Doa dan rawatan penyakit:- Doa memilih waktu dan tempat. a.Waktu Selain daripada sifat-sifat yang perlu dimiliki untuk memperoleh kemakbulan doa,terdapat waktu-waktu tertentu yang diistilahkan sebagai waktu mustajab dimana doa itu perlu dipohon: 1)Pada bulan Ramadhan terutamanya pada malam lailatulqadar. 2)Di waktu malam iaitu pada 1/3 malam daripada malam yang terakhir.Sesungguhnya pada ketika ini ada 1 waktu,apabila seseorang muslim itu memohon,berdoa kepada Allah & tepat pada waktunya,nescaya Allah memperkenankannya Berdoa pada 1/3 malam yang terakhir itu menpunyai harapan yang lebih baik untuk dikabulkan. 3)Pada hari Arafah. 4)Pada hari Jumaat ada 1 waktu yang dinamakan waktu Mustajab.Apabila seseorang hamba itu berdoa & doa itu bertepatan dengan waktu ini.Allah akan memperkenankannya. 5)Malam 2 hari raya & malam pertama bulan Rejab. 6)Doa yang dilakukan selepas waktu sembahyang Fardu: a.waktu antara azan & kamat. b.ketika sujud. C.selepas waktu asar b.Memilih tempat berdoa. Berdoa boleh dilakukan dimana-mana,kecuali di tempat-tempat yang dilarang seperti di bilik air atau ditempat-tempat kotor.Sesungguhnya Allah S.W.T sentiasa berada bersama-sama hambanya biarpun dimana manusia itu berada.Walaupun demikian,terdapat tempat-tempat tertentu yang mempunyai kelebihan berbanding dengan tempat-tempat lain. 1.Di Mekah,iaitu di kawasan Masjidil Haram.Tempat yang paling utama ialah di Kaabah iaitu di Multazam(kawasan antara pintu Kaabah dan penjuru Hajarul Aswad),di sekeliling Kaabah ketika tawaf & di Rukun Yamani). 2.Tempat lain ialah di Arafah iaitu ketika wukuf ketika sa'iy diantara Bukit Safa & Marwah di Musdalifah di Masy'aril Haram di Mina & di 3 tempat jamarah ketika melontar. c.Adab-adab berdoa. 1.Dalam keadaan mengadap kiblat dengan tenang hati. 2.Dengan rendah diri & suara yang sederhana kuatnya. 3.Yakin kemakbulan doa yang dipohon & baik sangka bahawa Allah maha berkuasa untuk memperkenankan doa. 4.Berulang kali Rasulullah S.A.W menyuruh seseorang itu berdoa sebanyak 3 kali,begitu juga ketika meminta. 5.Penuh harapan.Bukan dengan ala kadar. d.Tertib doa

Rawatan gangguan makhluk halus menurut al-quran dan as-sunnah:-