Zhuangzi

Filsafat asal Tiongkok

Zhuangzi (369 SM ~ 286 SM), Hanzi:庄子, Pinyin:Zhuāngzǐ, merupakan ahli falsafat terpopuler pada pertengahan Zaman Negara Berperang Tiongkok serta tokoh yang amat penting dalam Taoisme selepas Laozi. Hasil karya beliau yang dinamakan selepas namanya ialah “Zhuangzi” atau “Nanhua Jing (南華真經)” oleh Raja Tang, 唐皇 12.

Zhuangzi (庄子/荘子)
Berkas:Zhuang Zi.jpg
Nama Tionghoa: 庄子(荘子)
Pinyin: Zhuāngzǐ
Wade-Giles: Chuang Tzu
Ejaan lain: -
Nama asli: Zhuāngzhōu, 庄周
Nama sopan: Zǐxiū, 子休
Nama almarhum: Laozhuang, 老莊
Nanhua Zhengren, 南 華 真 人

Riwayat hidup

Menurut Shiji (史記), nama beriannya ialah Zhou (周) dan nama sopannya ialah Zixiu (子休). Ia adalah keturunan Mong (蒙) (Sekarang: Timor Selatan Prefektur Sangqiu, 商丘县东北7; ada yang katakan Prefektur Anhuimong, 安徽蒙城县1,Songguo, 宋國 (Sekarang:Propinsi Henan,河南省).

Catatan “Zhuangzi” mengatakan beliau pernah mengambil jawatan Chiyuan Shi 9, 漆園吏, dengan itu beliau juga diperkenalkan sebagai Ofisial Meng, 蒙吏. Zhuangzi kepunyaan zaman kehidupan sebaya dengan Mencius, tetapi tidak ada catatan yang menunjukkan mereka pernah berjumpa.atau mengadakan diskusi 3. Huishi10,惠施, merupakan rakan yang sering mengadakan diskusi dengannya.

Kitab “Zhuangzi”

Kitab “Zhuangzi” juga dikenali Nanhua Zhengjing, 南華真經, atau dipendekkan Nanhua Jing, 南華經, adalah kitab yang mengandungi pandangan dan ajaran beliau. Kitab ini dibagi pada tiga 5 bagian utama yaitu Bagian Asli, Bagian Luaran serta Bagian Umum; kesemuanya punya 33 judul. Bagian Asli adalah hasil tulisan beliau sendiri, Bagian Luaran adalah hasil pengikut yang mencatatkan kisah Zhuangzi dan Bagian Umum adalah hasil pandang pengikut beliau.

Bagian Asli

  1. Pengembaraan bebas〈 逍 遥 游 〉- Bebas mengembara tanpa berkelobaan, dan berketamakan kejayaan.
  2. Kesimultanan alam 〈 齐 物 论 〉- Kesemuaan benda di alam ini wujud bersama diri kita. Perbedaan yang terdapat antara satu dengan lain adalah dikarenakan nafsu kita. Jikalau nafsu ini tidak muncul, perbedaan dalam alam ini juga tidak muncul.
  3. Kesehatan sukma〈 养 生 主 〉- Kesehatan sukma lebih dipentingkan daripada tubuh badan kita. Kesehatan sukma perlu sentiasa diperbaiki untuk mencapai kesempurnaan sukma.
  4. Amalan manusia〈 人 间 世 〉- Manusia sampai bila-bila pun mengingatkan kemasyhuran, kekayaan dan kebendaan. Sifat-sifat inilah membawakan kecelakaan kepada manusia sendiri.
  5. Kelegaan〈 德 充 符 〉- Kelegaan perlu dicapai supaya kehidupan kita tidak terganggu oleh perasaan atau kedirian kita.
  6. Kealaman〈 大 宗 师 〉- Arti asli〈 大 宗 师 〉 adalah guru kehormat. Guru kehormat yang diartikan adalah Dao, kealaman. Pada peringkat akhir, kesemuanya kembali ke alam dengan semula jadi dengan Dao.
  7. Kerakyatan〈 应 帝 王 〉- Displomasi Negara perlu bergantung kepada keutamaan rakyat. Memperketatan atau memperbanyakkan undang-undang negara tidak membawakan kesejahteraan tetapi kebarahan.

