MABBIM
Majelis Bahasa Brunei Darussalam – Indonesia – Malaysia atau singkatannya MABBIM adalah sebuah majlis yang ditubuhkan untuk merancang dan memantau perkembangan bahasa Melayu/Indonesia di rantau ini.
MABBIM ialah sebuah badan kebahasaan serantau yang dianggotai oleh tiga negara, iaitu Negara Brunei Darussalam, Indonesia dan Malaysia. Asalnya badan ini dinamai Majelis Bahasa Indonesia - Malaysia (MBIM), yang didirikan pada tanggal 29 Desember 1972, setelah satu Pernyataan Bersama ditandatangani oleh Allahyarham Tun Hussein Onn, Menteri Pendidikan Malaysia, dan Bapak Mashuri Saleh S.H. Menteri Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia, pada 23 Mei 1972 di Jakarta. MBIM menjadi MABBIM apabila negara Brunei Darussalam menjadi anggota Majelis ini pada 4 November 1985. Manakala, Singapura masih menjadi negara pemerhati Majelis sehingga kini.
Lagu MABBIM
http://dbp.gov.my/mab2000/lagu.html