Muhammad Amrullah: Perbedaan antara revisi
Konten dihapus Konten ditambahkan
k {{rapikan}} |
k Bot: Penggantian teks otomatis (-. Beliau +. Ia) |
||
Baris 6:
Oleh WAN MOHD. SHAGHIR ABDULLAH
NAMA lengkap ‘Tuan Kisa-i’ ialah Syeikh Muhammad Amrullah Tuanku Abdullah Saleh.
Saya sempat bertemu Buya Hamka pada Februari 1971 di rumahnya di Kemayoran Baru, Jakarta. Selain hampir semua karangan beliau sempat dibaca, saya juga berpeluang mendengar ucapan lisan beliau secara berdepan.
Baris 20:
Asal usul
Artikel ini tidak memfokuskan kepada Dr. Syeikh Haji Abdul Karim Amrullah dan Buya Hamka tetapi menjurus kepada kisah Tuan Kisa-i atau Syeikh Muhammad Amrullah yang lahir pada malam Khamis 6 Rejab 1256 H/4 September 1840 M.
Buya Hamka menulis, yang didengar daripada ayahnya, tentang Tuanku Abdullah Saleh: ‘’Kata ayah saya: ‘Engku Syeikh Suku Tanjung atau Tuanku Guguk Katur itu adalah seorang ulama yang sangat besar perhatiannya kepada Ilmu Tasawuf sehingga kitab Hikam Ibnu 'Athaillah beliau hafal di luar kepala.
Selanjutnya Buya Hamka menulis, ‘’Kepada murid yang soleh inilah tertarik hati gurunya Tuanku Syeikh Pariaman, sehingga setelah anaknya Siti Saerah menjadi gadis remaja, beliau ambillah Tuanku Suku Tanjung itu menjadi menantu.’’ (Lihat Ayahku, hlm. 46-47.)
Baris 40:
Apakah kedua-dua mata pelajaran itu memang kurang mendapat perhatian di Minangkabau ataupun datuk beliau Syeikh Muhammad Amrullah telah mempelajari kedua-dua itu daripada ayahnya Tuanku Abdullah Saleh? Tuanku Abdullah Saleh diakui oleh Buya Hamka sendiri dan ayahnya Syeikh Abdul Karim Amrullah tentang beliau hafal kitab Hikam Ibni 'Athaillah dan suka berkhalawat mengikut anjuran Imam al-Ghazali. Perlu saya tambah bahawa ‘khalawat’ di sini bukan pendapat Imam al-Ghazali, tetapi ulasan lanjut Imam al-Ghazali daripada sabda Nabi Muhammad s.a.w..
Mengenai guru-gurunya di Mekah, Buya Hamka menulis, ‘’Beliau berguru kepada Sayid Zaini Dahlan, ulama Mekah yang terkenal, dan berguru juga kepada Syeikh Muhammad Hasbullah dan beberapa ulama yang lain.
Kedua-dua ulama bangsa Arab, Sayid Ahmad Zaini Dahlan dan Syeikh Muhammad Hasbullah, yang disebutkan oleh Buya Hamka di atas adalah guru bagi hampir semua ulama dunia Melayu. Selain Syeikh Ahmad Khatib Abdul Lathif al-Minankabawi termasuk juga Syeikh Ahmad Muhammad Zain al-Fathani. Saya masih meragui tulisan Buya Hamka yang menyebut nama Syeikh Tahir Jalaluddin kerana dalam catatan Syeikh Tahir Jalaluddin beliau hanya menyebut berguru kepada Sayid Umar Syatha. Tentang Syeikh Tahir Jalaluddin belajar daripada Syeikh Ahmad Khatib memang ada banyak sumber.
|