|url=http://news.google.com/newspapers?id=RbsTAAAAIBAJ&sjid=iJADAAAAIBAJ&pg=4663,2075606&dq=search+malaysia+amy&hl=en|accessdate=17 Januari 2010}}</ref>, diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran [[Thailand]] di [[Bangkok]], di ambang tahun baru 1989.<ref name=search01/>
 
===1989–1997: "Fenomena" Search===