Biopolimer
Biopolimer, juga dikenal sebagai polimer organik, ialah polimer alami. Kanji, protein, dan peptida, serta DNA dan RNA ialah contoh biopolimer, di mana unit monomer adalah glukosa, asam amino dan asam nukleik masing-masing. Komposisi kimia tepat dan urutan di mana unit-unit disusun dinamakan struktur utama polimer. Banyak biopolimer "berlipat" menjadi bentuk-bentuk tertentu, yang boleh menentukan fungsi biologi biopolimer. Biologi struktural adalah bidang penyelidikan bentuk-bentuk biopolimer.