Suku Suluk: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Alamnirvana (bicara | kontrib)
Alamnirvana (bicara | kontrib)
Baris 37:
 
* Orang Buranun dipercayai yang terawal adalah orang yang menduduki kawasan pergunungan di Sulu dan penempatan terkenal mereka ialah di [[Maimbung, Sulu]].
* Orang Tagimaha pula bermaksud kumpulan pelindung yang datang dari [[Pulau [[Basilan]] yang mana asal sebenar mereka adalah dari pulau besar Mindanao juga dan penempatan terkenal mereka ialah di Buansa atau sekarang dikenali sebagai [[Jolo, Sulu]] (sbt. Holo).
* Orang Baklaya bermaksud orang yang menduduki persisiran pantai adalah dipercayai datang dari [[Pulau Sulawesi]], [[Indonesia]] dan penempatan mereka ialah di [[Patikul, Sulu]].
* Orang Dampuan pula berasal dari [[Champa]] iaitu salah satu tempat bersejarah di [[Indochina]] yang sekarang dikenali sebagai [[Vietnam]] (Annam) dan inilah kaum-kaum seperti yang disebut di atas yang mewarnai wajah bahasa dan rupa paras orang Tausug itu sendiri.
* Orang Banjar
 
Suku Tausug memiliki beberapa dialek berdasarkan kawasan atau daerah di antaranya ialah dialek Tausug Tapul, Tausug Basilan, Lugus, Gimbahanun dan masih terdapat beberapa dialek lagi. Unsur-unsur bahasa Melayu juga terdapat dalam bahasa Sug ini. Kekuasaan Kerajaan Sriwijaya pernah mempengaruhi daerah-daerah sekitar wilayah [[Kepulauan Sulu]] sebagaimana sebelum kemunculan kerajaan awal Melayu Melaka. Maka setelah kedatangan Islam muncullah Kesultanan Sulu sekitar tahun 1457 M dan pemerintahan Sultan-sultan Sulu berlangsung lama yang terserap ke dalam bahasa Sug hingga bertahan sampai hari ini.