Upin & Ipin
Upin dan Ipin adalah sebuah film animasi anak-anak yang dirilis pada tahun 14 September, 2007 di Malaysia di siarkan di TV9 dan diproduksi oleh Les' Copaque. Awalnya film ini bertujuan untuk mendidik anak-anak agar menghayati bulan Ramadhan. Kini Upin dan Ipin sudah mempunyai tiga musim. Di Indonesia Upin dan Ipin hanya hadir di TPI. Di Turki, Upin dan Ipin disiarkan di Hilal TV. Film ini berdurasi 5-7 menit setiap episodenya. Kartun ini tayang setiap hari di TV9 pukul 16.30. Dan di TPI tayang setiap hari Jumat dan Sabtu pukul 18.00 WIB.
Upin & Ipin | |
---|---|
Genre | Animasi |
Pengembang | Les' Copaque Productions Sdn Bhd |
Sutradara | Mohd Nizam bin Abd Razak |
Pengisi suara | Nur Fathiah Diaz Noor Ezdiani bt. Ahmad Fauwzi Hjh. Ainon Bt. Ariff Ida Rahayu bt Yusoff |
Penggubah lagu tema | Yuri Wong |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa asli | Bahasa Malaysia |
Jmlh. musim | 3 |
Jmlh. episode | 50 |
Produksi | |
Produser | Haji Burhanuddin bin Md Radzi Hajjah Ainon binti Arifi |
Durasi | 5 minit per episod |
Rilis asli | |
Jaringan | TV9 |
Rilis | 14 September 2007 |
Siaran TV
Malaysia
- Musim pertama: 6 episode, Ramadan 2007, TV9
- Musim ke-2 (Upin & Ipin: Setahun Kemudian): 12 episode, Ramadan 2008, TV9
- Musim ke-3 (Upin & Ipin dan Kawan-kawan): 42 episode, 2009–2010, TV9
- Musim pertama: 6 episode, Ramadan 2007, TVRI (serentak dengan Malaysia)
- Musim ke-2: 12 episode, Ramadan 2008, TPI
- Musim ke-3: 2009–2010, TPI
- Musim pertama: Hilal TV, Ramadan 2008 (alih suara bahasa Turki)[1]
Upin dan Ipin di Youtube =
Upin dan Ipin dapat ditonton di YouTube dengan akun resmi yaitu "upinipinlcp" yang dikendalikan oleh pihak Les' Copaque. Sehabis episode 24 pada musim ke-3 Upin dan Ipin.
VCD / DVD
- Upin & Ipin (ep. 1-6), 2007
- Upin & Ipin: Setahun Kemudian (Edisi Ramadhan) (ep. 7-12), 2008
- Upin & Ipin: Setahun Kemudian (Edisi Syawal) (ep. 13-18), 2008
- Upin & Ipin dan Kawan-kawan Vol. 4 (ep. 19-12), Jun 2009[2]
Tokoh
- Upin (Nur Fathiah Diaz)
- Upin ialah abang kembar Ipin, hanya lima menit lebih tua. Dia lebih banyak bicara dan selalu mendalangi perangai anak kembar ini. Dia dapat dibedakan dari adiknya melalui sehelai rambut di kepalanya.
- Ipin (Nur Fathiah Diaz)
- Ipin ialah adik kembar Upin. Dia dikenali karena sering mengulang perkataan sebagai tanda setuju . Dia amat menggemari ayam goreng.
Upin dan Ipin merupakan anak yatim piatu, seperti yang dipaparkan di episode 6, saat mereka sekeluarga menziarahi makam ibu dan ayah mereka.
- Kak Ros (Noor Ezdiani bt. Ahmad Fauwzi [musim 1]; Ida Shaheera [musim 2])
- Ros adalah kakak Upin dan Ipin. Dari luar ia nampak garang tetapi sebenarnya dia seorang kakak yang pengasih. Dia suka mempermainkan adik-adiknya.
- Mak Uda atau Nenek Uda (Hjh. Ainon Bt. Ariff)
- Mak Uda adalah nenek Upin, Ipin dan Ros. Dia berhati bersih dan sering memanjakan Upin dan Ipin. Ia mengetahui banyak hal duniawi dan keagamaan.
- Fizi (Ida Rahayu Yusoff)
- Fizi adalah teman Upin dan Ipin. Dia bersifat penuh keyakinan dan amat dimanjakan orangtuanya. Terkadang dia kelihatan suka besar mulut, tetapi sebenarnya baik hati dan menyayangi orangtuanya.
