Mas Mansoer: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Tidak ada ringkasan suntingan
tata
Baris 11:
Dalam kedudukan politik pula, KH Mas Mansur menjelaskan pendiriannya dalam ucapan penubuhan PII (Parti Islam Indonesia). Beliau menjelaskan semenjak kejatuhan Andalus pada kurun ke 15, persoalan politik diketepikan oleh umat Islam. Sedangkan Rasulullah SAW diutus sebagai rasul dan sekaligus sebagai pemimpin dalam mengendalikan urusan kemasyarakatan. Maka Islam adalah din dan sekaligus siasah untuk mengatur urusan dunia.
 
Beberapa catatan sejarah tentang beliau menggambarkan keperibadian beliau. Beliau pernah hadir dalam rapat umum dan duduk bersama-sama hadirin di tempat terbuka meskipun beliau merupakan pimpinan tertinggi dan tokoh yang disegani. Selalunya apabila dijemput ke perhimpunan atau kongres Muhammadiyah, KH Mas Mansur akan dihubungi oleh panitia samada beliau perlu penginapan khusus. Beliau hanya meminta sehelai tikar dan bantal sama seperti peserta biasa serta tidur bersama mereka. ketika sedang menghadiri kongres Muhamadiyah, beliau menerima kawad (telegram) bahawa isteri keduanya meninggal dunia. Siapapun tidak menyedari hal ini sehinggalah telah selesai urusan Muhammadiyah iaitu setelah 15 hari isterinya meninggal. Beliau meneguhkan hatinya agar urusan dakwah yang dipikulkan dipundaknya dapat disempurnakan tanpa mengganggu perjalanan program. Kisah ini tentu ada kesamaannya dengan apa yang dialami as-syahid Hassan al-banna yang diberitahu tentang kesihatan anaknya ketika beliau sedang menyampaikan dakwahnya. Kata beliau kepada yang membawa berita bahawa anaknya itu ada ibunya yang bolih merawatnya.
Utusan itu datang lagi membawa berita yang lebih menggemparkan bahawa anaknya itu telah meninggal.
As-syahid mengatakan ayah saudaranya bolihboleh menguruskannya. Sedikit jua tidak kelihatan reaksi keresahan pada wajahnya sehingga tidak disedari oleh hadirin. Demikianlah tokoh-tokoh ini begitu meletakkan dakwah sebagai tugas yang paling penting sehingga tidak ada satu urusan peribadi yang bolih mengatasinya termasuklah urusan kematian yang membabitkan keluarga yang tersayang.
 
KH Mas Mansur juga pernah ditawarkan oleh pemerintah Hindia Belanda untuk mengisi jawatan hakim Islam tertinggi kerana ilmunya yang luas. Mas Mansur menolak jawatan tersebut meskipun beliau ditawarkan gaji yang sangat lumayan. Bila ditanyakan mengapa beliau menolak tawaran tersebut, dia membalikkan soalan yang ditanyakan. “Apakah lebih baik baginya menjadi hakim tertinggi atau menjadi pemimpin Muhammadiyyah dan mengambil berat tentang urusan dakwah”. Pernah di satu ketika yang lain, beliau diberi penghormatan oleh perwakilan asing. Perwakilan asing tersebut menganugerahkannya seutas kalung, beliau enggan memakainya dan menyuruh agar kalung itu diletakkan sahaja di atas meja. Apabila orang bertanya kenapa dia menolak,maka dia mengatakan dia belum layak untuk menerima penghormatan seperti itu.