Rungus: Perbedaan antara revisi
Konten dihapus Konten ditambahkan
Tidak ada ringkasan suntingan |
k Perubahan kosmetik tanda baca |
||
Baris 3:
Aki Rungsud merupakan seorang tokoh Momogun Laut yang membuka kawasan Kudat-Bandau pada zaman dahulu. Manakala Momogun adalah nama bangsa orang Rungus. Menurut legenda Momogun Rungus Aki Rungsud adalah tokoh yang membuka kawasan Bandau -Kudat sebagai kawasan Perdagangan Barter yang terbesar di rantau Borneo pada zaman dahulu. Teluk Bandau merupakan satu pusat dagangan Momogun Rungus Kuno. Barangan yang di perdagangkan di teluk Bandau ialah ubi kayu, pisang, jagung, labu, hasil-hasil hutan, kain tenunan Rungus dan sebagainya. Manakala masyarakat Momogun Rungus berdagang dengan pihak Sulu dan Brunei untuk mendapatkan barangan logam, barangan tembaga cina, tembikar cina, kain cina dan sebagainya. Momogun Rungus mempunyai adat berdagang sendiri di mana para pedagang dari luar tidak di benarkan menggali tanah lebih dari "Duvo Lzangod" bersamaan dua kaki. Para pedagang luar tidak boleh menebang hutan atau membuka kawasan untuk penternakan atau pun perkebunan. Ini kerana ia melanggar hukum keagamaan Labus (Lzabvus) bangsa Momogun Rungus. Sistem kesukuan Momogun Rungus ini merupakan satu sistem yang BERDAULAT pada zaman itu.
Pada hari ini secara politik dan bagi kepentingan politik
Momogun Rungus yang mendiami kawasan Kudat adalah terdiri daripada beberapa sub suku iaitu:
|