- Ehsan (Mohd. Syahmid bin Abdul Hamid)
- Ehsan ialah sepupu Fizi. Meskipun suka makan, menyendiri, cakap dan cerewet, dia tetap seorang teman setia. Tetapi, dirumahnya ia dipanggil Bobob. Sedangkan oleh Fizi ia terkadang dipanggil intan payung atau anak manja.
- Rajoo (Kannan a/l Rajan)
- Rajoo ialah berketurunan India. Ia lebih tua lima tahun dibandingkan keduanya. Oleh karena itu seolah-olah ia menjadi kakak kepada mereka. Mereka bertiga selalu bermain bersama di kampung mereka.
- Mei Mei (Yap Ee Jean / Tan Ying Sowk)
- Mei Mei ialah berketurunan Cina, dia seorang teman sepermainan dan juga teman sekelas Upin dan Ipin. Selain cantik dan banyak menyayanginya, ia selalu menjadi yang paling waras di kalangan kawan-kawannya. Mei-Mei adalah anak terpintar di kelasnya.
- Mail (Mohd Hasrul)
- Mail adalah seorang teman sekelas Upin dan Ipin. Dia juga turut serta dalam pekerjaan nakal adik beradik kembar ini tetapi ia gegabah dan sulit memberi tumpuan. Sepanjang bulan Ramadhan, musim kedua, Mail susah menunaikan puasa walaupun sudah cukup umur, tetapi dia juga membantu ibunya menjual makanan di Pasar Ramadhan. Di kelasnya dan di kalangan teman-temannya ia dijuluki Mail 2 seringgit.
- Jarjit (Mohd Syafiq)
- Jarjit adalah dari keturunan Sikh Benggali. Dia adalah teman sekelas Upin dan Ipin.Dia selalu ikut serta dalam permainan anak-anak lain, namun setiap kali terjadi sesuatu yang menyebabkannya ditinggalkan. Dia pandai berpantun dan berteka-teki.
- Cikgu Jasmin atau Bu Guru Jasmin (Jasmin Ally)
- Guru kelas Upin dan Ipin dan kawan-kawan di sekolah Tadika. Di episode ke 9, dia terlihat tidak berpuasa ketika bulan Ramadhan dengan sebab-sebab yang tidak jelas. Mungkin karena sedang datang bulan.
- Dato tuan Dalang Rangi
- Paman Upin dan Ipin yang merupakan adik ayah mereka. Dia adalah orang yang baik terhadap dua saudara kembar itu. Dia sangat kaya akan tetapi dia sangat malas karena ia sering menyuruh keduanya untuk membersihkan rumahnya.
- Badrol (Amir Izwan)
- Cucu Dato tuan Dalang Rangi. Ia merantau ke Kuala Lumpur untuk meneruskan pendidikannya. Meski sangat ceroboh, dalam salah satu episode Badrol sangat menyukai Kak Ros.
- Susanti
- Teman Upin dan Ipin yang merupakan pindahan dari Indonesia. Baru tinggal di Malaysia ini, dan belum terbiasa dengan obrolan anak-anak lainnya. Pertama kali muncul pada episode "Berpuasa Bersama Kawan Baru". Nampaknya diam-diam Mail tertarik dengan Susanti.
- Dzul (Mohd Amirul Zarizan) & Ijat (Muhammad Izzat Ngathiman)
- Dua orang teman sekelas Upin dan Ipin yang sentiasa muncul secara berdampingan karena Ijat buta aksara sehingga dia memerlukan bantuan Dzul untuk "menterjemahkan" kata-katanya.
Episode
Artikel ini perlu diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Indonesia. |
Musim pertama (2007)
Musim pertama Upin & Ipin disiarkan pada 7.30 malam Jumaat, Sabtu dan Ahad. Tempoh antara 22 September dan 11 Oktober pula diisi ulang tayang.
