#
|
Tajuk
|
Siaran perdana
|
Ringkasan
|
1
|
Air Kolah, Air Laut (bhg 1)
|
2 Februari 2009
|
Musim hujan sangat membosankan, tetapi Opah menjelaskan bahwa hujan adalah rahmat. Upin dan Ipin mau main kapal-kapalan, tapi tak ada tempat. Akhirnya tanpa diketahui Kak Ros, mereka memulai episode "Kembara Ke Pulau Harta Karun", saat Laksamana Hang Upin dan Hang Ipin menyelamatkan Putri Mei Mei dari Kapten Jarjit cs.
|
2
|
Air Kolah, Air Laut (bhg 2)
|
3 Februari 2009
|
Jarjit mengajak Hang Upin dan Hang Ipin beradu pantun. Tiba-tiba, meriam besar menghantam mereka. Ternyata Kak Ros memergoki Upin dan Ipin bermain air di bak mandi.
|
3
|
Basikal Baru (bhg 1)
|
4 Februari 2009
|
Mail, Ehsan, Fizi, dan Mei Mei memamerkan sepeda barunya. Upin dan Ipin ketagihan.
|
4
|
Basikal Baru (bhg 2)
|
9 Februari 2009
|
Keesokan harinya, Upin dan Ipin berkunjung ke rumah Tok Dalang untuk dibuatkan sepeda baru yang lebih modern. Sepeda buatan Tok Dalang model TDR 3000. TDR singkatan dari Tuan Dalang Ranggi. Kawan-kawan Upin dan Ipin juga ingin dibuatkan sepeda oleh Atok. Atok kewalahan.
|
5
|
Berkebun (bhg 1)
|
10 Februari 2009
|
Kak Ros melarang Upin dan Ipin bermain sebelum mereka selesai berkebun. Mail dan Mei Mei datang membantu.
|
6
|
Berkebun (bhg 2)
|
11 Februari 2009
|
Upin dan Ipin dan kawan-kawan menemui siput, ulat dan cacing di kebun. Upin dan Ipin mengejk Mail dengan binatang itu, sementara Mei Mei menjelaskan tentang kebaikan dan keburukan binatang tersebut. Kak Ros menyuruh Upin dan Ipin menyiram pupuk. Tapi mereka masih main-main, akhirnya mereka kena pupuknya.
|
7
|
Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 1)
|
16 Mac 2009
|
Upin dan Ipin takut kalau giginya diperiksa. Mereka terpaksa membohongi Opah dengan mengatakan bahwa ada Surat Persetujuan Tamasya Ke Hutan. Tetapi keburu ketahuan oleh Kak Ros.
|
8
|
Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 2)
|
17 Mac 2009
|
Hari pemeriksaan gigi dimulai, mereka mulai diperiksa dengan segala resiko yang dihadapi. Mail menolak untuk diperiksa, dan ia membuat tanda tangan palsu. Nama lengkapnya ialah Ismail bin Mail.
|
9
|
Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 3)
|
18 Mac 2009
|
Semua murid lega menjalani pemeriksaan gigi. Pada hari keesokannya, Doktor Ravi mengajarkan cara menggosok gigi. Semua murid menikmatinya. Sementara Mail sakit gigi dan dicabut giginya.
|
10
|
Kisah Dua Malam (bhg 1)
|
14 Mei 2009
|
Upin dan Ipin bertanya apa benar telat pulang setelah Maghrib didatangi hantu. Opah menjelaskan agar mereka segera sholat Maghrib. Kak Ros menakut-nakuti kalau ada pohon kelapa misterius.
|
11
|
Kisah Dua Malam (bhg 2)
|
15 Mei 2009
|
Di tadika, Mei Mei menceritakan kisah dirinya dengan hantu (dipaparkan sebagai Jiang Shi) pada larut malam, rupa-rupanya dipetik dari tontonan DVD. Sementara yang menjadi hantu di rumah Upin dan Ipin adalah Ipin sendiri.
|
12
|
Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 1)
|
16 Mei 2009
|
Hang Upin dan Hang Ipin berjaya menahan Kapten Jarjit dan sahabatnya. Puteri Mei Mei mendedahkan sehelai peta harta karun. Malangnya geng Jarjit terlepas dan menawan kapal Hang Upin dan Hang Ipin.
|
13
|
Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 2)
|
21 Mei 2009
|
Hang Upin dan Hang Ipin menaiki perahu nelayan untuk mengejar lanun-lanun untuk merebut peta yang dirampas oleh Jarjit. Ketika mereka bergelut lagi, seekor burung gergasi datang mengganggu dan mencampakkan peta ke arah sebuah pulau.
