Cakra
) Cakra Akar atau Lapisan kesedaran Terbawah
Merupakan lapisan yang paling bawah. Kaitannya dengan energi yang berwarna merah. Jadi dominasinya adalah berwarna merah lapisan yang satu ini berkait dengan kesedaran makanan. Begitu bayi lahir ia mencarikan makanan, menangis untuk mendapatkan makanan (sumber kehidupan).Haiwan akan puas apabila di memakan apa saja, tetapi manusia sudah dapat membezakan makanan.Dengan bangkitnya lapisan kesedaran ini diharabkan anda dapat menilaikan sesuatu tindakan anda dalam membuat sesuatu keputusan.Jadi kaum wanita jangan anda menerima semua lelaki sebagai teman hidup tampa memilih terlebih dahulu.
Wanita yang lapisan kesedaranya merosot akan melakukan apa saja untuk mendapatkan makanan (sumber kehidupan). Dia tidak peduli apa yang akan berlaku, yang penting dia mendapatkan makanan, sanggup menempatkan kepentingan diri diatas kepentingan orang lain (mempunyai kepentingan diri).
Kebangkitan lapisan kesedaran ini akan membentuk jiwa seorang wanita supaya Berani menghadapi realiti kehidupan, berpijak di bumi (berani menghadapi segala ringtangan kehidupan), Tabah, gigih, dan yakin dengan diri sendiri. Biasa nya digambarkan di sekitar Anus (Lubang Dubur) dan tulang Sulbi.
Kriteria yang perlu ada pada diri seseorang yang akan memasuki lapisan kesedaran ini ialah. Anda perlu merasa jenuh dengan kehidupan yang anda alami sekarang. Anda juga harus mempunyai keazaman untuk memperbaiki kehidupan yang anda alami sekarang dan anda harus bersedia untuk menghadapi kehidupan baru anda. Apa bila anda belum bersedia jangan, memaksa diri. Lupakan dulu seketika latihan ini dan lakukan apabila anda telah bersedia.
Misalnya anda belum bersedia meninggalkan urusan jual beli anda, lalu anda mendirikan solat. Apa yang akan terjadi ? Urusan jual beli anda akan mengikuti anda ke Masjid. Anda akan berurusan jual beli dalam pemikiran dan dalam mimpi. Anda tidur, anda lalai dalam solat. Anda berjual beli dalam waktu solat. Anda belum dapat mengendali kan pemikiran. Anda belum dapat memancarkan gelombang lapisan kesedaran yang satu ini. Bagaimana anda akan dapat meneruskan pada tahap lapisan kesedaran yang seterusnya.?
Tip, Bersedialah untuk melayani suami / calon suami dengan sepenuh jiwa dan raga, jangan biarkan sejarah perkahwinan dan percintaan lalu mempengaruhi perhubungan anda pada hari ini. Bersedia untuk menerima si dia dengan keadaan si dia pada hari ini. Jangan menghakimi si dia dengan kehidupan si dia pada masa lalu.
2) Cakra seks
Cakra ini berkait dengan seks, center seks kesedaran ini adalah keperluan manusia yang kedua setelah makanan.Keperluan seks bagi haiwan adalah bersifat biology.Begitu sampai keinginanya.Mereka akan mencari,apabila dapat entah dari mana dari siapa saja mereka akan menikmatinya mereka tidak akan memilih.Ini berbeza dengan manusia.Manusia boleh menahan diri,tetapi pada masa yang sama,naluri yang satu ini juga berkembang lebih jauh membentuk hawa dan nafsu.Keinginan menimbunkan harta dan kedudukan adalah hasil peningkatan dari lapisan kesedaran ini.
