Search
Search adalah kelompok musik rock dari Malaysia, dibentuk di Johor Bahru pada 1981. Mereka menerbitkan album perdana Cinta Buatan Malaysia dengan anggota Yazit (drum), Hillary Ang (gitar), Nasir (bass), dan Amy (vokal), dan Din (gitar). Salah satu lagu mereka yang terkenal adalah "Isabella".
Search | |
---|---|
Asal | Kuala Lumpur, Malaysia |
Genre | Rock, Rock Progresif |
Label | Polygram Records (1984–1987) BMG (1989–2001)) Life Records (2006–kini) |
Situs web | DUNIASEARCH |
Biografi
1981-88: Permulaan
Ketika diasaskan di Johor Bahru pada tahun 1981, kumpulan Search dianggotai oleh Zainal sebagai penyanyi, Hillary Ang sebagai pemain gitar, Nasir Daud sebagai pemain gitar bes dan Yazid Ahmad (Yazit) sebagai pemain dram. Belum sempat mendapat peluang merakam album untuk dipasarkan, Zainal meninggalkan kumpulan Search yang masih baru itu untuk membentuk kugiran baru bernama RamPa (maka nama gelaran Zainal menjadi "Zainal Rampa"). Penggantinya, Suhaimi Abdul Rahman, atau lebih dikenali sebagai "Amy", menggantikan tempat Zainal sebelum kugiran Search menandatangani kontrak rakaman pertama bersama Polygram Records di Singapura pada pertengahan 1980-an.
Tiga buah album studio terawal mereka, iaitu Cinta Buatan Malaysia (1985)[1], Langit dan Bumi (1986)[2], dan Mentari Merah di Ufuk Timur[3], dirakam di Lion Studio, Singapura dengan M. Nasir sebagai penerbit. Dengan album-album ini, mereka cepat mendapat perhatian peminat muzik Malaysia. Album Cinta Buatan Malaysia dibantu oleh Yan dan Man Kidal dari kugiran Lefthanded sebagai pemuzik undangan. Hillary Ang pula hanya melibatkan diri dalam album Langit dan Bumi dan Mentari Merah saat bersama Polygram.
Persembahan live mereka sebagai sebuah kugiran terkenal adalah sebagai artis jemputan di Konsert Battle Of The Bands di Stadium Negara, Kuala Lumpur, pada 2 Februari 1986, diikuti konsert sendiri pertama mereka iaitu Konsert Terbuka Search di Panggung Anniversari, Kuala Lumpur pada tahun yang sama.[4]
Kumpulan Search juga ditampilkan sebagai bahan penceritaan dalam filem dokumentari Kembara Seniman Jalanan arahan Nasir Jani yang keluar pada tahun 1986.[5] Anugerah utama sulung mereka sebagai kugiran ialah anugerah Penyanyi Berkumpulan Popular di Anugerah Pelakon/Penyanyi Popular Berita Harian pada tahun 1987.
Album Cinta Buatan Malaysia, Langit dan Bumi, dan Mentari Merah di Ufuk Timur, masing-masing terjual lebih 20,000, 30,000 dan 50,000 unit, membolehkan syarikat rakaman mereka memperoleh Anugerah Emas untuk dua album pertama dan Anugerah Platinum untuk album ketiga itu. Walau bagaimanapun, Polygram Records tidak menyerahkan anugerah-anugerah tersebut kepada Search sebaik sahaja mereka tamat kontrak mereka pada tahun 1987.[4] Apapun, walaupun sudah meninggalkan Polygram, Polygram sempat menerbitkan dua lagi 'album studio' (sebenarnya album himpunan) dengan nama Search, iaitu Di Pintu Sepi dan Berpaling yang memuatkan lagu lama dan lagu baru yang dirakam oleh mereka ketika sesi pembikinan album Mentari Merah itu, di samping dua jilid album himpunan Koleksi Terbaik, semuanya pada tahun 1988.
