Winston Churchill

negarawan, tentara dan penulis Britania Raya (1874–1965)
Revisi sejak 30 November 2005 13.34 oleh YurikBot (bicara | kontrib) (robot Modifying: ar)

Sir Winston Leonard Spencer Churchill (30 November 1874 - 24 Januari 1965) merupakan salah satu seorang pemimpin Britania yang hebat pada abad ke-20 pada masa Perang Dunia II.

Winston Churchill

Winston Churchill

Masa bakti:10 Mei 1940 - 27 Juli 1945
26 Oktober 1951 - 7 April 1955
Pengganti PM:Neville Chamberlain
Clement Attlee
Pengganti PM:Clement Attlee
Anthony Eden
Tanggal lahir:30 November 1874
Tempat lahir:Oxfordshire, Inggris
Partai politik: Conservative Party, Liberals

Kerjaya Awal

Dilahirkan di Istana Blenheim, Winston Churchill merupakan keturunan keluarga Churchill pertama yang terkenal: John Churchill, 1st Duke of Marlborough (yang ayahnya juga dikenali sebagai "Sir Winston Churchill"). Bapa politik Winston, Lord Randolph Churchill, merupakan anak ketiga kepada Duke of Marlborough yang ke 7: Emak Winston bernama Jennie Jerome (née Jeanette Jerome) dari Brooklyn, New York, anak kepada jutawan American Leonard Jerome.

Pada tahun 1895, dia pergi ke Kuba sebagai pemerhati tentera dengan tentera Spanyol dalam pertempuran melawan pemberontak pembebasan. Dia juga membuat lapurkan berita bagi Saturday Review.

Kemunculan pertama Winston Churchill merupakan sebagai wartawan perang dalam Perang Anglo-Boer yang kedua antara British dengan mereka yang mengelarkan diri mereka sebagai Afrikaaners di Afrika Selatan. Winston Churchill ditawan dalam serangan hendap Boer kepada konvoy keretapi Tentera British, tetapi berjaya melarikan diri dan menyeberangi sempadan Afrika Selatan ke Lorenzo Marques (sekarang dikenali sebagai Maputo di Mozambik).

Churchill menggunakan kemashyuran yang didapatinya untuk memulakan kerjaya politik yang merangkumi tempoh selama enam puluh tahun, bertugas sebagai seorang MP di House of Commons dari 1901 sehingga 1922 dan dari 1924 sehingga 1964. Sebagai anggota Conservative Party, dia pindah ke Liberals dan menyertai Kabinet ketika berusia awal tiga puluhan. Dia merupakan salah seorang daripada perancang politik dan ketenteraan bagi pendaratan Gallipoli yang menemui kegagalan di Dardanelles ketika Perang Dunia I, yang menyebabkan dia digelar sebagai "penyembelih Gallipoli". Dia merupakan salah seorang yang menandatangani perjanjian Anglo-Irlandia pada tahun 1921 yang menubuhkan Negara Irlandia Bebas. Partai Liberal kemudian dilanda perpecahan internal. Setelah kalah pada pemilu 1922 kepada Edwin Scrymgeour dia menyertai Partai Konservatif semula. Dua tahun kemudian pada pemilu 1924 di dilantik mewakili Epping sebagai Konservatif. Dia dilantik sebagai Chancellor of the Exchequer pada tahun 1926 di bawah Stanley Baldwin dan bertanggungjawab mengembalikan Britania kepada Standard Emas. Ketika General Strike of 1926, Churchill dikatakan mencadangkan mesingan digunakan untuk mematahkan mogok pelombong. Churchill menyunting surat kabar kerajaan British Gazette. Ketika pertelingkahan tersebut dia menyuarakan bahawa "Samaada negara mematahkan Mogok Umum, atau Mogok Umum akan menghancurkan negara.".

Kerajaan Konservatif telah ditewaskan dalam Pemilu Inggris 1929. Apabila Ramsay MacDonald membentuk kerajaan pada 1931, Churchill tidak dijemput untuk menyertai Kabinet. Churchill berada puncak terendah dalam kerjayanya. Churchill menghabiskan beberapa tahun berikutnya untuk menumpu kepada kerja penulisannya, termasuk History of the English Speaking Peoples (yang tidak diterbitkan sehinggalah selepas tamat Perang Dunia II). Churchill terkenal dengan penentangannya terhadap kemerdekaan India. Tidak lama selepas itu, perhatiannya tertumpu kepada kemunculan Adolf Hitler dan peningkatan senjata Jerman. Buat seketika, Churchill merupakan suara tunggal yang menyeru British untuk meningkatkan persenjataan bagi menyaingi keganasan Jerman. Churchill merupakan pengkritik Neville Chamberlain polisi mengembirakan Adolf Hitler.