|
14
|
Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 2)
|
22 Mei 2009
|
Daripada berlawan, Puteri Mei Mei bercadang agar Hang Upin, Hang Ipin dan lanun-lanun Jarjit Singh berganding bahu, bersama-sama mencari harta karun di pulau. Mereka perlu bertanding dengan gergasi batu untuk mencapai harta karun buruan mereka.
|
15
|
Istimewa Hari Ibu (bhg 1)
|
23 Mei 2009
|
Seluruh kelas membicarakan tentang Hari Ibu, ternyata Upin dan Ipin adalah yatim piatu. Opah menceritakan tentang ibunya Upin, Ipin dan Ros sewaktu hidup.
|
16
|
Istimewa Hari Ibu (bhg 2)
|
7 September 2009
|
Upin dan Ipin hendak bermain di rumah kawan, tetapi semua kawan-kawan sibuk mengemas rumah, membuat kue untuk Hari Ibu. Mei Mei sempat menjemput mereka meraikan Hari Ibu bersama. Keesokan harinya Kak Ros membawa Upin dan Ipin berziarah ke makam ibunya Upin dan Ipin. Setelah itu mereka membaca Surah Al-Fatihah.
|
17
|
Kami 1Malaysia (bhg 1)
|
8 September 2009
|
Upin, Ipin dan kawan-kawan sedang bermain perang-perangan. Opah mengajak Upin Ipin cs untuk makan ubi kayu. Opah menjelaskan bahwa ubi kayu adalah makanan orang Melayu di zaman pendudukan Jepang.
|
18
|
Kami 1Malaysia (bhg 2)
|
9 September 2009
|
Opah memesan Upin, Ipin dan kawan-kawan untuk membawa makanan ke rumah Tok Dalang. Setibanya di situ, mereka memerhati Tok Dalang baru bermula mengecat bendera Malaysia. Apabila Tok Dalang berehat, kanak-kanak semua berganding bahu menyiapkan bendera.
|
19
|
Seronoknya Membaca (bhg 1)
|
21 September 2009
|
Mei Mei dan Upin bergilir membaca cerita Kelinci dan Kura-Kura.
|
20
|
Seronoknya Membaca (bhg 2)
|
22 September 2009
|
Ipin dipanggil untuk menamatkan cerita, selepas itu murid-murid menghayati pengajaran dari kisah arnab dan kura-kura. Sebuah perpustakaan bergerak dipandu ke tadika untuk menyemarakkan lagi minat membaca. Sayangnya, Ijat terpaksa mengambil kelas tambahan dari Cikgu Jasmin untuk belajar membaca.
|
21
|
Seronoknya Membaca (bhg 3)
|
23 September 2009
|
Setiap murid meminjam satu buku dari perpustakaan keliling. Waktu bermain, Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan buku yang dipinjam. Mei Mei bermegah rajin membaca buku tanpa gambar, tetapi apabila mencuba buku yang dipinjam Ipin tak boleh pula. Rupa-rupanya tulisan Jawi, Tok Dalang bacakan untuk semua.
|
22
|
Berpuasa Bersama Kawan Baru (bhg 1)
|
24 September 2009
|
DI gerai Mail, Upin & Ipin bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan asing, baru pindah kemarin. Kemudian, mereka menyedekahkan ayam goreng yang dibeli mereka tadi kepada Tok Dalang ketika ada kerja pemasangan talian telefon dan internet di rumahnya.
|
23
|
Berpuasa Bersama Kawan Baru (bhg 2)
|
25 September 2009
|
Di tadika, gadis dari gerai Mail semalaman memperkenalkan dirinya sebagai Susanti, yang pindah bersama ibu bapanya dari Jakarta, Indonesia. Selepas waktu sekolah, Upin, Ipin dan Ehsan bergegas ke rumah Tok Dalang untuk menyaksikan kecanggihan Internet bersama cucunya Badrul.
|
24
|
Selamat Menyambut Lebaran
|
26 September 2009
|
Badrul dapat menghubungi bapanya yang sibuk di kota agar Tok Dalang boleh menegurnya dari jauh di kampung. Secara mengejut Tajul si bapa Badrul memutuskan talian, dalam masa singkat dia tiba di kampung. Susanti merindui suasana lebaran di negara asalnya, jadi kawan-kawan barunya di Kampung Durian Runtuh menjemputnya untuk menggunakan Internet untuk menghubungi orang-orang tersayang di sana.
|
25
|
Upin, Ipin & Apin (bhg 1)
|
23 November 2009
|
Dalam perjalanan pulang ke rumah, Upin, Ipin dan kawan-kawan menemui seekor kucing yang sendirian dalam semak. Ehsan geli dengan kucing, dan Fizi yang sudah membela banyak kucing tidak mampu menampung seekor dalam rumahnya. Oleh itu, Upin dan Ipin menjadi penjaga kucing itu yang diberikan nama Apin oleh mereka berdua, tetapi ditegah oleh Kak Ros.