Sepanjang tahun 1988, mereka mengadakan lima buah konsert di Malaysia, setiap satunya bersama sebuah lagi kugiran, iaitu Gersang (Kota Bharu, 5 April; Kuala Lumpur, 9 April); dan Mega (Johor Bahru, 7 dan 8 Oktober; Kluang, 10 Oktober; Stadium Negara Kuala Lumpur, 3 Disember)[6], diikuti persembahan pertama mereka di luar negara bersama dua kugiran Thailand di Bangkok, di ambang tahun baru 1989.
1998–2001: Perpecahan
Selepas penyertaan Fauzi sebagai pemain gitar bes baru yang menggantikan Nasir Daud yang meninggalkan kugiran ini buat kali kedua, Kumpulan Search sekali lagi berganding bahu dengan kumpulan Wings (yang ketika ini diterajui oleh Mustaffa Din) untuk mengeluarkan album Double Trouble 2 untuk dipasarkan pada awal tahun 1998. Akan tetapi, pada tahun inilah kugiran Search mengalami saat paling getir apabila Amy meninggalkan kugirannya di tengah-tengah usaha merakam album baru untuk memberi tumpuan kepada kerjaya solonya,[22] tidak lama kemudian meninggalkan BMG untuk menyertai label Sony Music.[23]
Sebagai pelengkap album yang berjudul Bikin Wilayah, mereka mengundang Awie sebagai penyanyi jemputan dan menyebut namanya di kulit album keluaran akhir tahun 1998 itu. Akan tetapi, kumpulan Search sudah di ambang perpecahan apabila Kid, Noordin dan Fauzi meninggalkan kumpulan itu, meninggalkan Yazid sebagai satu-satunya anggota asal Search yang tinggal.[24] Pada tahun 1999, penyanyi Moq dan gitaris Shah dibawa masuk ke kugiran ini untuk menyempurnakan Selepas Banjir, album berlagu baru terakhir di bawah nama Search[25], sebelum kugiran itu dibubarkan secara rasmi pada 16 Januari 2001 sewaktu album himpunan Rockestra dikeluarkan.[26]
Walaupun tidak aktif pada awal dekad pertama alaf ketiga, tidak kurangnya album kompilasi yang dikeluarkan dengan nama Search, diisi lagu-lagu terpilih kumpulan rock ini, tidak lupa juga keluaran semula album Fenomena dan Gema di Timur Jauh yang menjalani usaha baik pulih digital. Yazid, Moq, dan Sham pula meneruskan perjuangan mereka dalam seni muzik tanahair dengan membentuk kugiran Rampage, sementara Amy giat mengusahakan kerjaya solonya yang melahirkan tiga album di bawah label Sony (kemudian menjadi Sony BMG): Aku, Suatu Masa dan IKON: A Rockstar Chronicle.
2003–kini: Bersatu semula
Setelah beberapa tahun tak bersua, nama Search dihidupkan kembali dengan sebuah konsert reunion yang diadakan di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur pada Februari 2004.[27] Persembahan konsert tersebut dirakam dalam album live Konsert Rock Search Evolusi 2004 yang keluar tiga tahun kemudian. Pada tahun 2004 juga, kugiran Search menjadi artis pembukaan untuk menjayakan konsert Scorpions di Kuala Lumpur yang membentuk jelajah Southeast Asia Unbreakable Tour oleh kugiran Jerman tersebut, walaupun menghadapi tentangan hebat dari Pemuda PAS atas alasan konsert tersebut bakal merosakkan akhlak muda-mudi.[28]
Pada awal tahun 2006, media mengesahkan bahawa Amy, Nasir Daud, Hillary Ang dan Yazid Ahmad kembali bersama untuk merakam album baru sekali lagi, di samping memperkenalkan tapak sesawang rasmi mereka, Dunia Search. Amy melaporkan bahawa tapak web tersebut dikunjungi 200,000 kali sepanjang minggu pertamanya.[29] Single pertama mereka sejak tujuh tahun menyepi, Ying dan Yang yang boleh dimuat turun dari laman web tersebut, merupakan sebuah single dari EP Empire Garden. Bagaimanapun, EP tersebut tidak dapat dipasarkan atas masalah-masalah teknikal.[8] Serentak dengan Empire Garden, mereka mengusahakan album Gothik Malam Edan yang berjaya diterbitkan pada pertengahan tahun 2006, kali ini di bawah label edaran Life Records dan syarikat rakaman Neo Digital Sdn Bhd.
