Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu Gersang (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan Mega (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; Kluang, 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)[6], diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran Thailand di Bangkok, di ambang tahun baru 1989.
===1998–2001: Perpecahan===
Selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain gitar bes baru yang menggantikan Nasir Daud yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua, Kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan kumpulan Wings (yang ketika ini diterajui oleh Mustaffa Din) untuk mengeluarkan album Double Trouble 2 untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, pada tahun inilah kugiran Search mengalami saat paling getir apabila Amy meninggalkan kugirannya di tengah-tengah usaha merakam album baru untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solonya,[22] tidak lama kemudian meninggalkan BMG untuk menyertai label Sony Music.[23]
Sebagai pelengkap album yang berjudul Bikin Wilayah, mereka mengundang Awie sebagai penyanyi jemputan dan menyebut namanya di kulit album keluaran akhir tahun 1998 itu. Akan tetapi, kumpulan Search sudah di ambang perpecahan apabila Kid, Noordin dan Fauzi meninggalkan kumpulan itu, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya anggota asal Search yang tinggal.[24] Pada tahun 1999, penyanyi Moq dan gitaris Shah dibawa masuk ke kugiran ini untuk menyempurnakan Selepas Banjir, album berlagu baru terakhir di bawah nama Search[25], sebelum kugiran itu dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001 sewaktu album himpunan Rockestra dikeluarkan.[26]
Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album Fenomena dan Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Sham pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanahair dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi Sony BMG): Aku, Suatu Masa dan IKON: A Rockstar Chronicle.
== Anggota ==
|