Kebudayaan Islam: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Stephensuleeman (bicara | kontrib)
Tidak ada ringkasan suntingan
Blizzard youkai (bicara | kontrib)
→‎Konsep Tamadun dan Kebudayaan: - ertinya->artinya, faham->paham
Baris 19:
Kemudian, apabila agama yang sedemikian ini – yang bermula daripada wahyu murni dari alam tinggi tanpa bentuk (formless) turun ke alam manusiawi dan menimbulkan ciri-ciri perkembangan sebagaimana di atas, dengan tamadun dan budaya tertentu, “bertemu” dengan tamadun lain secara biasa atau secara kekerasan (seperti yang berlaku dalam Perang Salib, atau peperangan yang membawa kepada penjajahan negeri-negeri Timur), maka berlakulah perubahan-perubahan pada beberapa paras yang insya’ Allah akan dibicarakan nanti.
 
Pertemuan itu – boleh wujud sebagai pertembungan dengan agama seperti Islam memainkan peranannya sebagai pembentuk pertembungan; ia sebagai pembentuk pertembungan kerana membentuk beberapa ciri rohani, intelektual, akhlak, budaya dan peradaban yang tersendiri. Ini berlaku daripada tuntutan agama itu sendiri, seperti tauhidnya tentang keTuhanan; akidahnya dengan cawangan-cawangannya tentang alam ghaib, kenabian, dan konsep wahyu dan tadbir Ilahi. Ia menuntut bentuk hidup rohaniah tertentu dengan keyakinan dan ajarannya; dengan nilai-nilai akhlak peribadi, kekeluargaan, masyarakat dan umat seluruhnya. Ia menuntut bentuk-bentuk kehidupan mengikut ketentuan hukumnya yang menyeluruh, serta dengan “kecapan” seni dan budayanya yang berkembang dalam acuan fahampaham alam, ilmu, dan nilainya.
 
ErtinyaArtinya, ia bertembung dengan apa-apa yang lain daripada tauhidnya, yang lain daripada bentuk hidup rohaninya berdasarkan tauhid itu, yang menunjukkan nilai-nilai yang lain daripada nilai-nilainya berdasarkan taqwanya – nilai-nilai benar, amanah, kerjasama, kebijaksanaannya, persaudaraannya (dengan mengambil kira pula bahawa pada paras nilai-nilai ini banyak terdapat persamaan dengan tamadun-tamadun lain), dan yang lain daripada peraturan-peraturannya dalam syariatnya yang menyeluruh itu.
 
Walau bagaimanapun, ajarannya tentang memberi kebebasan kepada wakil-wakil peradaban lain menjalankan kehidupan mereka dengan bebas (sebagaimana yang terbayang dalam “Perlembagaan Madinah” yang tercatat dalam Sirah Ibn Ishaq yang diulas dengan baik oleh Prof. Hamidullah) memberi ruang yang banyak untuk wujudnya hidup kejiranan antara Orang-Orang Yahudi dan Kristian dalam negeri-negeri Islam dari zaman dahulu sampai zaman sekarang. Kewujudan agama-agama lain diiktiraf dalam kehidupan peradaban Islam yang menjadi realiti sejarah yang nyata. Dengan itu, berlaku “pertembungan” dalam aspek-aspek yang tersebut dengan agama sebagai pembentuknya.