Pada tahun 2006 juga, Search mengumumkan konsert S2 Celebration sempena ulang tahun mereka yang ke-25, bergandingan dengan kumpulan Slank dari Indonesia, yang dijadualkan berlangsung pada 4 Januari 2007 di Stadium Merdeka. Bagaimanapun, kumpulan Search menarik diri pada saat-saat akhir, kononnya sebagai tanda penghormatan kepada mangsa-mangsa banjir yang melanda Kota Tinggi, Johor pada bulan sebelumnya, maka tinggalnya Slank dengan bantuan kugiran Spider dan Wings. Akibatnya, konsert yang menantikan kedatangan 20,000 peminat menjadi hambar dengan kehadiran 7,000 orang sahaja, dilaporkan kebanyakannya berasal dari Indonesia.[30]
Pada tahun 2008, Amy Search mencuri perhatian media Nusantara dengan meluahkan perasaan tidak senang hati atas kecenderungan stesen radio Malaysia yang seakan-akan mengutamakan lagu Indonesia.[31]
Pada tahun 2009, Search menganjurkan jelajah "Konsert Penghargaan Search di Awan Biru" yang dilangsungkan di 11 tempat di seluruh negara, termasuk tiga di Malaysia Timur. Jelajah yang menerima sokongan dari penaja utamanya Celcom[32] ini bermula dengan konsert pembukaan di Seberang Perai pada 2 Mei[33] hingga konsert kemuncak di Kuala Lumpur pada 1 Ogos. Konsert terakhir yang dilangsungkan di padang Polo Pavilion, Kelab Ekuestrian, Bukit Kiara itu, beberapa hari selepas hari jadi Amy yang ke-50, dilaporkan menarik kira-kira 14,000[34] hingga 25,000[35] peminat.
Perkembangan semasa
Kumpulan Search mengadakan jelajah Eropah di Ireland dan United Kingdom pada 12 hingga 23 Februari, dengan kumpulan Hujan untuk persembahan pembukaan.[36] Mereka beraksi di Button Factory, Dublin, pada 16 Februari; Scala London, King's Cross, London (18 Februari); dan Cavern Club, Liverpool (21 Februari).[37]
Pada bulan seterusnya, Amy membintangi pementasan muzikal Suatu Masa: Amy yang "bukan berbentuk rock" di Istana Budaya dari 26 hingga 28 Mac.[38] Muzikal anjuran Mentari Channel Network yang mengambil masa sejam 45 minit untuk setiap pementasan ini dijayakan bersama iringan muzik Orkestra Simfoni Kebangsaan, dengan ciri-ciri monolog yang penuh emosi.[39]
Pada 1 Mei 2010, Search kembali bergabung tenaga dengan kugiran Wings untuk mengadakan sebuah lagi konsert "Double Trouble" sebagai tanda mengenang kejayaan konsert "Double Trouble" pada tahun 1993. Konsert kali ini diadakan di Bukit Kiara Equestrian and Country Resort, dan dilaporkan dihadiri oleh 20,000 orang.[40] Ini disusuli pula dengan konsert di Stadium Larkin, Johor Bahru yang diberi nama baru "Konsert DT", yang dilaporkan menarik seramai 12,000 peminat.[41] Nama Konsert DT bertukar lagi menjadi "Konsert Gemuruh DT" sempena persembahan di Seberang Jaya pada 18 Disember dan penutup tirai di Sunway Lagoon pada 25 Disember 2010.
Hits
- Isabella
Diskografi
- Cinta Buatan Malaysia - 1985
- Langit dan Bumi - 1986
- Mentari Merah Diufuk Timur - 1987
- Fenomena - 1989
- Karisma - 1990
- Rampage - 1992
- Gema di Timur Jauh - 1995
- Selepas Banjir - 2000