# | Tajuk | Siaran perdana | Ringkasan |
---|---|---|---|
1 | Esok Puasa Versi Turki: Ramazan ayı yarın başlıyor |
14 September 2007 | Upin dan Ipin yang mencecah usia lima tahun mula mengenali erti "puasa" dan ingin tahu tujuan dan faedah berpuasa seperti mana kanak-kanak Muslim lain yang sebaya dengan mereka. Opah dan Kak Ros sedia menerangkan erti dan tujuan berpuasa kepada mereka. Maka, inilah kali pertama adik-beradik kembar ini bersahur dan berpuasa. |
2 | Dugaan Versi Turki: Şeytana Uyma |
15 September 2007 | Sesungguhnya sukar bagi anak-anak muda seperti Upin dan Ipin yang cergas dan nakal berpuasa buat kali pertama. Mereka selalu terlupa ibadah puasa mereka apabila bangun pagi atau setelah bermain ketika cuaca panas terik, sehingga kawan-kawan mereka yang bukan Islam pun terpaksa mengingatkan mereka. |
3 | Nikmat Versi Turki: Nimet |
16 September 2007 | Tiba waktunya Upin dan Ipin berbuka puasa setelah mengharungi pelbagai dugaan pada hari pertama mereka berpuasa. Memang teruja dan tidak sabar mereka berdua menunggu saat menikmati hidangan lazat sempena malam berbuka puasa. Usaha puasa mereka akhirnya berhasil apabila mereka menikmati makanan sehingga kenyang. Selepas itu, kedua-dua mereka tertidur sambil terlupa rancangan untuk ke surau. |
4 | Terawih Versi Turki: Teravih |
21 September 2007 | Peluang Upin dan Ipin mengikut Opah dan Kak Ros ke surau untuk sembahyang terawih tercapai juga setelah beberapa hari berpuasa. Doa terawih sempena Ramadan ini seolah-olah menjadi peluang kanak-kanak bermain bersama kawan-kawan dan bukannya beribadah, tidak terkecuali Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka. Setelah berkongsi pengalaman berpuasa, mereka pun bermain juga. Akhirnya keseronokan kanak-kanak itu berakhir setelah Kak Ros mengarahkan mereka turut serta dalam sembahyang. |
5 | Esok Raya Versi Turki: Arefe |
12 Oktober 2007 | Opah cuba meyakinkan Upin dan Ipin bahawa ibadah puasa itu satu kewajipan yang akan diberi pahala oleh Allah setelah menamatkan riwayat. Adalah menjadi kebiasaan zaman sekarang bahawa ibu bapa memberi anak-anak duit sebagai ganjaran tanpa mengajar mereka menghayati erti puasa. |
6 | Hari Raya Versi Turki: Bayram |
13 Oktober 2007 | Kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di rumah adik-beradik itu untuk beraya bersama. Mereka semua yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menikmati hidangan yang disediakan Opah. Setelah makan, mereka semua berkongsi pengalaman berpuasa sementara Opah yang sentiasa ada untuk memberi nasihat dan galakan kepada mereka untuk berpuasa pada tahun-tahun akan datang. |
Upin & Ipin: Setahun Kemudian (2008)
Musim kedua pula disiarkan pada pukul tujuh malam setiap episod. Musim kali ini terdiri dari 12 episod, yang separuh pertama disiarkan pada hari Jumaat, Sabtu dan Ahad sepanjang bulan Ramadan (tayangan pertama di separuh awal bulan, ulangan di separuh akhir bulan) dan separuh lagi sempena Hari Raya Aidilfitri dari 1 hingga 6 Syawal.
# | Tajuk | Siaran perdana | Ringkasan |
---|---|---|---|
7 | Tadika | 5 September 2008 | Berlalunya setahun jagung sejak musim lalu, Upin dan Ipin sudah bersekolah di Tadika Mesra. Banyak juga kawan baru tetapi mereka masih bernakal lagi. Fizi dan Upin menarungkan labah-labah belaan mereka di kelas sebelum pelajaran bermula. Sewaktu belajar, Cikgu Jasmin mengingatkan ketibaan Ramadan, lalu Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan pengalaman berpuasa mereka. |
8 | Anak Bulan | 6 September 2008 | Upin dan Ipin teruja dan ingin tahu bila bermulanya Ramadan, maka mereka bertanya kepada Kak Ros, maka Kak Ros menerangkan mereka bahawa Ramadan bermula sebaik anak bulan kelihatan. Dengan rasa kagum akan pengetahuan baru ini, adik-beradik itu pun berjaga untuk mencari anak bulan malam itu, tetapi memanglah rancangan mereka tidak menjadi. |
9 | Adat | 7 September 2008 | Upin dan Ipin bertanya kepada neneknya mengapa Cikgu Yasmin tidak berpuasa. Kak Ros menjawab pertanyaan adik-adiknya itu dengan berkata bahawa perempuan diberi cuti oleh Allah kerana Allah sayangkan perempuan. Upin dan Ipin masih tidak percaya. Petang itu, neneknya memberi bekal untuk Upin dan Ipin beri kepada Tok Dalang. Upin bertanya kenapa; Neneknya menjawab bahawa itu adalah adat. |
