Hakim an-Naisaburi: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Borgx (bicara | kontrib)
k {{rapikan}}
Borgxbot (bicara | kontrib)
k Bot: Penggantian teks otomatis (-. Beliau +. Ia)
Baris 4:
Namanya Abu ‘Abdullah Muhammad bin Abdullah bin Muhammad ibnu Handawaihi bin Nu’aim Al-Dhabbiy Al-Thahmaani Al-Naisaburi (321 H/933 M - 405 H/1014 M) yang juga terkenal dengan gelaran Ibnu Al-Baiyi’ dan Al-Hakim, merupakan antara seorang imam diantara ulama-ulama hadith dan seorang penyusun kitab yang terkemuka di zamannya.
 
Pada peringkat awal beliau mendapat didikan awal ilmu agama daripada ayah dan bapa saudaranya, kemudian beliau berguru pula kepada Abi Haatim bin Hibban pada tahun 334 H. BeliauIa juga dikatakan telah belajar ilmu fiqh kepada seorang ulama’ besar di Naisabur iaitu `Ali bin Sahal Muhammad bin Sulaiman Al-Shaluki Al-Syafi`iy.
 
Setelah itu pada tahun 340 H. beliau berhijrah meninggalkan kampung halamannya menuju Iraq. Di sana beliau mempelajari ilmu hadith daripada ‘Ali bin ‘Ali bin Abi Khurairah, seorang faqih yang terkenal. Seterusnya selepas menunaikan ibadah haji, beliau kemudian bersafar mencari ilmu ke bumi Khurasan dan negara-negara lain, beliau telah membulatkan tekadnya untuk mencari dan mengumpulkan hadith, hingga di katakan beliau telah mendengar hadith dari sejumlah besar para ‘ulama, dan menurut riwayat guru-gurunya berjumlah sekitar 1000 orang.
Baris 10:
Terdapat banyak para ahli ilmu yang meriwayatkan hadith daripadanya, antaranya Al-Dar Al-Quthny, Abi Bakar Al-Qaffal Al-Syasy dan teman-temannya. Selain itu beliau juga menghasilkan karya gemilang berbentuk penulisan dalam pelbagai jenis ilmu. Antara kitab-kitab karyanya ialah: Ma’rifat ‘Ulum Al-Hadits, Al-Madkhal ‘ala ‘ilmi Al-Sahih, Al-Mustadrak ‘ala Al-Shahihain, Fadhail Al-Imam Al-syafi’iy, Al-Amali dan lain-lain.
 
Beliau sentiasa bermuzakarah dan bermuhadharah bersama para ulama hadith, bahkan beliau juga pernah bermubhahasah dengan Al-Dar Al-Quthny. BeliauIa juga pernah dilantik sebagai hakim di Naisabur pada tahun 359 H, lantaran itulah beliau terkenal dengan nama Al-hakim.
 
Beliau dilahirkan di Naisabur pada pagi jumaat, bertepatan dengan 3hb Rabi’ul Awwal pada tahun 321 H, dan wafat juga di Naisabur pada tahun 405 H. Semoga Allah s.w.t menerangi tempatnya, amin..