|
26
|
Upin, Ipin & Apin (bhg 2)
|
24 November 2009
|
Rupa-rupanya Kak Ros alah kepada bulu kucing. Mujurlah Opah membenarkan Upin dan Ipin membela Apin, dengan syarat bahawa anak kucing tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Walaupun diberi tempat tidur di ruang bawah rumah, sekali-sekala Apin mencuri masuk ke dalam rumah untuk mengusik kedua-dua pemiliknya. Tidak lama kemudian, Apin akhirnya bertemu semula dengan ibunya, maka Upin dan Ipin menjemput si ibu kucing tinggal bersama.
|
27
|
Jejak Rembo (bhg 1)
|
25 November 2009
|
Ketika bermain sorok-sorok bersama kawan-kawan, Upin dan Ipin terserempak dengan Tok Dalang yang tengah mencari ayam jantan belaannya, Rembo. Kebetulan pula kawan-kawan lain mahu berhenti, oleh itu senanglah untuk Upin dan Ipin menolong Tok Dalang dengan penampilan dan kelengkapan detektif olok-olok mereka.
|
28
|
Jejak Rembo (bhg 2)
|
30 November 2009
|
Sambil ditunjukkan gambar Rembo, Upin dan Ipin menemui sebelah kasut kanak-kanak di halaman rumah Tok Dalang. Selepas itu, mereka menyoal siasat kawan-kawan sendiri dengan berlagak penyiasat yang tegas: Fizi, Ehsan, Mael, tetapi tiada apa-apa petunjuk baru. Tok Dalang makin tawar hati, tetapi Detektif Upin dan Ipin tidak berputus asa begitu sahaja, apalagi baru menemui tapak kaki kucing.
|
29
|
Jejak Rembo (bhg 3)
|
1 Disember 2009
|
Upin dan Ipin menyoal siasat pula Apin, selepas itu Kak Ros, tapi tidak banyak membantu, sekurang-kurangnya Rembo tidak menjadi makanan sesiapa. Tiga helai bulu ayam putih akhirnya menjadi petunjuk mutlak yang membawa mereka ke sebuah kampung berhampiran di mana Rembo terikut seekor ayam betina putih.
|
30
|
Diri Bersih Badan Sihat (bhg 1)
|
2 Disember 2009
|
Selepas puas bermain, Upin dan Ipin bertemu dengan Susanti yang kembali ke Kampung Durian Runtuh dengan memakai topeng. Susanti mengajak mereka berdua untuk turut memakai topeng sebagai langkah mencegah penyakit. Di rumah, kak Ros pun mengingatkan adik-adiknya agar mandi sebelum makan. Pada hari keesokannya, seluruh tadika bertopeng, tetapi bukan semuanya melitup mulut.
|
31
|
Diri Bersih Badan Sihat (bhg 2)
|
7 Disember 2009
|
Upin dan Ipin ditegur kerana memakai topeng lama yang koyak, hanya boleh dipakai sekali sahaja. Ketika waktu makan, walaupun ditegur kerana kurang menjaga kebersihan, Jarjit enggan mencuci tangan, tambahan lagi berani mengutip ketulan ayam yang tercicir di lantai tanpa disedari. Akibatnya, Jarjit sakit perut ketika bermain pada waktu petang, lalu terpaksa berehat di rumah pada hari keesokannya.
|
32
|
Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 4)
|
8 Disember 2009
|
Setelah mendengar penjelasan dari gergasi batu, Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan lain-lain pergi ke arah perkampungan orang asli di sebalik gunung berapi walaupun ditegah gergasi itu. Setelah perjalanan mereka dimudahkan oleh gergasi batu secara senyap-senyap, mereka semua berjaya memasuki kubu orang asli. Di sana, Hang Upin dan Hang Ipin perlu mentafsir lakaran sejarah orang asli pada tembok kubu, kemudian memasang kepingan gambar batu bersama yang lain-lain untuk mencari laluan yang tersembunyi.
|
33
|
Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 5)
|
9 Disember 2009
|
Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan kawan-kawan berjaya menyiapkan teka-teki gambar untuk membuka laluan, tetapi mereka dihendap oleh seekor labah-labah gergasi. Ketika mereka semua berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri, Ehsan tersangkut pada sarang labah-labah besar yang melekit, lalu yang lain-lain terpanggil untuk membebaskannya sambil menumpaskan labah-labah itu.
|
34
|
Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 6)
|
14 Disember 2009
|
Di tengah-tengah malam buta, Nelayan Ijat yang merebut pisang dengan monyet bertembung dengan seorang asli, lalu berkawan sesama. Ketika tidur di keliling unggun api, Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan terjaga oleh hendapan orang asli yang menyedari cerobohan mereka dari dulu. Kebanyakan daripada mereka terselamat kecuali Kapten Jarjit dan si nelayan Dzul yang diheret lalu dihumban ke dalam kurungan orang asli.