Dalam pengertian yang sebenarnya, energi seks adalah energi kreatif. Berada dalam tingkat kesedaran ini, tingkatkan daya kreatif anda. Lakukan sesuatu yang berkait dengan seni, Lapisan kesedaran ini berkait dengan energi berwarna jingga atau oren, Cakra kedua ini membuat wanita itu semakin kreatif, apa bila kreatif wanita tersebut bijak mencari satu peluang, untuk mengatasi persaingan.Wanita itu juga tidak takut sesuatu rintangan, wanita bijak mengendalikan sesuatu keadaan. Apabila tidak digunakan untuk sesuatu yang kreatif, energi ini akan mencari "out let"- pengeluaran melalui organ seks .Itu sebabnya wanita yang tidak kreatif memiliki keinginan seks yang hebat.Wanita beginilah sering terjerumus dalam lembah kehinaan.Latihan ini bukan mengharus kan anda meninggalkan aktiviti seks, tetapi dapat membuatkan indah, nikmat dengan seks. Kepuasan seks dikaitkan dengan haiwan, manusia dikaitkan dengan nikmat dan keindahan Keperluan seks akan berkurang tetapi kenikmatan seks akan menuju kepada peningkatan yang luar biasa. Sebagaimana yang sepatutnya dimiliki oleh seorang wanita yang menuju kepada lapisan kesedaran ini.
Dalam sedar atau tidak kita telah mengikuti warna spetrum dari merah, jingga atau oren, kuning hijau dan seterusnya merupakan warna asas pelangi. Juga merupakan warna aura dalam diri seorang manusia.
Yang boleh menjatuhkan seorang Pemimpin sesebuah negeri, membuat beliau mula mengejar wanita adalah energi kreatif ini. Pemimpin sesebuah negeri pada dasarnya adalah seorang seniman. Ia harus menyalurkan energi pada sesuatu yang sangat kreatif. Namun, setelah menjadi seorang Pemimpin sesebuah negeri, jiwa seninya sudah mula di tinggalkan. Dia sudah tidak mempunyai waktu untuk mengembangkan jiwa seninya. Memang dia masih menulis, tapi itu tidak cukup. Memang dia seorang pengumpul barang-barang antik atau barang purba, tapi itu masih belum memcukupi untuk di salurkan pada jiwa seninya. Apa bila Pemimpin sesebuah negeri ini memisahkan diri dengan dunia Politik. Beliau akan mengembangkan jiwa seninya. Saya yakin, apabila itu yang dilakukan, namanya akan terpahat sebagai seorang pujangga ataupun sasterawan Negara.
Tip Jangan kepuasan seks menjadi ukuran dalam perhubungan, anda harus pandai atau kreatif dalam menentukan variasi (teknik persembahan) dan intonasi suara (rengektan & rintihan) dalam perhubungan seks. Tujuanya ialah untuk mendapatkan "kenikmatan seks" bukan kepuasan pada sebelah pihak sahaja.
3) Cakra Kota intan
Seterusnya lapisan kesedaran yang ketiga berkait dengan pusat.Pusat merupakan satu rahsia kehidupan yang penting, pusat berhubung antara janin dengan ibu. Rahsia permulaan kehidupan bermula di dalam alam kandungan. Kerana perbatasan dalam ruangan penulisan maka rahsia kehidupan janin akan saya terangkan dalam kursus sahaja. Warna dominasinya adalah kuning, dari kuning cerah hingga keemas-emasan dan kalau warna kuning ini menjadi kotor seperti coklat menunjukan ada ketidak seimbangan didalam diri seseorang .
