Kemuncak dari itu ialah dengan penukaran nama '''Universiti Pertanian Malaysia''' kepada '''Universiti Putra Malaysia''' pada 3 April 1997 oleh YAB Perdana Menteri [[Mahathir bin Mohammad|Dato' Seri Dr. Mahathir bin Mohamad]]. la adalah merupakan satu langkah strategik untuk mencerminkan kedudukan UPM sebagai sebuah pusat pengajian tinggi yang berupaya menawarkan pelbagai program pengajian bagi menghadapi alaf baru pembangunan masa hadapan negara.
Pembangunan
Universiti Putra Malaysia memulakan program akademiknya pada bulan Julai 1973 dengan tiga fakulti asas iaitu Fakulti Pertanian, Fakulti Perhutanan, Fakulti Kedoktoran Veterinar dan juga Bahagian Sains Asasi. Pada ketika itu bilangan mahasiswanya berjumlah hanya 1,559 orang dan antara mereka mengikuti program-program Bacelor Sains Pertanian, Bacelor Sains Perhutanan, Doktor Perubatan Veterinar, Diploma Pertanian, Diploma Teknologi Rumahtangga, Diploma Sains Peternakan, Diploma Sains dengan Pendidikan dan Program Pendahuluan. Kini UPM menawarkan 73 program Bacelor, 8 program Diploma termasuk program-program diploma yang ditawarkan di Kampus UPM Cawangan Bintulu dan 12 program pengajian siswazah di peringkat sarjana (M.Sc./M.A.) dan Doktor Falsafah (Ph.D.). Setakat ini Universiti Putra Malaysia mempunyai 15 Fakulti, 8 Pusat, 6 Institut, 2 sekolah, 2 Akademi, sebuah Taman dan sebuah kampus cawangan iaitu :
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi {{br}}
Fakulti Ekologi Manusia {{br}}
Fakulti Ekonomi dan Pengurusan {{br}}
Fakulti Kejuruteraan {{br}}
Fakulti Pengajian Pendidikan {{br}}
Fakulti Perhutanan {{br}}
Fakulti Pertanian {{br}}
Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan {{br}}
Fakulti Perubatan Veterinar {{br}}
Fakulti Rekabentuk dan Senibina {{br}}
Fakulti Sains dan Pengajian Alam Sekitar {{br}}
Fakulti Sains Komputer dan Teknologi Maklumat{{br}}
Fakulti Sains Makanan dan Bioteknologi {{br}}
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan (Kampus Bintulu) {{br}}
Fakulti Sains Sosial dan Pengurusan (Kampus Bintulu) {{br}}
Pusat Islam {{br}}
Pusat Kebudayaan dan Kesenian Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah {{br}}
Pusat Pemajuan Profesional (PACE) {{br}}
Pusat Pembangunan Akademik {{br}}
Pusat Pembangunan Perniagaan {{br}}
Pusat Pendidikan Luar {{br}}
Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) {{br}}
Pusat Perkhidmatan Kerjaya dan Alumni {{br}}
Institut Biosains {{br}}
Institut Gerontologi {{br}}
Institut Multimedia {{br}}
Institut Pengajian Komuniti dan Keamanan (PEKKA) {{br}}
Institut Penyelidikan Matematik (INSPEM) {{br}}
Institut Teknologi Maju (ITMA) {{br}}
Taman Pertanian Universiti {{br}}
Sekolah Pengajian Siswazah {{br}}
Sekolah Pengajian Siswazah Pengurusan {{br}}
Akademi Hutan Hujan {{br}}
Akademi Sukan {{br}}
UPM Kampus Bintulu Sarawak {{br}}
== Pranala luar ==
{{Universitas di Malaysia}}
|