El Dorado: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Borgxbot (bicara | kontrib)
k Robot: Cosmetic changes
Baris 1:
'''El Dorado''' ([[Bahasa]] [[Spanyol]]: "yang bersepuh emas") adalah sebuah [[legenda]] yang bermula dengan cerita tentang seorang ketua suku [[Amerika Selatan]] yang meliputi dirinya dengan debu [[emas]].
 
== Asal-usul legenda ==
Mitos bermula pada tahun 1530 di Andes (kini dikenali sebagai [[Kolombia]]), di mana [[conquistador]] [[Gonzalo Jiménez de Quesada]] menemui [[Muiska]] (1537), sebuah negara moden di [[Kundinamarka]] dan tanah tinggi [[Departemen Boyacá|Boyacá]] di Kolombia. Cerita tentang ritual-ritual Muiska adalah disebabkan [[Quito]] oleh [[Sebastian de Belalcazar]]; bercampur dengan desas-desus lain, timbul pula legenda ''El Dorado'', Lelaki Keemasan— ''el indio dorado'', orang India keemasan, dan ''el rey dorado'', Raja Emas. Apabila difikirkan sebagai sebuah tempat, El Dorado menjadi sebuah negara, satu empayar, bandar ini terkenal raja keemasan.
 
== Majlis suku kaum ==
Cerita asalnya boleh dijumpai dalam sejarah merewang, ''El Carnero'', oleh [[Juan Rodriguez Freyle]]. Menurut Freyle, raja atau ketua sami Muiska dikatakan telah dilitupi dengan debu emas secara ritual dalam satu perayaan keagamaan yang diadakan di [[Tasik Guatavita]], [[Bogotá]].
[[ImageBerkas:Muisca raft Legend of El Dorado Offerings of gold.jpg|thumbnail|right|200px|Bot Golden [[Muiska]] yang dijumpai di [[Pasca]], [[Kolombia]] mewakili istiadat El Dorado]]
 
Dalam tahun 1636 Juan Rodriguez Freyle menulis sebab-sebabnya, dan dialamatkan kepada kawannya Don Juan, ''[[cacique]]'' atau gabenor Guatavita:
Baris 12:
:''Majlis berlangsung pada upacara perlantikan seorang pemerintah baru. Sebelum mengambil alih kuasa, seseorang lelaki itu akan meluangkan masa berseorangan di dalam sebuah gua, tanpa wanita-wanita, dilarang untuk makan garam dan lada hitam, atau keluar pada waktu siang. Cabaran pertama buat lelaki tersebut ialah pergi ke lagun besar di Guatavita, untuk membuat tawaran dan pengorbanan untuk hantu yang mereka puja sebagai tuhan. Semasa upacara yang berlangsung di lagun tersebut, mereka membuat sebuah rakit dengan tergesa-gesa, mencantikkan dan menghiasnya dengan kebanyakan benda menarik yang mereka ada. Mereka meletak empat cahaya api (braziers) yang dibakar menggunakan moque iaitu merupakan kemenyan bumiputera ini, dan juga damar dan wangi-wangian lain. Lagun tersebut besar dan dalam, jadi kapal tersebut boleh belayar di situ. Kapal tersebut penuh dengan lelaki dan perempuan yang berpakaian baik, plak-plak emas serta mahkota... Kemudian, apabila api diatas rakit rakit mula membakar kemenyan, mereka akan menyalakan api (braziers) di pantai, agar asapnya dapat menyembunyikan cahaya matahari.''
 
:''Pada masa ini mereka menanggalkan pakaian bakal raja tersebut dan kulitnya disapukan dengan tanah melekit yang ada debu emas. Jadi, dia dilitupi sepenuhnya dengan logam ini. Mereka meletakkannya di atas rakit ... dan di kakinya diletakkan dengan begitu banyak emas dan zamrud untuk ditawarkan untuk tuhannya. Ketika di atas rakit pula, dia diiringi dengan empat orang ketua utamanya, dihiasi dengan mahkota, gelang, loket dan subang emas. Mereka juga berbogel dan setiap orang akan membawa tawaran-tawaran yang lain.... apabila rakit tiba di pusat lagun, mereka mengibarkan sepanduk atau bendera sebagai isyarat untuk senyap. Kemudian dia akan menyimbah kesemua timbunan emas ke dalam tasik, dan ketua-ketua yang mengiringinya juga melakukan perkara yang sama..... Selepas itu mereka merendahkan bendera. Kemudian, rakit tersebut mula kembali ke arah pantai, pekikan bermula sekali lagi, dengan seruling, serunai, dan sepasukan besar penyanyi dan penari. Dengan majlis ini,barulah pemerintah baru tersebut diterima, dan dikenali sebagai tuhan dan raja.''
 
