Miss Malaysia

ajang kontes kecantikan Malaysia
Revisi sejak 17 Februari 2006 07.20 oleh Borgx (bicara | kontrib) (Kembalikan suntingan 222.124.96.34 ke revisi terakhir oleh Borgx)

Ini adalah daftar pemenang Miss Malaysia

Pemenang mengikut tahun

Di Malaysia, mereka yang berugama Islam dilarang untuk menyertai fatwa pengharaman ratu cantik bagi mereka yang berugama Islam telah diwartakan tahun 1997. Ianya diwartakan selepas melalui prosedur perundangan yang teliti, termasuk dibaca tiga kali di Dewan Undangan Negeri Selangor (ahli-ahlinya ketika itu mewakili Umno, Gerakan, MCA, MIC dan juga DAP), dan akhirnya diperkenan Sultan Selangor.

25 bulan selepas diwartakan, tiga orang peserta ratu cantik muslim telah ditangkap. Mereka yang menyertainya memberi alasan tidak mengetahui bahawa menjadi satu kesalahan berbuat demikian.

Bagaimanapun akibat tekanan oleh pihak tertentu, kes itu dibuang begitu sahaja tanpa dihadapkan ke mahkamah. Tindakan ini dipersoalkan kerana dianggap salah guna kuasa, kerana sepatutnya tidak ada orang yang mengatasi undang-undang. Ia perlu dihadapkan ke mahkamah sebelum rayuan boleh dibuat kerana kejahilan undang-undang bukan satu alasan bagi melakukan kesalahan.

Pensyarah undang-undang, Dr Abd Aziz Bari, ketika mengulas hal berkenaan berkata: "Kejahilan undang-undang bukan satu alasan. Ini bukan "excuse". Mungkin anda boleh mengatakan itu untuk meminta kurang hukuman. Tapi undang-undang tidak pernah mengatakan bahawa bila awak tidak tahu, awak tidak dikenakan hukuman. Kalau macam itu susah jadinya. Semua orang akan mengaku tidak tahu undang-undang."

Lihat pula

Pranala luar