Semenanjung Malaya
Semenanjung Malaya, Semenanjung Melaka, atau Semenanjung Melayu (Jawi: جزيره ملايا) adalah semenanjung besar di daerah Asia Tenggara. Pada peta-peta Ptolemeus semenanjung ini dianggap sebagai chersonesus aurea (bahasa Latin, berarti "semenanjung emas"). Negarakertagama menyebutnya sebagai Ujung Medini.
Ujung selatan benua Eurasia ini terbentang dari utara ke selatan. Titik tersempitnya ialah Tanah Genting Kra. Bahagian pesisir barat daya terpisah dari pulau Sumatera oleh Selat Malaka. Di seberang timur Laut Cina Selatan terletaklah pulau Kalimantan.
Nama semenanjung ini berasal dari nama suku Melayu. Namun, kini para ahli sejarah dan filolog (pakar naskah kuno) bersepakat bahawa ketetapan masyarakat Melayu di semenanjung secara umum.[1]
Daerah ini terbahagi secara politis :
- daerah barat laut ialah bahagian selatan Myanmar
- wilayah tengah dan timur laut ialah bahagian selatan Thailand
- yang selatan ialah bahagian Malaysia yang disebut Malaysia Barat
- di ujung selatannya terletak Singapura.
Catatan
- ^ K. Adelaar, "Where does Malay come from? Twenty years of discussions about homeland, migrations and classifications", Bijdragen tot de Taal-, Land- en Volkenkunde 160 (2004), no: 1, Leiden, 1-30