Dipercayai bahawa ritual-ritual ini telah dijalankan oleh Muiska dibeberapa buah tasik di wilayah mereka.
Baris 25:
Pengembaraan paling terkenal dalam pencarian El Dorado dilakukan oleh [[Francisco de Orellana]] dan [[Gonzalo Pizarro]] ([[1541]]), yang menghilir [[Sungai Napo]] ke lembah [[Sungai Amazon]] sehingga ke [[delta]]nya.
 
Ekspedisi lain termasuk oleh [[Philipp von Hutten]] ([[1541]]–[[1545]]), yang mengetuai kumpulan penjelajah dari [[Coro]] persisiran [[Venezuela]]; dan [[Gonzalo Jiménez de Quesada]], ''Governor of El Dorado'', yang bermula dari [[Bogotá]] ([[1549]]).
 
[[Sir Walter Raleigh]], yang menyambung pencarian dari [[1595]], menggambarkan El Dorado sebagai bandar di [[Tasik Parima]] jauh di [[Orinoco]] di [[Guayana]] (hari ini [[Venezuela]]). Bandar ini di tasik ditanda di [[England]] dan peta lain sehingga kewujupannya dibukti palsu oleh [[Alexander von Humboldt]] ([[1769]]–[[1859]]).
 
Antara cerita menarik adalah yang dikisahkan oleh leftenan Martinez bawah [[Diego de Ordaz]], yang mendakwa diselamatkan dari kapal pecah, di bawa ke pendalaman di [[Omoa]] oleh "El Dorado" sendiri ([[1531]]);
 
== Metafora ==
Dalam mitos [[Muiska]] hari ini, El Dorado ('''Mnya''') melambangkan kuasa terkandung dalam triniti '''Chiminigagua''', yang membentuk kuasa kreatif bagi semua benda yang wujud. Chiminigagua, bersama '''Bachué''', '''Cuza''', '''Chibchachum''', '''Bochica''' dan '''Nemcatacoa''', salah satu pencipta [[alam sejagat]].
 
Sementara itu nama ''El Dorado'' telah digunakan secara metafor bagi semua tempat di dunia di mana kekayaan didapati dengan mudah. Ia diberikan kepada El Dorado County, California, dan bandar dan pekan di pelbagai negeri. Dalam penulisan lagenda ini sering disebut, terutama yang paling terkenal adalah ''[[Paradise Lost]]'' oleh [[John Milton]](Book xi. 408-411) dan dalam ''[[Candide]]'' oleh [[Voltaire]] (chs. 18, 19). "El Dorado" adalah judul dan subjek empat versa puisi oleh [[Edgar Allan Poe]].
Baris 39:
== Lihat pula ==
* [[Muiska]]
* [[Sir Walter Raleigh ]]
* [[Gonzalo Jiménez de Quesada]]
== Referensi ==
* Bandelier, A. F. A. ''The Gilded Man, El Dorado'' (New York, 1893).
* Freyle, Juan Rodriguez. ''El Carnero: Conquista y descubrimiento del Nuevo Reino de Granada''. ISBN 846600025984-660-0025-9
* Hagen, Victor Wolfgang von. ''The Gold of El Dorado: The Quest for the Golden Man''
* Nicholl, Charles. ''The Creature in the Map'', London, 1995 ISBN 00995952140-09-959521-4
 
== Pranala luar ==
* [http://www.banrep.gov.co/museo/esp/o_Muiska.htm Precolumbian Golden Boat] Famous golden figure based on El Dorado rite (housed in the [[Gold Museum]] at [[Bogotá]], [[Kolombia]])
 
[[Kategori: Kolombia]]
 
[[bpy:য়েলডোরাডো]]