Jah Hut: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
EmausBot (bicara | kontrib)
k Bot: Migrasi 1 pranala interwiki, karena telah disediakan oleh Wikidata pada item d:Q7354656
HsfBot (bicara | kontrib)
k Bot: Perubahan kosmetika
Baris 1:
'''Jah Hut''' ialah satu [[suku kaum]] [[orang asli]] yang tinggal di [[Pahang]], [[Malaysia]]. Pada tahun [[2000]], jumlah penduduk Jah Hut ialah 2,442 <ref>[http://www.ethnologue.com/show_language.asp?code=jah Ethnologue.com: D. Bradley]</ref> dan pada tahun [[2005]], anggarannya ialah lebih kurang 4,000 <ref>[http://www.indianjmedsci.org/article.asp?issn=0019-5359;year=2005;volume=59;issue=4;spage=156;epage=161;aulast=Lin Lin KW. Kajian etnobotani untuk tumbuhan perubatan yang digunakan oleh Jah Hut di Malaysia . Jurnal Sains Perubatan India 2005;59:156-161]</ref> orang yang tinggal di 11 buah [[kampung]] yang terletak di sepanjang tebing barat [[Sungai Pahang]] dari [[Jerantut]] di utara ke [[Temerloh]] di selatan.
 
Antara kampung-kampung ini termasuk [[Kampung Pos Penderas]], dan [[Kampung Keboi]] di dalam [[hutan tropika]] yang terletak di daerah Jerantut, Pahang. Kampung Keboi merupakan salah satu kampung yang terkecil antara petempatan-petempatan orang Jah Hut dengan hanya kira-kira 100 orang. Orang Jah Hut tinggal di rumah gaya [[Melayu]] yang dibina di atas kaki bajang.
Baris 12:
=== Perubatan tradisional ===
Pengetahuan [[herba]] tradisional telah diturunkan dari satu generasi ke satu generasi dalam bentuk pertuturan oleh '[[bomoh]]' yang merupakan ahli [[perubatan]] tradisional. [[Jurnal Sains Perubatan India]] mendokumenkan sekurang-kurang 16 jenis [[ubat]] orang Jah Hut. Antara ubat-ubat yang telah disahkan oleh [[penyelidikan saintifik]] termasuk ''Hedyotis capitellata'', ''Melastoma malabathricum'', ''Lycopodiella cernua'', dan herba-herba berikut:
* ''[[Eurycoma longifolia]]'': Digunakan sebagai [[afrodisiak]] untuk menaikkan syahwat, herba ini merupakan satu herba yang popular antara banyak bangsa di Malaysia dan boleh diperoleh dari pasaran.
* ''[[Morinda citrifolio]]'': Orang Jah Hut menggunakan herba ini untuk merawat [[bisul]] melalui pembubuhan topikal daun-[[daun]] dan [[buah]]-buahnya. Ini berbetulan dengan pengesahan [[farmakologi]] yang menentusahkan bahawa bisul sering diakibatkan oleh [[bakteria]] ''Staphylococcus aureus''. Oleh sebab M. citrifolia mempunyai sifat-sifat antibakteria untuk menentanginya, rawatan ini bukanlah satu rawatan yang tidak berasas.
* ''[[Vernonia cinerea]]'': Digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan [[asma]], penyelidikan-penyelidikan terkini menunjukkan bahawa V. cineria mempunyai sifat-sifat antiradang dan oleh itu, rawatan ini adalah berkesan.
Baris 20:
* ''[[Physalis minima]]'', ''[[Pyrrosia piloselloides]]'' dan ''[[Smilax lanceifolia]]'': Herba-herba ini sering digunakan oleh orang Jah Hut untuk melegakan [[sakit]].
 
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, perubatan orang kebanyakan ini tidak lagi menarik generasi yang lebih muda yang lebih bergantung kepada perubatan barat. Generasi ini tidak lagi dapat mengecam herba-herba serta tidak mempunyai banyak pengetahuan terhadap ubat herba tradisional.
 
Pada masa sekarang, pemuda-pemudi berhijrah ke kawasan-kawasan bandar untuk [[pendidikan]] dan pekerjaan. Oleh itu, hanya orang-orang yang lebih tua mempunyai pengetahuan tentang herba dan dianggarkan bahawa hanya beberapa orang sahaja yang berupaya menggunakan ubat tradisional untuk merawat [[penyakit]].