10 | Tamak | 12 September 2008 | Kak Ros membawa Upin & Ipin ke Pasar Ramadan untuk membeli makanan untuk berbuka puasa. Kak Ros memberikan duit kepada adik-beradik kembar itu untuk membeli satu barang sahaja, tetapi mereka terlebih beli ayam goreng sehingga cukup untuk memenuhi meja makan, sehingga setibanya waktu makan, mereka tidak terdaya untuk menghabiskan semua ayam yang dibeli mereka itu. |
11 | Lailatul Qadr | 13 September 2008 | Upin dan Ipin menghayati erti Lailatul Qadr dari Opah. mereka bercadang untuk berada dalam surau selepas terawih untuk mengkaji al-Qur'an. Sementara itu, Ehsan dan Fizi tiba di surau lalu mengajak Upin dan Ipin bermain bunga api, tetapi adik-beradik itu menolak pelawaan mereka. Semenatara itu, kedengaran juga bunyi letupan mercun. |
12 | Kisah & Tauladan | 14 September 2008 | Rakan-rakan kelas Upin dan Ipin heboh pasal tangan Fizi yang berbalut, jadi Fizi menceritakan apa yang berlaku malam semalamnya. Mael pula didapati minum di khalayak ramai siang hari bulan puasa. Cikgu Jasmin pun masuk ke kelas dan membincangkan sebab dan manfaat berpuasa. Setelah kelas tamat semua pun bermaaf-maafan. |
13 | Sayang Kak Ros | 1 Oktober 2008 | Upin dan Ipin mendesak agar Kak Ros dan Opah membeli baju baru untuk mereka sempena hari raya kelak, tetapi kecewa kerana Kak Ros enggan membeli baju baru. Di luar rumah, Upin & Ipin membincangkan persiapan raya bersama rakan-rakan. Apabila Fizi menunjuk-nunjuk baju barunya, Upin & Ipin berasa tertekan. Rupa-rupanya Kak Ros bukannya membeli, sebaliknya menjahit baju baru untuk adik-adik kesayangannya. |
14 | Ketupat | 2 Oktober 2008 | Opah mengajak Upin dan Ipin membantu menganyam ketupat bersama Kak Ros. Sambil menganyam, mereka berempat saling membincangkan khabar persiapan raya kawan-kawan mereka. Upin & Ipin bermain-main dengan membuat ketupat berbentuk lain. Kak Ros menegur mereka kerana cara mereka salah, tetapi diejek balik pula kerana ketupat bawangnya. |
15 | Zakat Fitrah | 3 Oktober 2008 | Dengan menceritakan kegiatan di surau tadi, Upin dan Ipin mengingatkan Opah agar membayar zakat fitrah. Mereka bertiga bergegas ke surau, tetapi surau sudah kosong, jadi mereka ke rumah Tok Dalang untuk membereskan kewajipan zakat mereka. Wang zakat diserahkan Opah ke tangan Tok, dan dari Tok ke tangan Upin jua. Sewaktu berkua puasa, Opah menceritakan tujuan membayar zakat fitrah iaitu sebagai memperingati golongan kurang bernasib baik sempena bulan Ramadan. |
16 | Malam Syahdu | 4 Oktober 2008 | Sudah tiba malam raya, maka terawih diganti takbir. Upin dan Ipin tengah bermain bunga api tetapi disampuk Kak Ros menyuruh mereka menyediakan tikar. Lamanya masa yang diambil mereka untuk meratakan tikar sehingga Kak Ros terpaksa menegur mereka sekali lagi. Rupa-rupanya tikar ini sebagai alas penduduk kampung melatih takbir. Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin bertakbir di surau, dengan izin Opah. |
17 | Pagi Raya | 5 Oktober 2008 | Pada waktu pagi 1 Syawal, Upin dan Ipin bermaaf-maafan dengan Opah dan Kak Ros. Selepas takbir sesi pagi, mereka mengajak kawan-kawan ke rumah mereka untuk menikmati juadah raya. Ketika makan, Mael meluahkan rasa kesal kerana gagal memenuhi kewajipan berpuasa sepanjang Ramadan lalu, namun dimaafkan Opah jua asalkan dia tetap ada berbuat baik sepanjang bulan mulia itu. |
18 | Berkat | 6 Oktober 2008 | Upin dan Ipin membantu menghantar makanan ke rumah Tok Dalang. Setibanya di sana, Tok pun mengajak Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka mencuba hidangan istimewanya iaitu ketupat berbentuk lembu. Selepas itu, Tok memberikan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir di rumahnya. |
Upin & Ipin dan Kawan-Kawan (2009)
Musim ketiga Upin & Ipin bermula pada 2 Februari 2009, kali ini menampilkan kisah hidup seharian Upin dan Ipin bersama rakan-rakan mereka yang penuh imaginasi. Mula-mulanya untuk sembilan episod pertama, keluarnya tiga episod untuk ditayangkan pertama kali pada jam 5:30 petang Isnin, Selasa dan Rabu, diulang tayang pada hari Khamis, Jumaat dan Sabtu waktu yang sama, dan digabungkan balik menjadi satu selama setengah jam pada jam 5:30 petang hari Ahad. Kemudian, siri direhatkan hingga bulan Mei untuk ditayangkan episod baru dan ulangan pada Khamis, Jumaat, Sabtu dan Ahad, sebelum kembali ke siaran setiap hari sempena bulan Ramadan.