|
35
|
Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bhg 1)
|
15 Disember 2009
|
Ketika tengah bermain galah panjang, Upin, Ipin dan kawan-kawan tersampuk oleh keluhan Tok Dalang yang kedengaran tidak jauh. Rupa-rupanya Tok Dalang cuba menghalau seekor tupai dari mencuri buah di pokok rambutannya. Apabila ditanya kenapa tidak membiarkan tupai itu sahaja, jelas Tok Dalang, buah rambutan yang tumbuh di pokoknya adalah untuk dijual.
|
36
|
Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bagian 2)
|
16 Desember 2009
|
Mael berencana untuk membantu Kakek Dalang menjual hasil tanaman rambutannya. Pada keesokan harinya, teman-teman Upin dan Ipin tiba di halaman rumah Kakek Dalang sambil menunggu kedatangan saudara kembar itu, lalu dengan mencoba memanjat pokok rambutan tersebut, sehingga datangnya Upin dan Ipin dengan sebatang galah buluh yang panjang sekali.
|
37
|
Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bagian 3)
|
21 Desember 2009
|
Upin dan Mael bersama-sama memegang galah, tapi sebiji rambutan pun tidak tercapainya. Tok Dalang meminjam galah itu untuk diubahsuai dengan gunting untuk memotong tangkai rambutan. Selepas itu, Tok Dalang dan kanak-kanak bersama-sama mengira hasil petikan rambutan dan membincangkan harga dan tempat jualan rambutan.
|
38
|
Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bagian 4)
|
22 Desember 2009
|
Atas pesanan Kakek Dalang, Upin, Ipin dan kawan-kawan pergi ke tepi jalan untuk menjual rambutan, tetapi sepanjang berjam-jam menunggu, semuanya yang dilihat ialah kenderaan laju berlalu-lalang tanpa memberi perhatian kepada mereka, sehingga berhentinya sebuah lori yang dipandu oleh Ah Tong yang berminat untuk membeli rambutan mereka, itupun terpaksa tawar-menawar harganya. Selepas selesai berurus niaga, mereka hendak berkongsi pendapatan mereka dengan Tok Dalang, tetapi ditolak.
|
39
|
Sapy Oh Sapy (bagian 1)
|
23 Desember 2009
|
Muthu memesan Upin dan Ipin untuk membawa Sapy ke padang rumput untuk makan, memandangkan Rajoo tengah demam, jadi tidak dapat menemani Sapy hari ini. Di tengah-tengah jalan, Upin dan Ipin berehat sebentar untuk bermain kemuncup, tetapi mereka leka bermain terlalu lama sehingga Sapy berasa tersisih lalu enggan berganjak walaupun Upin dan Ipin habis bermain.
|
40
|
Sapy Oh Sapy (bagian 2)
|
28 Desember 2009
|
Pujukan Upin, Ipin dan kawan-kawan tidak berjaya menenangkan hati Sapy, sebaliknya Sapy lagi merajuk lalu melarikan diri dengan pentas. Mereka terpaksa menghabiskan sepanjang tengah hari mencari lembu kesayangan Rajoo itu. Lambat-laun. terpaksalah mereka semua berdepan dengan Muthu untuk memberitahu perkara sebenar, tetapi mujurlah Susanti sempat membawa Sapy balik ke tempat asalnya.
|
41
|
Kembara ke Pulau Harta Karun (bagian 7)
|
29 Desember 2009
|
Hang Upin, Hang Ipin dan yang lainnya menyamar dengan memakai topeng besar dan berwarna-warni yang dipakai oleh orang pribumi, sebagai langkah penting untuk menyelamatkan Kapten Jarjit dan Nelayan Dzul, biarpun mudah dilihat oleh ratu orang pribumi. Sayangnya, tugas Fizi untuk mengalihkan perhatian para penjaga tahanan agar tidak berhasil tidak berhasil, maka mereka semua pun ditahan.
|
42
|
Kembara ke Pulau Harta Karun (bagian 8)
|
30 Desember 2009
|
Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan semuanya dilantarkan pada sebuah jentera penggeletek yang digunakan sebagai alat soal siasat. Mujurnya Nelayan Ijat dan kawan orang aslinya sempat tampil untuk memberitahu ratu bahawa mereka semua itu ialah kawan-kawannya, jadi dilepaskan jua mereka semua lalu dijemput berjamuan mesra pada waktu malam. Pada keesokan harinya, sekali lagi Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan dimusuhi oleh orang asli karena Jarjit sempat melarikan harta karun mutiara yang dicarinya selama ini.
|