Mercusuar Iskandariyah: Perbedaan antara revisi

Konten dihapus Konten ditambahkan
Tidak ada ringkasan suntingan
Baris 5:
 
==Pembinaan==
Bangunan rumah api direka oleh Sostratus dari Snidus atas arahan Satrap (Gabenor) [[Ptolemy I]], seorang panglima [[Alexander Agung]]. Selepas IskandarAlexander meninggal dunia, Ptolemy mengisytiharkan diri sebagai raja baru dan mengarahkan pembinaan bangunan rumah api. Bangunan ini disiapkan semasa pemerintahan anakandanyaanaknya, [[Ptolemy II Philadelphus]].
 
Menurut legenda, Sostratus dihalang oleh Ptolemy meletakkan namanya di bangunan. Namun, Sostratus juga mengukir namanya di tapak bangunan itu, serta inskripsi: Sostratus, anak Dexiphanes dari Cnidia membaktikan bangunan ini kepada tuhan-tuhan, bagi pihak pelayar dan penelajahpenjelajah. Inskripsi itu disorokkan di bawah selapis plaster, dan di bahagian luarnya tertulis satu lagi inskripsi mengagungkan Ptolemy.
Cerita-cerita dongeng pula menyatakan bahawa rumah api ini dapat dilihat dari jarak sejauh 56 km. Bangunan ini dibina menggunakan batu berwarna muda dan mempunyai tiga bahagian: bahagian segi empat tepat bawah dengan teras pusat, bahagian lapan sisi tengah dan bahagian bulat atas. Sebuah cermin besar yang memantul cahaya matahari diletakkan di mercunya, manakala api digunakan pada waktu malam. Berhala [[Poseidon]] didirikan di puncaknya pada zaman Empayar [[Romawi]].
Dinding bangunan mampu menahan lambakan air laut. Bangunan ini berdiri kukuh dan merupakan antara tujuh keajaiban terakhir (kecuali [[Piramid Giza]]) yang roboh.