# | Tajuk | Siaran perdana | Ringkasan |
---|---|---|---|
1 | Air Kolah, Air Laut (bhg 1) | 2 Februari 2009 | Hujan lebat membosankan Upin & Ipin, namun Opah mengajar bahawa hujan itu rahmat dari Tuhan. Senyap-senyap, Upin & Ipin merancang sesuatu yang memerlukan imaginasi, iaitu membayangkan diri mereka merupakan dua pahlawan yang hendak menyelamatkan Puteri Mei Mei dari genggaman Jarjit si lanun. |
2 | Air Kolah, Air Laut (bhg 2) | 3 Februari 2009 | Ketika Hang Upin dan Hang Ipin berlawan pantun dengan Jarjit si lanun, mereka dicelah oleh serangan Kak Ros. Rupa-rupanya mereka berdua bermain kapal kertas di bilik mandi. |
3 | Basikal Baru (bhg 1) | 4 Februari 2009 | Mael, Ehsan, dan Mei Mei memperagakan basikal baru di hadapan Upin dan Ipin. Walaupun seronok kejar-mengejar namun Upin dan Ipin terpaksa memecut dengan kaki, jadi mereka pun dahagakan basikal sendiri. |
4 | Basikal Baru (bhg 2) | 9 Februari 2009 | Pada hari kemudian, Upin dan Ipin melawat Tok Dalang untuk memasang basikal baru yang khas untuk ditunggang mereka berdua. Kawan-kawan mereka tertarik dengan basikal itu sehingga Fizi yang tiada basikal lagi meminta Tok Dalang buat basikal baru. |
5 | Berkebun (bhg 1) | 10 Februari 2009 | Kak Ros melarang Upin dan Ipin bermain melainkan mereka turut membantu berkebun. Kawan-kawan Upin dan Ipin pun datang untuk menolong dan memberi tunjuk ajar kepada mereka berdua. |
6 | Berkebun (bhg 2) | 11 Februari 2009 | Upin dan Ipin dan kawan-kawan menemui siput, beluncas dan cacing di kebun. Upin dan Ipin mengejek Mael dengan haiwan-haiwan itu, sementara Mei Mei mengajar baik buruk setiap haiwan itu. Ros menyuruh adik-adiknya menyiram air baja pula, tapi mereka main lagi. |
7 | Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 1) | 16 Mac 2009 | Upin dan Ipin tergamam kerana menggeruni doktor gigi yang hendak melawat tadika, jadi mereka cuba memperdaya Opah agar menyatakan tidak setuju dalam surat kebenaran, tetapi rancangan mereka digagalkan oleh Kak Ros. |
8 | Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 2) | 17 Mac 2009 | Doktor gigi datang melawat, murid-murid semakin takut. Satu demi satu doktor gigi memanggil nama dari pembesar suara di van, murid-murid cuba mencari jalan untuk mencegah "gigi dicabut" pula, kecuali Mael yang menipu dengan menyatakan tidak dalam surat kebenaran.(Dengan cara Menggelar "Ye la nama saya kan Ismail bin Mail.) |
9 | Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 3) | 18 Mac 2009 | Semua murid lega menjalani pemeriksaan gigi. Pada hari keesokannya, Doktor Ravi melawat bilik darjah untuk mengajar murid-murid menjaga kesihatan gigi. Mael tidak hadir, rupa-rupanya kerana sakit gigi. |
10 | Kisah Dua Malam (bhg 1) | 14 Mei 2009 | Upin dan Ipin berkongsi perihal Cikgu Jasmin menegah anak-anak dari berada di luar pada lewat malam kerana ancaman hantu, tetapi Opah membetulkan kenyataan itu sebagai teladan kepada anak-anak agar balik ke rumah awal. Kak Ros mengingatkan adik-adiknya mengenai sebatang pokok kelapa condong yang "berhantu". |
11 | Kisah Dua Malam (bhg 2) | 15 Mei 2009 | Di tadika, Mei Mei menceritakan kisah dirinya bertembung dengan (dipaparkan sebagai Jiang Shi) pada larut malam, rupa-rupanya dipetik dari tontonan DVD. Lepas cerita, Jarjit pula bermain-main hantu. |
12 | Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 1) | 16 Mei 2009 | Hang Upin dan Hang Ipin berjaya menahan Kapten Jarjit dan konco-konconya. Puteri Mei Mei mendedahkan sehelai peta harta karun. Malangnya geng Jarjit terlepas dan menawan kapal Hang Upin dan Hang Ipin. |