Berada pada tahap kesedaran ini wanita itu memperolehi kenyamanan diri.Kenyamaman diri bermaksud hidup tidak dalam tekanan atau bebas dari terikatan, maknanya anda harus menentukan pola kehidupan anda sendiri. Jangan biarkan orang lain menentukan pola kehidupan anda. Kesejahteraan, kemakmuran dan keberuntungan kehidupan (kemewahan), sesuai bagi mereka yang mengendali perniagaan, Berkembangnya kreatif diri berkat perkembangan cakra kedua, menghantar anda ke tingkat kesedaran ketiga ini. Manusia mulai merasa nyaman begitu nyaman sehingga biasanya ia tertidur lagi.Ia tidak melanjutkan perjalanannya, Ia lupa bahawa perjalanan jiwanya masih panjang, ia baru berada pada tingkat ketiga. Ketiga tingkat pertama ini dapat dicapai oleh haiwan, oleh binatang dan makluk lain pula. Keperluan manusia berbeza tapi tingkat kesedaran yang di capai oleh mereka adalah sama. Untuk mencapai kenyamanan itu manusia maupun haiwan sanggup melakukan apa sahaja.Nah tiga cakra pertama ini berkait dengan insting-insting hewani di dalam diri manusia.
Haiwan juga memiliki kesedaran seperti ini. Dia juga memerlukan makanan, juga memerlukan seks kenyamanan hidup seperti tidur, keberuntungan dalam mencari ketenangan (berehat) dan sebagainya. Jadi tiga lapisan kesedaran ini sama, kita memiliki sama seperti haiwan - haiwan yang lain.Sulit mendapatkan ketenangan dalam diri, sering gagal dalam bercinta, Rumah tangga berkecai, sering sakit kepala, insonia (sukar hendak tidur),mudah terkena sembelit, barah usus dan segala macam penyakit usus.
Tip: Kesimpulannya kesemua diatas haruslah anda ikuti dengan kenyamanan yakni tiada paksaan. Maksudnya ialah dengan lapang dada, iklas, penyerahan secara total dan ber doalah dengan hati yang re'do.
KELOMPOK KEDUA
Kelompok kedua terdiri satu cakra sahaja iaitu.
4) Cakra Nurani
Kemudian lapisan kesedaran keempat dikaitkan dengan dada dengan rasa, perasaan. Diri kita baru memasuki kesedaran manusiawi. Disini kita baru mengenal kemanusiaan. Warna energi ini ialah hijau, jadi warna dominasinya adalah hijau. Hijau itu dikaitkan dengan cinta dan kasih kesedaran yang satu ini disebut , suara tanpa rupa, suara nurani tanpa kedengaran tapi dapat dirasakan. Berada dalam lapisan kesedaran ini kita dapat kembangkan cinta dan kasih. Kasih merupakan sifat manusia. Binatang tidak mengenal kasih, mereka mengenal seks dan cinta. Selama manusia berada pada tingkat seks dan cinta dia masih memiliki tahap kesedaran haiwani. Saya sengaja menggunakan istilah "kasih" atau Mohabbatan supaya kita dapat menbezakan daripada cinta. Cinta adalah sebuah emosi, sama seperti suka dan duka, boleh mengalami pasang surut. Boleh meningkat ,boleh menurun ,boleh ada, boleh tiada, boleh kurang, boleh lebih. Kasih bukanlah emosi.Kasih merupakan hasil pengeluaran (produk) kesedaran rohani _ itulah kasih. Saya menggunakan istilah "hasil pengeluaran kesedaran rohani" adalah untuk membezakan lakunan dengan "sebuah kejadian" . Kasih adalah "sebuah kejadian", bukan sebuah lakunan atau sendiwara. Maka sebab itulah kasih tidak pernah padam atau luntur. Berada dalam tingkat kasih anda sudah tidak boleh menempatkan kepentingan peribadi diatas kepentingan orang lain. Kasih mampu menyaring sifat haiwani. Kepada lapisan kesedaran kemanusiaan dalam diri kita.
Tip: Kelompok pertama tadi di satukan dengan kelompok ke dua ini_ Wujud kan kasih ( ini merupakan anugerah Allah bagi hambanya yang berusaha kearah itu).
KELOMPOK KETIGA
Terdiri daripada tiga lapisan kesedaran iaitu.
