Sekular: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Tidak ada ringkasan suntingan
 
Dr Ramli (bicara | kontrib)
kTidak ada ringkasan suntingan
Baris 1:
Istilah sekularisme bermakna worldly or material, not religious or spiritual. The secular power: the state contrased with the church. (keduniaan atau kebendaan, bukan keagamaan atau bukan kerohanian. Kuasa sekular bermakna sebuah negara yang bertentangan dengan gereja). Kamus Dwi Bahasa menyebut: Sekular membawa erti berkenaan hal dunia atau kebendaan; duniawi, dikatakan "secular education" bermakna "pendidikan duniawi", secularism pula bermakna pendapat bahawa pendidikan dan kesusilaan tidak seharusnya didasarkan kepada agama.
Dalam istilah bahasa Arab perkataan sekular disebut sebagai al-almaniyy atau al-‘ilmaniyy. Bila ia dibaca dengan difathahkan (dibaca dengan baris atas huruf ‘ain), ia merujuk kepada hal-hal keduniaan, yakni dinisbahkan kepada alam dunia. Sebaliknya bila dibaca dengan dikasrahkan (yakni huruf ‘ain dibaca dengan baris bawah), ia merujuk kepada ilmu pengetahuan, dinisbahkan kepada ilmu.
Samada dikasrahkan huruf ‘ain atau difathahkan, kalimah ini adalah terjemahan dari kalimah secular (dalam bahasa Inggeris) yang membawa pengertian tiada hubungan dengan agama. Asas yang dipersetujui kepada kalimah ini bererti mengasingkan (memisahkan) agama dari negara dan mengekalkan agama itu kepada urusan individu (peribadi) yang tidak melebihi bersifat hubungan khusus antara hamba dengan Tuhannya. Pembahagian ini merupakan amalan yang dilakukan oleh orang Nasrani (Kristian) di Barat dan sekali-kali tidak dikenali adanya dalam Islam. Berdasarkan kepada sifatnya yang demikian, al-Syaikh Rasyid Tayyar menyimpulkan sebagai berikut: Makna yang sahih (benar) bagi asal perkataan ini ialah al-ladiniyyah atau al-dunyawiyyah dengan maksud tiada hubungan dengan agama. Jadi yang dimaksudkan dengan sekular ialah menegakkan kehidupan di atas asas bukan agama.