13 | Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 2) | 21 Mei 2009 | Hang Upin dan Hang Ipin menaiki perahu nelayan untuk mengejar lanun-lanun untuk merebut peta yang dirampas oleh Jarjit. Ketika mereka bergelut lagi, seekor burung gergasi datang mengganggu dan mencampakkan peta ke arah sebuah pulau. |
14 | Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 2) | 22 Mei 2009 | Daripada berlawan, Puteri Mei Mei bercadang agar Hang Upin, Hang Ipin dan lanun-lanun Jarjit Singh berganding bahu, bersama-sama mencari harta karun di pulau. Mereka perlu bertanding dengan gergasi batu untuk mencapai harta karun buruan mereka. |
15 | Istimewa Hari Ibu (bhg 1) | 23 Mei 2009 | Seluruh bilik darjah heboh membincangkan Hari Ibu yang menjelang, malangnya Upin dan Ipin tiada ibu tersayang. Opah menceritakan serba sedikit kisah ibu Upin, Ipin dan Ros sewaktu hidup. |
16 | Istimewa Hari Ibu (bhg 2) | 7 September 2009 | Upin dan Ipin hendak bermain di rumah kawan, tetapi semua kawan-kawan sibuk mengemas rumah, membuat kek sempena Hari Ibu. Mei Mei sempat menjemput mereka meraikan Hari Ibu bersama. Kak Ros membawa Upin dan Ipin untuk menziarahi dan membersihkan kubur ibu mereka. |
17 | Kami 1Malaysia (bhg 1) | 8 September 2009 | Upin, Ipin dan kawan-kawan leka bermain pistol mainan, sehingga Opah menyuruh mereka semua masuk ke rumah untuk mendengar kisah hidup Opah sewaktu zaman peperangan sebagai pengajaran kepada anak-anak agar bersyukur dengan keamanan negara zaman sekarang. |
18 | Kami 1Malaysia (bhg 2) | 9 September 2009 | Opah memesan Upin, Ipin dan kawan-kawan untuk membawa makanan ke rumah Tok Dalang. Setibanya di situ, mereka memerhati Tok Dalang baru bermula mengecat bendera Malaysia. Apabila Tok Dalang berehat, kanak-kanak semua berganding bahu menyiapkan bendera. |
19 | Seronoknya Membaca (bhg 1) | 21 September 2009 | Mei Mei dan Upin bergilir-gilir membacakan cerita Arnab dan Kura-kura kepada seluruh bilik darjah mengikut buku cerita, diikuti Mail yang begitu kecoh, berpura-pura sudah baca tetapi mereka-reka kesudahan cerita. Ijat dipanggil untuk menyambung cerita, tapi masih tak pandai membaca. |
20 | Seronoknya Membaca (bhg 2) | 22 September 2009 | Ipin dipanggil untuk menamatkan cerita, selepas itu murid-murid menghayati pengajaran dari kisah arnab dan kura-kura. Sebuah perpustakaan bergerak dipandu ke tadika untuk menyemarakkan lagi minat membaca. Sayangnya, Ijat terpaksa mengambil kelas tambahan dari Cikgu Jasmin untuk belajar membaca. |
21 | Seronoknya Membaca (bhg 3) | 23 September 2009 | Setiap murid meminjam sehelai buku dari perpustakaan bergerak. Waktu bermain, Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan buku yang dipinjam. Mei Mei bermegah rajin membaca buku tanpa gambar, tetapi apabila mencuba buku yang dipinjam Ipin tak boleh pula. Rupa-rupanya tulisan Jawi, Tok Dalang bacakan untuk semua. |
22 | Berpuasa Bersama Kawan Baru (bhg 1) | 24 September 2009 | DI gerai Mael, Upin & Ipin bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang lain macam pelatnya, baru pindah ke mari hari kelmarin. Kemudian, mereka menyedekahkan ayam goreng yang dibeli mereka tadi kepada Tok Dalang ketika ada kerja pemasangan talian telefon dan internet di rumahnya. |
23 | Berpuasa Bersama Kawan Baru (bhg 2) | 25 September 2009 | Di tadika, gadis dari gerai Mael semalaman memperkenalkan dirinya sebagai Susanti, yang pindah bersama ibu bapanya dari Jakarta, Indonesia. Selepas waktu sekolah, Upin, Ipin dan Ehsan bergegas ke rumah Tok Dalang untuk menyaksikan kecanggihan Internet bersama cucunya Badrul. |
