Ini adalah artikel yang memenuhi kriteria penghapusan cepat artikel berbahasa asing yang tidak diterjemahkan, dari proyek Wikimedia bernama Tidak ada pranala ke proyek Wikimedia sumber. Lihat KPC A2.%5B%5BWP%3ACSD%23A2%7CA2%5D%5D%3A+Artikel+yang+tidak+diterjemahkanA2
Jika artikel ini tidak memenuhi syarat KPC, atau Anda ingin memperbaikinya, silakan hapus pemberitahuan ini, tetapi tidak dibenarkan menghapus pemberitahuan ini dari halaman yang Anda buat sendiri. Jika Anda membuat halaman ini tetapi Anda tidak setuju, Anda boleh mengeklik tombol di bawah ini dan menjelaskan mengapa Anda tidak setuju halaman itu dihapus. Silakan kunjungi halaman pembicaraan untuk memeriksa jika sudah menerima tanggapan pesan Anda.
Ingat bahwa artikel ini dapat dihapus kapan saja jika sudah tidak diragukan lagi memenuhi kriteria penghapusan cepat, atau penjelasan dikirim ke halaman pembicaraan Anda tidak cukup meyakinkan kami.
Kerteh ialah salah satu mukim yang terletak di negeri Terengganu. Kerteh di bangun dari hasi 'emas hitam' iaitu petroleum yang terdapat di dasar Laut China Selatan yang menghadap ke pantai Kerteh.
Kerteh menjadi salah satu kawasan terpenting di daerah Kemaman karena kepadatan penduduk dan juga fasilitas yang lengkap. Kerteh juga sering disebut sebagai "City of Light" di kalangan pelancong kerana deretan cahaya dari Kawasan Perindustian Petroleum Petronas yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.
Selain bangunan-bangunan diatas kreteh juga mempunyai fasilitas seperti: Stadium Mini Kerteh, Klub Desa Rantau Petronas, Lapangan Golf, dan lain-lain. Rantau Petronas turut dibangunkan oleh PMINT. Terdapat banyak bangunan muncul di Kerteh seiring dengan pembangunan ECER di seluruh negeri Terengganu.
Asal-usul nama
Dulu kawasan Kerteh dipenuhi dengan air. Karena tempat ini adalah kawasan rawa. Setelah itu, tempat yang berawa ini kering dan berubah menjadi daratan dan disebut 'kering kerotey' dalam dialek Terengganu. Akhirnya disebut Kerotey, Kretay, dan sekarang disebut Kerteh.
Kisah seorang lelaki yang mempunyai istri bernama Cik Teh. Ketika mereka membuat Ruma, Cik Teh terpandang seekor kera lalu bertanya kepada suaminya. Lalu dijawab 'Kera Teh'. Dialog itu berubah menjadi 'Kerteh'.
Sejarah
Pada awalnya penduduk Kerteh bekerja sebagai nelayan, petani, dan pekerja kerajinan tangan. Nelayan secara kecil-kecilan dan untuk keperluan rumah saja. Mereka hanya menggunakan sampan-sampan saja ketika menangkap ikan. Tampak kawasan Loji Penapis Minyak Terengganu asalnya ialah kawasan kebun kelapa.
1920-an : Telah berubah menjadi industri belacan, ikan kering dan budu. Perahu nelayan semakin besar dan belayar lebih jauh ke tengah laut.
Sebelum 1979, tidak ada siapapun yang singgah di Kerteh, Terengganu. Mulai 1979, pekerja Petronas mula mengukur tanah untuk pembuatan lapangan terbang baru, skim perumahan laluan saluran papa gas, dan stesen kajicuaca.
Antara pekerja Petronas terawal ialah Encik Wahab bin Abdul Rahman yang duduk di 'rumah putih'. Mereka melihat jejak kaki babi, rusa, beruang, dan harimau ketika sedang mengukur tanah. Jambatan yang menghubungkan sungai sebelumnya tidak ada ketika itu dan cara satu-satu untuk menyebrang ialah berenang.
1960-an : Rumah-rumah kampung beratap rumbia atau zink
1970-an : Pantai Laut China Selatan sepanjang 225 km masih tenang dan kelihatan penyu mendarat dengan tenang.
Asal usul Kampung Labuhan, Kerteh ialah berasal dari nama pelabuhan. Menurut orang tua yang lama menetap di situ, Pantai Ma'Daerah adalah kawasan pelabuhan penting ketika itu. Pada zaman dahulu kawasan Loji Penapisan Minyak Terengganu adalah ladang kelapa terbesar di daerah ini. Antara bukti pentingnya, ada terdapat satu perkampungan awal yang dinamakan Kampung Nyior Matir iaitu berhampiran loji yang ada sekarang ini yang mana penduduk asalnya dipindahkan ke Kampung Labuhan kerana kawasan itu adalah kawasan berhampiran loji. Penanaman kelapa bermula daripada Kampung Labohan sehinggalah di kawasan Stesen Janakuasa Elektrik Paka, merupakan salah sebuah ladang terbesar di Terengganu ketika itu. Produk utama ladang tersebut ialah kelapa kering. Hasil kelapa kering diekspot keluar negara melalui pelabuhan di Kampung Labuhan.