Taoisme
Taoisme (Tionghua: 道教 atau 道家 ) juga diejakan Daoisme, diprakarsai oleh Laozi (老子;pinyin:Lǎozǐ) sejak akhir Zaman Chunqiu. Taoisme merupakan ajaran Laozi yang berasaskan Daode Jing (道德經,pinyin:Dàodé Jīng). Pengikut Laozi yang terkenal adalah Zhuangzi (庄子) yang merupakan tokoh penulis kitab yang judul Zhuangzi.
Riwayat hidup Laozi
Menurut kitab Shiji[[1]], (史記;pinyinShĭjì), nama aslinya Lier (李耳;pinyin:LĭĚr), nama sopanya Boyang (伯阳) dan nama almarhum kehormatannya Dan (聃). Terdapat segolongan sarjana mengatakan Boyang dan Dan adalah nama sopan beliau[[2]]. Laozi (SM570~SM470) [[3]], dilahirkan di provinsi Ku(苦县), Chuguo (楚国), sekarang dikenali Provinsi Henan. Beliau merupakan ketua pustakawan Chuguo, Dinasti Zhou, masa kejawatan, beliau banyak mendapat manfaat dengan membaca kitab-kitab setra catatan-catatan historis, sehingga beliau mencapai keinsafan wawasan.
Kemasyhuran beliau luas tersebar sehingga kenalan Kong Hu Cu. Menurut catatan Zhuangzi, Kong Hu Cu pernah berjumpa dengan Laozi untuk meminta ajar kesopanan. Terdapat lukisan-lukisan berdasarkan kisah ini. [[4]]. Dengan ini, terdapat persangkaan Kong Hu Cu adalah lebih muda kurang lebih 20 tahun daripada Laozi. [[5]]. Menurut rujukan Zhuangzi [[6]] , kali pertama Kong Fu Cu berjumpa dengan Laozi pada usia 17 kemudiannya pada usia 34, perjumpaan ketiga berada di Xiangyi (相邑) serta semasa berusia 51 dan 66.
Pada waktu keruntuhan Dinasti Zhou, Laozi meletak jawatan dan meninggalkan negerinya dengan koaknya. Ketika beliau tiba di Kastam Hangu (函谷关), Guan Yixi (关尹喜) meminta beliau meninggalkan filsafat dalam bentuk tulisan. Atas permintaan Guan Yixi, Laozi meninggalkan dua karya yang berjudul Dao dan De sebelum meninggalkan Chuguo. Kedua-dua kitab digabungkan dan diperkenalan sebagai Daode Jing yang kepunyaan 5000 huruf Tionghua dalam 81 bab.
Argumen dan Legenda
Terdapat banyak legenda mengenai Laozi yang masih terlibat dalam argumen orang ramai. Argumen dan Legenda yang berkenalan adalah seperti berikut:
- Laozi berada dalam perut ibudanya selama 82 tahun dan dilahirkan dalam keadaan tua. Oleh itu digelarkan sebagai Laozi yang berarti Budak Tua.
- Laozi berusia 200 tahun
- Perjumpaan Kong Hu Cu dengan Laozi
Taoisme sebelum Dinasti Qin
Selepas Zaman Chunqiu, adalah Zaman Berperangan dimana Tiongkok terbagi-bagi menjadi beberapa kerajaan yang berasing-asingan sehingga Shihuangdi menyatukan kesemua kerajaan dan membentuk Dinasti Qin. Sebelum Dinasti Qin, Taoisme merupakan filsafat Laozi dan Zhuangzi tetapi bukan agama. Taoisme yang mementingkan kesehatan, pernah mendiskusikan“hidup abadi” dalam konteks ajaran serta ia dijadikan dasar perkembangan menjadi dewa untuk mencapai keabadian. [[7]].
Agama Dao dan Daojia
Kini, agama Dao(道教) dan Daojia(道家) tidak kepunyaan perbezaan, kedua-duanya berarti sama iaitu Taoisme, berbeza pada purbakala.
Agama Dao merupakan ajaran-ajaran Laozi-Zhuangzi yang dijadikan agama untuk didewakan orang ramai. Agama Dao mengandungi misteri untuk menjadi dewa, ia lebih bersifat kemanusiaan, ia berpotensi memenuhi keperluan rohaniah manusia. Dalam agama Dao, Laozi didewakan sebagai Taishanglaojun (太上老君); kitab-kitab Daode Jing dan Zhuangzi menjadi kitab suci untuk dipelajari.
Daojia adalah pusat pengkajian filsafat dalam Daode Jing dan Zhuangzi, ia tidak mengandungi misteri dan tidak mendewakan apa-apa. Daojia digolongkan kepada tiga generasi iaitu “Daojia sebelum Qin” (先秦老庄道家),”Qin-han Daojia” (秦汉黄老道家) dan ”Wei-jin Daojia” (魏晋玄学道家). Selepas Wei-jin, Daojia tidak lagi wujud secara bersendirian tetapi diresap dalam Agama Dao dan diperkenalkan sebagai Taoisme kini. [[8]]
Ajaran Taoisme
Taoisme adalah berasalkan "Dao" (道) yang berarti tidak berbentuk, tidak terlihat tetapi merupakan asas atau jalan atau cara kejadian kesemua benda hidup dan benda-benda alam semesta dunia. Dao yang wujud dalam kesemua benda hidup dan kebendaan adalah De (德). Gabungan Dao dengan De diperkenalkan sebagai Taoisme merupakan asasi alamiah. Taoisme bersifat tenang, tidak berbalah, bersifat lembut seperti air, dan berabadi. Keabadian manusia adalah apabila seseorang mencapai kesedaran Dao dan akan menjadi dewa. Penganut-penganut Taoisme mempraktekan Dao untuk mencapai kesedaran Dao dan juga mendewakan.
