Wikipedia:Bak pasir
BUYA MAWARDI MUHAMMAD Buya Haji Mawardi bin Muhammad dilahirkan di Kubang Putih, Bukittinggi pada hari Jumat, 10 Oktober 1913 bertepatan 9 Zulkaedah 1331. Beliau meninggal dunia pada hari Jumat, 30 Desember 1994 bersamaan 27 Rajab 1415 di Rumah Sakit Islam, Bukittinggi dalam usia 81 tahun menurut bilangan tahun masihi dan 84 tahun mengikut penanggalan hijriah. Jasadnya dikebumikan di Kompleks Perguruan Thawalib Padang Panjang.
Riwayat Pendidikan Buya Mawardi Muhammad melalui pendidikan dasar dan menengahnya di Sekolah Rakyat Agam I Bukittinggi dan Vrobel School (1919); Sekolah Rakyat di Pakan Ahad, Kubang Putih (1920-1921); Gouvernement School (1922-1925); Madrasah Diniyah Bulaan Kamba (1922-1924); Kelas III Thawalib School dan Diniyah School Padang Panjang (1925-1926); Madrasah Diniyyah Bulaan Kamba (1926); Kelas IV Sumatera Thawalib Parabek (1927); Kelas V-VII Thawalib School dan Diniyyah School Padang Panjang (1928-1930).
Antara guru-guru beliau ialah Syeikh Abdul Karim Amrullah, Syeikh Ibrahim Musa Parabek, Engku Mudo Abdul Hamid Hakim, Prof Kyai Zainal Abidin Ahmad, Buya Jalaluddin Thaib, Buya Ahmad Syukur Sulaiman, Buya Duski Samad, Buya Labai Khatib, dan banyak lagi.
Aktivitas Pekerjaan Semasa hayatnya, beliau pernah memegang pelbagai jawatan penting dalam kehidupan bermasyarakat. Pada tahun 1931 beliau telah diangkat sebagai guru di almamaternya, Thawalib School Padang Panjang. Setelah itu, beliau dilantik menjadi wakil mudir pada tahun 1936 hingga 1959. Pada tahun 1959, selepas kematian gurunya Engku Mudo Abdul Hamid Hakim, beliau menjadi pimpinan sekolah, hingga ke akhir hayatnya (1994).
Di samping memimpin Thawalib School Padang Panjang, beliau juga pernah menjadi Wali Nagari di Kubang Putih (1947-1949), Kepala Pendidikan dan Agama Islam Sumatera Tengah di Bukittinggi (1950-1957), Pimpinan PGA Tanjung Raya (1959), Dosen Agama Islam di Fakultas Ekonomi dan Hukum, Universitas Andalas (1965-1970), Dosen di IAIN Imam Bonjol, Wakil Dekan Tarbiyah IAIN Imam Bonjol (1965-1966), Dosen di Sekolah Tinggi Aqabah Bukittinggi (1986-1988), Dosen di Akademi Ilmu al-Qur’an Padang (1987-1988), dan lain-lain.
Karena itu, tidaklah mencengangkan kalau ulama yang pernah hidup di tiga zaman ini memiliki murid yang ramai di serata pelosok tanah air. Antaranya Prof. Ali Hasjmi, Prof. Mansur Malik, Prof. Amir Syarifuddin, Prof. Fauzan el-Muhammadi, Prof. Duski Samad, Prof. Tamrin Kamal, Prof. Edi Safri, Prof. Sirajuddin Zar, Prof. Kurnia Ilahi, Prof. Rifyal Ka’bah, Prof. Syaifullah SA, Dr. Syafruddin, Dr. Buchari Muchtar, Dr. Sabiruddin Juli, Dr. Syari bin Sumin, Ustaz Oemar Bakry, Nasaruddin Latif, Dahlan Ibrahim, Kyai Zarkasyi, dan banyak lagi.
Karya Tulis Buya Mawardi Muhammad termasuk di antara ulama produktif dalam menulis karya. Uniknya, meskipun tidak pernah belajar secara langsung ke Tanah Arab, namun karya-karya beliau mayoritasnya adalah berbahasa Arab. Di antaranya ialah:
1) al-‘Arud al-Wadihah; 2) al-Usul al-Nahwiyyah; 3) Sabil al-Zarf fi ‘Ilm al-Sarf; 4) Fi Ma’rifah al-Fasahah wa al-Balaghah; 5) Ilmu Faraidl-Fikhi Mawarits; 6) Risalah Cara Puasa Nabi; 7) ‘Ilm al-Tafsir; 8) Hidayah al-Bahith fi Mustalah al-Hadith; 9) Jawahir al-Ahadith al-Nabawiyyah; 10) al-Ahadith al-Mukhtarah (juz. 1-3); 11) al-Ahadith al-Mukhtarah wa Sharhuha (juz 3-6); 12) Ilmu Mushthalah Hadits; 13) Ma’ani al-Hadith.
Oleh: Jannatul Husna Anuar
Pelajar Ph.D di Universiti Brunei Darussalam