Internet

sistem global berupa jaringan komputer yang saling terhubung
Revisi sejak 15 Oktober 2004 10.40 oleh Hanoman (bicara | kontrib)

Secara harafiah, internet (kependekan daripada perkataan 'inter-network') ialah rangkaian komputer yang berhubung menerusi beberapa rangkaian. Manakala Internet (huruf 'I' besar) ialah sistem komputer umum, yang berhubung secara global dan menggunakan TCP/IP sebagai protokol pertukaran paket(packet switching communication protocol). Rangkaian internet yang terbesar dinamakan Internet. Cara menghubungkan rangkaian dengan kaedah ini dinamakan internetworking.

Kemunculan Internet

Rangkaian pusat yang membentuk Internet bermula pada tahun 1969 sebagai ARPANET, yang dibangunkan oleh ARPA (United States Department of Defense Advanced Research Projects Agency). Beberapa penyelidikan awal yang disumbang oleh ARPANET termasuk kaedah rangkaian tanpa-pusat (decentralised network), teori queueing, dan kaedah pertukaran paket (packet switching).

Pada 01 Januari 1983, ARPANET menukar protokol rangkaian pusatnya, dari NCP ke TCP/IP. Ini merupakan awal dari Internet yang kita kenal hari ini.

Pada sekitar 1990-an, Internet telah berkembang dan menyambungkan kebanyakan pengguna jaringan-jaringan komputer yang ada.

Internet Hari Ini

Intenet dikuatkuasa oleh perjanjian bi- atau multilatera dan spesifikasi teknikal (protokol yang menerangkan tentang perpindahan data antara rangkaian). Protokol-protokol ini disediakan berdasarkan perbincangan Pasukan Jurutera Internet (Internet Engineering Task Force), yang terbuka kepada umum. Badan ini mengeluarkan dokumen yang dikenali sebagai RFC (Request for Comments). Sebagian dari RFC dijadikan Piawaian Internet (Internet Standard), oleh Badan Arkitek Internet (Internet Architecture Board - IAB). Protokol-protokol internet yang sering digunakan adalah seperti, IP, TCP, UDP, DNS, PPP, SLIP, ICMP, POP3, IMAP, SMTP, HTTP, HTTPS, SSH, Telnet, FTP, LDAP, dan SSL.

Beberapa perkhidmatan populer di internet yang menggunakan protokol di atas, ialah Emel/Surat elektronik, Usenet, Newsgroup, perkongsian fail (File Sharing), WWW (World Wide Web), Gopher, Capaian Sessi (Session Access), WAIS, finger, IRC, MUD, dan MUSH. Di antara semua ini, Emel / Surat Elektronik dan World Wide Web lebih kerap digunakan, dan lebih banyak servis yang dibina berasaskannya, seperti Senarai Mel (Mailing List, dan Weblog. Internet memungkinkan adanya servis masa-benar (Real-time service), seperti web radio, dan webcast, yang boleh dicapai di seluruh dunia.

Beberapa servis Internet populer yang berdasarkan sistem Tertutup(?)(Proprietary System), adalah seperti IRC, ICQ, AIM, CDDB, dan Gnutella.

Budaya Internet

Jumlah pengguna Internet yang besar dan semakin berkembang, telah mewujudkan budaya internet. Internet juga mempunyai kesan yang besar ke atas ilmu, dan pandangan dunia. Dengan hanya berpandukan Enjin Pencarian seperti Google, pengguna di merata dunia mempunyai capaian serta-merta kepada bermacam-macam maklumat. Berbanding dengan buku dan perpustakaan, Internet melambangkan penyebaran (decentralization) maklumat dan data secara ekstrim.

Isu Moral dan Undang-undang

Terdapat kebimbangan masyarakat tentang Internet yang berpuncak pada beberapa bahan kontroversi di dalamnya. Pelanggaran Hakcipta, bahan lucah, curian identitas, dan ucapan benci(?)(Hate speech), adalah biasa dan sulit dijaga.

Kematian juga telah disalahkan ke atas Internet oleh sebagian orang. Brandon Vedas meninggal dunia akibat pemakaian narkotik yang melampaui batas sambil rakan-rakan sembang IRCnya memberi semangat. Shawn Woolley bunuh diri karena ketagihan dengan permainan online, Everquest. Brandes ditikam bunuh, dan dimakan oleh Armin Meiwes setelah menjawab iklan dalam internet.

Capaian Internet

Negara dengan capaian internet yang terbaik termasuk Korea Selatan (50% daripada penduduknya mempunyai capaian jalurlebar - Broadband), dan Swedia. Terdapat dua bentuk capaian internet yang umum, yaitu capaian dial-up, dan jalurlebar.

Penggunaan Internet di Tempat Umum

Internet juga semakin banyak digunakan di tempat umum. Beberapa tempat umum yang menyediakan perkhidmatan internet termasuk perpustakaan, dan internet cafe (juga disebut Cyber Cafe). Terdapat juga tempat awam yang menyediakan pusat capaian internet, seperti Internet Kiosk, Public access Terminal, dan Telefon web.

Terdapat juga kedai yang menyediakan capaian wifi, seperti Wifi-cafe. Pengguna hanya perlu membawa Komputer (notebook), atau PDA, yang mempunyai kemampuan wifi untuk capaian internet.

Lihat juga

Sambungan ke luar