Taoisme juga memperkenalkan teori Yinyang (阴阳), dalam Daode Jing Bab 41:
Berarti: Dao melahirkan sesuatu, yang dilahirkan itu melahirkan Yin dan Yang, Yinyang saling bertindak balas menghasilkan tenaga atua kuasa, dengan adalah tenaga ini, hasil jutaan benda di dunia. Setiap benda dalam alam, samada hidup atau tidak, mengandungi Yinyang yang saling bertindak untuk mencapai keseimbangan.
Yin dan Yang dengan saintifiknya diterjemahkan sebagai negatif dan positif. Setiap benda adalah dualisme, terdapat positif mesti adanya negatif; tidak bernegatif dan tidak berpositif jadinya kosong, tidak ada apa-apa. Bahkan magnet, magnet kepunyaan positif dan negatif, kedua-dua sifat tidak bisa diasingkan; tanpa positif, tidak wujudnya negatif, tidak jadinya magnet.
Lambang Yinyang
Lambang Yinyang yang paling populer adalah Lambang Xiantian Taiji (先天太極圖) atau Yinying Yu (阴阳魚) diperkenalkan oleh Lai Zhide (來知德; tahun 1525~1604). Sejarah kajian dan perkembangan Lambang Yinyang boleh dikatakan sejak awal Dinasti Song sehingga abad ke-15. Antara yang populer adalah Chentuan (陳摶) dan Chou Dunyi (周敦頤). Lambang asli adalah Lambang Wuji(無極圖) oleh Chentuan pada awal Dinasti Song, kemudiannya dimajukan oleh Chou Dunyi dan memperkenalkan Lambang Taiji (太極圖).
Perkembangan berasaskan Taoisme
Bidang-bidang yang dikembangkan berasakan Taoisme termasuk Taiji, Qigong, bidang medis, kesehatan, ilmu kimia, muzik dan sebagainya. Salah satu Kesatuan Taoisme Tiongkok kepunyaan kumpulan kitab-kitab hasil kajian Taoisme. Kitab-kitab tersebut merangkumi ajaran asli Taoisme, peraturan Taoisme, Qigong serta kajian-kajian medis, kesehatan, ilmu kimia, muzik dan lain-lain. [[9]]
Cabang-cabang Taoisme
Perkembangan Taoisme selama 2000 tahun ini, terwujud beberapa cabang Taoisme. Antara cabang-cabang yang terkenal adalah:
- Wudoumi Dao (正一盟威道 atau 五斗米道)
- Qingshui Dao(清水道)
- Tianxing Pai (天心派)
- Fulu Pai (符箓派)
- Qingwei Pai (清微派)
- Lijia Dao (李家道)
- Shangqing Pai (上清派)
- Zhongxuanxie Pai (重玄学派)
- Jingming Dao (净明道)
- Taiyi Jiao (太一教 atau太乙道)
- Xuan Jiao (玄教)
- Wudang Pai (武当派)
- Zhong Pai (中派)
- Xi Pai (西派)
- Danding Pai (丹鼎派 atau 金 丹 道 教, Jindan Daojiao)
- Yujun Dao (于君道)
- Bojia Dao (帛家道)
- Lingbao Pai (灵宝派)
- Donghua Pai (东华派)
- Louguan Dao (楼观道)
- Lushan Pai (闾山派)
- Shengxiao Pai (神霄派)
- Dadao Jiao (大道教 atau 真大道教)
- Yuxian Pai (遇仙派)
- Quanzheng Dao (全真道)
- Nanwu Pai (南无派)
- Longmen Pai (龙门派)
- Pidong Zhong (碧洞宗)
- Dong Pai (东派)
Lihat pula:
Pranala luar
- Laozi dalam Shiji
- http://www.chinataoism.org/showtopic.php?id=1066
- http://www.chinataiwan.org/web/webportal/W5267121/Uniulq/A241589.html
- http://www.chinaculture.org/gb/cn_zgwh/node_1831.htm - Bacaan selanjutnya
- http://www.chinaculture.org/gb/cn_madeinchina/2005-09/29/content_73461.htm
- http://www.chinataoism.org/showtopic.php?id=270
- Zhuangzi pada Kong Hu Cu
- Daode Jing
- http://www.bamboosilk.org – Rujukan selanjutnya
- http://www.laozi.net/axt/ - Rujukan selanjutnya
- http://www.taoculture.org/news/ReadNews.asp?NewsID=212 – Rujukan selanjutnya
- | Cerita semasa Laozi meninggalkan Chuguo.
- http://www.zhongguotongcuhui.org.cn/06tybbs/next040130.htm - Taoisme
- http://www.gb.taoism.org.hk/general-taoism/origin&formation-of-taoism/pg1-1-1-3.htm
- http://www.gb.taoism.org.hk/general-taoism/origin&formation-of-taoism/pg1-1-1-5.htm
- http://www.gb.taoism.org.hk/general-taoism/origin&formation-of-taoism/pg1-1-1-6.htm
- http://www.taoist.org.cn/xinyang/daode.htm
- http://www.taoist.org.cn/jingdian/
- Penerangan Daode Jing
- http://www.taoism.org.hk/taoist-beliefs/yin-yang&the-supreme-ultimate/pg2-3-2-2.htm
- http://ohm.ec.kuas.edu.tw/~586209/i1_1.htm