Kuala Terengganu: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Wagino Bot (bicara | kontrib)
k →‎Pranala luar: minor cosmetic change
k Robot: Perubahan kosmetika
Baris 38:
</table>
}}
'''Kuala Terengganu''' (disingkat '''KT'''; [[Tulisan Jawi|Jawi]]: كوالا ترڠڬانو) ialah ibu kota negara bagian dan juga [[bandar diraja]] negeri [[Terengganu|Terengganu Darul Iman]], [[Malaysia]]. Ia terletak 500 kilometer di timur laut [[Kuala Lumpur]] dan mengadap [[Laut China Selatan]]. Kuala Terengganu telah diakui sebagai Bandaraya Warisan Pesisir Air dan menjadi [[kota]] pada [[1 Januari]] [[2008]]. Kota ini mempunyai jumlah penduduk sebanyak 357,256<ref>[http://www.world-gazetteer.com/wg.php?x=&men=gcis&lng=en&des=gamelan&dat=32&geo=-152&srt=pnan&col=ohdq&pt=c&va=x Malaysia - largest cities and towns and statistics of their population], World Gazetter</ref> pada tahun 2007. Namanya bererti ''muara Sungai Terengganu''. Kuala Terengganu merupakan antara bandar pelancongan popular dan hotelnya mencatatkan kadar penginapan yang tinggi sepanjang tahun.
 
Majlis Bandaraya Kuala Terengganu merupakan sebuah pihak berkuasa tempatan yang bertanggungjawab mentadbir seluruh Kuala Terengganu dan sekitarnya.
Baris 57:
Catatan penulis China pada masa Dinasti Sui ada juga menyebut tentang sebuah Negeri yang dinamai ’ Tan-Tan’ yang menghantar Ufti ke China. Paul Wheatley membuat kesimpulan negeri yang dimaksudkan di dalam catatan China itu mungkin berpusat di Kuala Besut atau Kuala Terengganu.
 
Catatan tersebut juga menyebut bahawa Kuala Terengganu dan Kuala Berang merupakan pusat perdagangan maritim utama pada abad kedua belas. Sungai Terengganu merupakan laluan utama dan penting bagi pedagang-pedagang asing pada zaman itu. Perdagangan barangan seperti kayu gaharu, kayu laka, gading bermutu tinggi di jadikan pertukaran dengan emas dan perak.
 
Pengembara China, ‘ Chao Ju Kua ’ dalam catatan yang ditulisnya pada tahun 1225, ada menyebu ‘ Teng-Ya-Nong ‘ atau Kuala Terengganu sebagai sebuah pelabuhan perdagangan yang penting di persisiran pantai timur Tanah Melayu.
Baris 68:
Bandar Kuala Terengganu dikatakan bermula sebagai pusat perniagaan dan pengumpulan hasil semenjak zaman berzaman. Penduduk di sepanjang [[Sungai Terengganu]] membawa hasil pertanian dan hutan melalui jalan sungai, manakala para nelayan menukarkan hasil tangkapan mereka. Kawasan perniagaan utama di Kuala Terengganu terletak di Jalan Kampung Cina, Jalan Banggol dan Tanjong.
 
Pada masa kini, Kuala Terengganu berubah menjadi sebuah Kota moden yang masih mengekal ciri ciri tradisional. Kepesatan Kuala Terengganu, yang mempunyai keluasan 60,528.1 hektare, dapat dilihat daripada segi pembangunan infrastruktur antaranya [[Lapangan Terbang Sultan Mahmud]] (LTSM), Kompleks Sukan Gong Badak, Kampus Universiti Darul Iman (UDM)(sekarang ditukarkan kepada UNISZA), Kampus Universiti Malaysia Terengganu (UMT).
 
Kuala Terengganu turut menekankan sektor pelancongan sebagai pemacu ekonomi negeri.
Baris 89:
Seterusnya, Kuala Terengganu juga terkenal dengan keunikan kesenian kebudayaan seperti tarian ulik mayang, tarian rodat, tarian saba, tarian balai, tarian gayung otar-otar, permainan gasing.
 
Penduduk Kuala Terengganu yang terkenal sebagai pelaut dan pelayar yang cekap memiliki kemahiran tinggi dalam membuat dan mengukir perayu nelayan, perahu kolek, setak, sekoci, jalur dan yang paling masyur ialah perahu payang. Lokasi pembuatan perahu masih kekal dari dahulu hinggalah sekarang termasuk dikampung Losong, Duyung, Telok Pasu dan Pulau Rusa.
 
Pantai dan Pulau-pulau yang berada di dalam kawasan Kuala Terengganu seperti pulau Redang, Pulau Bidong, Pulau Duyung, pantai Batu Burok, Telok Ketapang merupakan destinasi kunjungan dan pelancongan utama.
Baris 138:
Kota ini dihubungi dengan bandar lain melalui jaringan jalan yang baik dan terdapat juga perkhidmatan bot yang merentasi Sungai Terengganu. [[Jambatan Sultan Mahmud]], yang merentasi Sungai Terengganu, menghubungkan kedua-belah sungai ini.
 
== Lebuh Raya ==
Projek Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT2) dari Jabor, Kuantan, ke Kampung Gemuruh dijangka siap pada Jun 2012.
Pembinaan LPT2 dibahagikan kepada dua segmen iaitu segmen pertama sepanjang 64 kilometer dikendalikan Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) dan diserah kepada Kumpulan MTD, manakala baki sepanjang 120 kilometer dikendali JKR.
Baris 145:
 
INTERCHANGE (SUSUR KELUAR)
* Jabor Interchange
* Ceneh Interchange
* Air Putih Interchange (Susur keluar ke Cukai, Kemaman)
* Kubu Interchange (Susur keluar ke Kerteh)
* Al Muktafi Billah Shah (AMBS) Interchange
* Bukit Besi Interchange (Susur keluar ke Dungun)
* Ajil Interchange (Susur keluar ke Kuala Berang, Hulu Terengganu)
* Bukit Payong Interchange (Susur keluar ke Marang & Kuala Terengganu Selatan)
* Kuala Terengganu Interchange (Kg Gemuruh - Susur keluar ke Kuala Terengganu Utara & Kota Bharu)
 
== Lapangan Terbang Sultan Mahmud ==
Lapangan Terbang Sultan Mahmud (IATA: TGG, ICAO: WMKN)yang terletak di Kuala Terengganu Utara adalah sebuah lapangan terbang yang menguruskan penerbangan dari dan ke Kuala Terengganu. Lapangan terbang ini terletak 15km dari pusat bandar. Dalam tahun 2005, lapangan terbang ini menguruskan 419,475 penumpang dengan 4,623 pergerakan kapal terbang.[1]
Pada bulan Januari 2008, Kerajaan Malaysia telah meluluskan RM200 juta bagi menaik taraf lapangan terbang ini bagi dijadikan sebuah lapangan terbang antarabangsa. Hal ini termasuklah memanjangkan landasan terbang dan menaik taraf terminal lapangan terbang ini.
Baris 161:
Pada Oktober 11 2008, sebuah Boeing 747-400 Penerbangan Malaysia mendarat disini pada jam 1456 dari Kuala Lumpur di mana pesawat tersebut adalah Boeing 747 pertama mendarat disini. Sebelum ia mendarat, ia terbang di kawasan berdekatan dari LTSM. Pesawat tersebut bersedia menuju ke Jeddah dan Madinah pada Musim Haji ini.
 
== Kota Kembar ==
* [[Denpasar]],[[Indonesia]]
 
== Pemandangan Kuala Terengganu ==