Anwar Sadat: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Tidak ada ringkasan suntingan
Tidak ada ringkasan suntingan
Baris 3:
Pada tahun 1973, Anwar Sadat, bersama dengan [[Syria]], mengetuai Egypt dalam [[Peperangan Yom Kippur]] dengan [[Israil]], untuk mengambil kembali sebahagian daripada [[semenanjung Sinai]], yang ditakluk oleh [[Israil]] ketika [[Peperangan Terusan Suez 1956]] dan dalam [[Perperangan Enam Hari]]. Kemenangan Anwar Sadat berjaya menaikan moral rakyat [[Mesir]], membina asas untuk perjanjian damai beberapa tahun berikutnya.
 
Pada tahun 1977, Anwar Sadat melawat [[Jerusalem]] diatas undangan Perdana Menteri [[Israil]], [[Menachem Begin]] yang merupakan permulaan perbincangan perdamaian antara [[Israel]] dan [[Mesir]]. Pada tahun 1978, terhasillah [[Perjanjian Damai Kem David]], yang mana Anwar Sadat dan [[Menachem Begin]] menerima [[Penghargaan PerdamaianHadiah Nobel Perdamaian]]. Bagaimanapun tindakan ini ditentang hebat oleh dunia [[Arab]] terutamanya kumpulan radikal Muslim. Ramai yang percaya bahawa hanya ancaman ketenteraan dapat memaksa [[Israel]] berunding mengenai [[Palestina]], dan [[Perjanjian Damai Camp David]] mengenepikan [[Mesir]] yang merupakan sebuah negara militer Arab yang penting daripada kemungkinan ini.
 
Pada September 1981, Anwar Sadat mengenakan tindakan keatas organisasi Muslim, termasuk kumpulan pelajar, dan organisasi Koptik, dengan membuat hampir 1600 tangkapan menyebabkan dia dikecam diseluruh [[bumi|dunia]] diatas tindakannya.