Peranan sebagai Perdana Menteri Waktu Perang

Pada awal Perang Dunia II Churchill dilantik sebagai First Lord of the Admiralty Apabila Chamberlain's meletak jawatan pada bulan May, 1940, Churchill dilantik sebagai Perdana Menteri dan membentuk kerajaan gabungan. Churchill segera menjadikan seorang kawan dan penasihat karibnya, Max Aitken, (Lord Beaverbrook) seorang usahawan industri dan pemilik akhbar terkemuka, orang yang bertanggungjawab bagi mengendalikan pengeluaran kapal terbang. Ketangkasan fikiran perniagaan Max Aitken membolehkan British meningkatkan kejuruteraan dan pengeluaran kapal terbang dengan pantas, yang menyumbang kepada kejayaan ketika waktu perang.

Ucapan Churchill yang pertama pada masa itu merupakan sumber inspirasi penting kepada pihak British yang tertekan. Kenyataannya yang terkemuka "Saya tidak mempunyai apa-apa untuk ditawarkan kecuali darah, kerja kuat, air mata, dan peluh" merupakan ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri. Ucapan berikutnya sebelum Pertempuran Britania, dengan "Kita akan mempertahankan pulau kita, walau apapun harganya, kita akan bertempur di pantai, kita akan bertempur di tempat pendaratan, kita akan bertempur di padang dan jalan, kita akan bertempur di bukit; kita tidak akan sekali-kali menyerah."

Walaupun peranan Churchill dalam Perang Dunia II tidak dapat disangkal, dia mempunyai banyak musuh di negerinya. Dia menyuarakan kebenciannya kepada ide seperti penyediaan kesehatan umum dan pendidikan yang lebih baik untuk mayoritas penduduk menyebabkan banyak rasa tidak puas hati di kalangan penduduk terutama mereka yang bertempur ketika peperangan. Segera setelah perang usai, Churchill dikalahkan dengan buruk oleh Clement Attlee dan Partai Buruh (Inggris).

Penggal Kedua

Selepas kekalahan Partai Buruh (Inggris) pada Pemilu 1951, Churchill kembali menjabat jabatan Perdana Menteri. Pada tahun 1953, Winston Churchill dianugerahi dua gelar kehormatan. Dia dikaruniakan gelar Sir menjadi Sir Winston Churchill dan Winston Churchill dianugerahkan Hadiah Nobel dalam penulisan untuk kepakarannya dalam penulisan riwayat dan sejarah dan juga kepintarannya berucap dalam mempertahankan nilai kemanusiaan yang tinggi. Serangan angin ahmar pada Juni 1953 memyebabkan Winston Churchill lumpuh sebelah kiri. Winston Churchill bersara disebabkan kesihatan pada 5 April 1955 tetapi mengekalkan jabatannya sebagai Chancellor bagi University Bristol.

Pada 15 Januari 1965, Winston Churchill mengalami angin ahmar kedua -evere cerebral thrombosis - yang menyebabkan dia sakit parah. Winston Churchill meninggal sembilan hari kemudian pada 24 Januari 1965. Jasadnya diletakkan di Westminster Hall selama tiga hari dan upacara permakaman negara diadakan di St Paul's Cathedral. Ini merupakan kali pertama permakaman negara diadakan untuk orang biasa semenjak Arthur Wellesley, 1st Duke of Wellington lebih 100 tahun dahulu. Atas permintaan Winston Churchill, dia dikebumikan di tanah keluarga di Saint Martin's Churchyard, Bladon, Woodstock, Inggris.


Didahului oleh:
Neville Chamberlain
Perdana Menteri Britania Raya
1940–1945
Diteruskan oleh:
Clement Attlee
Didahului oleh:
Clement Attlee
Perdana Menteri Britania Raya
1951–1955
Diteruskan oleh:
Sir Anthony Eden