24 | Selamat Menyambut Lebaran | 26 September 2009 | Badrul dapat menghubungi bapanya yang sibuk di kota agar Tok Dalang boleh menegurnya dari jauh di kampung. Secara mengejut Tajul si bapa Badrul memutuskan talian, dalam masa singkat dia tiba di kampung. Susanti merindui suasana lebaran di negara asalnya, jadi kawan-kawan barunya di Kampung Durian Runtuh menjemputnya untuk menggunakan Internet untuk menghubungi orang-orang tersayang di sana. |
25 | Upin, Ipin & Apin (bhg 1) | 23 November 2009 | Dalam perjalanan pulang ke rumah, Upin, Ipin dan kawan-kawan menemui seekor kucing yang sendirian dalam semak. Ehsan geli dengan kucing, dan Fizi yang sudah membela banyak kucing tidak mampu menampung seekor dalam rumahnya. Oleh itu, Upin dan Ipin menjadi penjaga kucing itu yang diberikan nama Apin oleh mereka berdua, tetapi ditegah oleh Kak Ros. |
26 | Upin, Ipin & Apin (bhg 2) | 24 November 2009 | Rupa-rupanya Kak Ros alah kepada bulu kucing. Mujurlah Opah membenarkan Upin dan Ipin membela Apin, dengan syarat bahawa anak kucing tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Walaupun diberi tempat tidur di ruang bawah rumah, sekali-sekala Apin mencuri masuk ke dalam rumah untuk mengusik kedua-dua pemiliknya. Tidak lama kemudian, Apin akhirnya bertemu semula dengan ibunya, maka Upin dan Ipin menjemput si ibu kucing tinggal bersama. |
27 | Jejak Rembo (bhg 1) | 25 November 2009 | Ketika bermain sorok-sorok bersama kawan-kawan, Upin dan Ipin terserempak dengan Tok Dalang yang tengah mencari ayam jantan belaannya, Rembo. Kebetulan pula kawan-kawan lain mahu berhenti, oleh itu senanglah untuk Upin dan Ipin menolong Tok Dalang dengan penampilan dan kelengkapan detektif olok-olok mereka. |
28 | Jejak Rembo (bhg 2) | 30 November 2009 | Sambil ditunjukkan gambar Rembo, Upin dan Ipin menemui sebelah kasut kanak-kanak di halaman rumah Tok Dalang. Selepas itu, mereka menyoal siasat kawan-kawan sendiri dengan berlagak penyiasat yang tegas: Fizi, Ehsan, Mael, tetapi tiada apa-apa petunjuk baru. Tok Dalang makin tawar hati, tetapi Detektif Upin dan Ipin tidak berputus asa begitu sahaja, apalagi baru menemui tapak kaki kucing. |
29 | Jejak Rembo (bhg 3) | 1 Disember 2009 | Upin dan Ipin menyoal siasat pula Apin, selepas itu Kak Ros, tapi tidak banyak membantu, sekurang-kurangnya Rembo tidak menjadi makanan sesiapa. Tiga helai bulu ayam putih akhirnya menjadi petunjuk mutlak yang membawa mereka ke sebuah kampung berhampiran di mana Rembo terikut seekor ayam betina putih. |
30 | Diri Bersih Badan Sihat (bhg 1) | 2 Disember 2009 | Selepas puas bermain, Upin dan Ipin bertemu dengan Susanti yang kembali ke Kampung Durian Runtuh dengan memakai topeng. Susanti mengajak mereka berdua untuk turut memakai topeng sebagai langkah mencegah penyakit. Di rumah, kak Ros pun mengingatkan adik-adiknya agar mandi sebelum makan. Pada hari keesokannya, seluruh tadika bertopeng, tetapi bukan semuanya melitup mulut. |
31 | Diri Bersih Badan Sihat (bhg 2) | 7 Disember 2009 | Upin dan Ipin ditegur kerana memakai topeng lama yang koyak, hanya boleh dipakai sekali sahaja. Ketika waktu makan, walaupun ditegur kerana kurang menjaga kebersihan, Jarjit enggan mencuci tangan, tambahan lagi berani mengutip ketulan ayam yang tercicir di lantai tanpa disedari. Akibatnya, Jarjit sakit perut ketika bermain pada waktu petang, lalu terpaksa berehat di rumah pada hari keesokannya. |