Bagian Luaran

1. Empu terlebih〈 骈 拇 〉
2. Kuku kuda〈 马 蹄 〉
3. Bagasi terbuka〈 胠 箧 〉
4. Kesabaran〈 在 宥 〉
5. Dunia〈 天 地 〉
6. Arus alamiah〈 天 道 〉
7. Gerakan alamiah〈 天 运 〉
8. Mempertabah〈 刻 意 〉
9. Memperbaiki diri〈 缮 性 〉
10. Air musim panas〈 秋 水 〉
11. Kebahagian tersempurna〈 至 乐 〉
12. Mencapai kevitalan〈 达 生 〉
13. Gunung dan kayu〈 山 木 〉
14. Yuzifang〈 田 子 方 〉 (Nama watak utama)
15. Pengembaraan utara Zhi〈 知 北 游 〉(perjumpaan Laozi dan Kong Hu Ci)

Bagian Umum

1. Geng Sang Chu〈 庚 桑 楚 〉(Nama watak utama)
2. Xu Wu Gui〈 徐 无 鬼 〉(Nama watak utama)
3. Zeyang〈 则 阳 〉(Nama watak utama)
4. Kebendaan〈 外 物 〉
5. Misteri〈 寓 言 〉
6. Memperlepaskan takhta〈 让 王 〉
7. Daozhi〈 盗 跖 〉
8. Pedang〈 说 剑 〉
9. Nelayan 〈 渔 父 〉
10. Lie Yu Kuo 〈 列 御 寇 〉(Nama watak utama)
11. Dunia alam semesta〈 天 下 〉

Karakteristik Zhuangzi

Pada Zaman Negara Berperang, negaranya mengalami kekalahan dalam berperangan serta keruntuhan kuasa. Menurut “Zhuangzi”, kehidupannya adalah sukar, tidak berkaya-raya, bekerja sebagai tukang sandal jerami untuk menyambung hidup. Pada suatu ketika, beliau dijemput untuk berjumpa dengan Raja Wei, 魏王, beliau berpakaian biasa yang telah ditampal-tampal. Raja Wei bertanya kenapa berpakaian compang-campig. Zhuangzi menjawab dengan jujurnya, “Saya tidak berlaku compang-camping tetapi saya miskin, inilah rezeki yang dipunyai”.

Raja Chu, 楚王, mendengar kesusilaan Zhuangzi dan menawarkannya beribu-ribu tahil emas serta berbagai kebajikan untuk berhidmat sebagai menteri negaranya, tetapi ditolak terus. Zhuangzi lebih menginginkan kehidupan yang bebas; tanpa apa-apa kerisauan.

Sifat-sifat beliau yang tidak mengutamakan kekayaan dan kemasyhuran membawanya ketenteraman dan kesejahteraan. Pandangannya kepada Dao kepunyaan tiga keutamaan 3 iaitu:

  1. Kebiasaan – segala-gala yang wujud di sekeliling kita dengan atau tanpa kesedaran.
  2. Keabadian – segala-gala berada dalam berubahan yang wujud permanennya.
  3. Kemuskilan – apa yang terlaku tanpa bisa diterangkan dengan patah-kata.

Sebaliknya, beliau tidak mendukung cadangan mengamalkan amalan-amalan yang diaturkan. Bahkan, cara bertutur, cara berduduk cara berpakaian dan lain-lain tidak patut dipertetapkan, ini patut dilakukan mengikut kebebasan, dengan hati terbuka tanpa terikat pada peraturan yang telah ditetapkan. Kesemua ini adalah Dao, peraliran sistem alami.


Lihat pula:
Taoisme
I Kuan Tao

Pranala luar (B.Tionghoa)

1. Zoranzi
2. Riwayat hidup Zhuangzi
3. Zhuangzi
4. Budaya Tionghua-Zhuangzi
5. Huraian Kitab Zhuangzi
6. Zhuangzi
7. Zhuangzi
8. Zhuangzi
9. Chiyuan Shi
10. Huishi
11. Huraian ringkas Bahagian Asli Nanhua Jing
12. Nanhua Zhengjing

Templat:Link FA