32 | Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 4) | 8 Disember 2009 | Setelah mendengar penjelasan dari gergasi batu, Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan lain-lain pergi ke arah perkampungan orang asli di sebalik gunung berapi walaupun ditegah gergasi itu. Setelah perjalanan mereka dimudahkan oleh gergasi batu secara senyap-senyap, mereka semua berjaya memasuki kubu orang asli. Di sana, Hang Upin dan Hang Ipin perlu mentafsir lakaran sejarah orang asli pada tembok kubu, kemudian memasang kepingan gambar batu bersama yang lain-lain untuk mencari laluan yang tersembunyi. |
33 | Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 5) | 9 Disember 2009 | Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan kawan-kawan berjaya menyiapkan teka-teki gambar untuk membuka laluan, tetapi mereka dihendap oleh seekor labah-labah gergasi. Ketika mereka semua berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri, Ehsan tersangkut pada sarang labah-labah besar yang melekit, lalu yang lain-lain terpanggil untuk membebaskannya sambil menumpaskan labah-labah itu. |
34 | Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 6) | 14 Disember 2009 | Ketika tidur di keliling unggun api, Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan terjaga oleh hendapan orang asli yang menyedari cerobohan mereka dari dulu. Kebanyakan daripada mereka terselamat kecuali Kapten Jarjit dan si nelayan Dzul yang diheret lalu dihumban ke dalam kurungan orang asli. |
35 | Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bhg 1) | 15 Disember 2009 | Ketika tengah bermain galah panjang, Upin, Ipin dan kawan-kawan tersampuk oleh keluhan Tok Dalang dar dekat. Rupa-rupanya Tok Dalang cuba menghalau seekor tupai dari mengganggu pokok rambutannya. |
36 | Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bhg 2) | 16 Disember 2009 | Mael bercadang untuk membantu Tok Dalang menjual hasil tanaman rambutannya. Pada keesokan hari, kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di halaman rumah Tok Dalang sambil menunggu kedatangan kembar itu, lalu cuba memanjat pokok rambutan tersebut, sehingga datangnya Upin dan Ipin dengan sebatang galah. |
Penghargaan
- 2007
- Festival Film Antarabangsa Kuala Lumpur
- Animasi Terbaik
- 2009
- Anugerah Shout
- Best On-Screen Chemistry
Pembajakan
Artikel ini perlu diterjemahkan dari bahasa Melayu ke bahasa Indonesia. |
Kebanyakan CD, VCD, baju, selipar dan lain-lain yang menggunakan gambar Upin dan Ipin adalah bajakan. Sebenarnya karena adanya pembajakan ini membuat nama animasi ini terkenal tetapi yang mendapatkan keuntungannya ialah orang yang membajaknya dan bukan penciptanya Upin dan Ipin. Ketua Penanggungjawab Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hak Paten, Othman Nawang menyatakan bahwa gambar Upin dan Ipin adalah sebuah karya seni yang merupakan hak paten yang perlu dilindungi menurut Akta Hak Cipta 1987. Jika disabitkan kesalahan, mereka boleh dikenakan denda minimum RM 2,000 untuk setiap helai baju.Di depan sekolah juga terdapat pengedar yang menjual buku-buku Upin Dan Ipin.Cuma bezanya ditambah Y dan H.
Pada 22 Mei 2009, 3,000 helai baju anak-anak bajakan berlatar belakang watak-watak kartun Upin & Ipin bernilai RM30,000 dirampas oleh pegawai dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna di sebuah premis, di Lorong Haji Taib 4, Kuala Lumpur. Premis ini telah lama wujud dan menjadi pembekal barangan cetak rompak kepada peniaga pasar malam seluruh Malaysia.[3]
Pranala luar
Referensi
- ^ Les'Copaque Production; The Official Production Blog
- ^ "Upin & Ipin : Dan Kawan - Kawan (Volume 4) berada di pasaran". Les' Copaque. 17 Jun 2009. Diakses tanggal 29 Ogos 2009.
- ^ 3,000 Baju Tiruan Upin&Ipin Dirampas