5) Pusat Pembersihan
Kemudian lapisan kesedaran ke lima, enam dan tujuh. Tiga lapisan kesedaran terakhir ini kaitan dengan lapisan kesedaran Iilahi. Jadi tiga lapisan pertama berkait dengan kesedaran haiwani dalam diri kita, kemudian lapisan kesedaran ke empat cakra nurani berkait dengan kemanusian dalam diri kita, Yakni kesedaran Manusiawi. Lapisan kesedaran ke lima di sekitar tengkorok Cakra atau pusat membersihan, Pusat pembersihan bermaksud membersih batin. Ialah menunjang peningkatan kesedaran dalam diri.
" Dadah dilarang lantas anda tidak mengisap dadah lagi, Tetapi keinginan masih ada _ kalau bukanya malah semakin besar dan kuat_ sehingga anda berkhayal tentang dadah. Anda tidak menghisap dadah, tetapi mimpi tentang dadah. Lalu anda menulis puisi tentang dadah. Anda hanya memindah dadah dari kesedaran jaga ke kesedaran mimpi, ke alam bawah sedar. Anda masih tidak bebas dari belenggu dadah lagi"Anda masih belum bersih lagi.
Fungsi cakra ini bukan setakat pembersihan fizikal semata-mata, bahkan secara langsung membersih membersihkan ingatan tentang dosa yang ingin anda lakukan. Disinilah pusat pembersihan rohani tingkat pertama. warna energi nya adalah biru jadi warna dominasinya adalah biru. Berada pada tingkat kesedaran ini, anda mengalami proses penyaringan dari pada kesedaran manusiawi ke kesedaran ilahi.
Tingkat kesedaran ini membuat anda menjadi lebih pecayakan diri (berkeyakinan diri). Dan semakin percayai diri orang lain akan lebih mempercayai anda. Sebab itulah mereka yang telah mencapai lapisan kesedaran ini biasanya akan menjadi peguam yang hebat, guru agama, dan ahli politik yang hebat serta pemimpin masyarakat.Terzahirnya melalui tutur kata yang baik perkataan kita dapat menyenangkan semua orang. Anehnya segala yang kita ucap kan akan menjadi kenyataan. Tip
Tiada huraian, harus mengalami sendiri melalui latihan dan doa akan timbul satu kesedaran. Akan mendorong anda melakukan sesuatu dengan bersih tanpa riak, ego dan lintasan hati dari pekara yang tercela.
6) Cakra Pemerintah
Berkait dengan kosenterasi atau dahrana (Membatasi ruang gerak fikiran itulah yang di sebut kosenterasi Atau Penumpuan). Penumpuan amat penting dalam pengendalian pemikiran. Dapat mengendalikan pemikiran maka anda dapat mengendalikan tindakan. Segala tindakan anda akan terkawal. Walau bagaimana pun situasi anda berada misalnya di waktu marah, resah, gelisah dan lain-lain.Terutama pekara-pekara yang berkait dengan ibadat, misalnya sembahyang, membaca ayat-ayat suci dan lain-lain pekara yang bersangkutan dengan penghayatan.Penghayatan merupakan satu penentuan sebuah kejayaan dalam sebuah kehidupan akhirat.Lapisan kesedaran ke enam ini biasanya digambarkan disekitar dua alis mata (kening). warna energi nya adalah nila jadi warna dominasinya adalah nila. Berada pada tingkat kesedaran ini, anda akan terbuka dengan alam di damensi cahaya. Anda dapat melihat sesuatu yang orang lain tidak nampak. Misalnya melihat perbuatan suami yang liar, siapa curi barang dan lain-lain lagi. Sila ikuti kursus lanjutan mengenai mata ketiga (melihat dengan mata tertutup).
Saya hanya ingin menyendiri, menyepi. Aneh saya tidak ingin membaca buku, tidak ingin mendengar muzik, saya hanya duduk diam (tafakur). Saya tidak memerlukan apa-apa, tidak ada yang harus saya dengarkan, tidak ada yang harus saya sampaikan. Apa yang sedang aku alami ni? Saya sedang mengalami proses peningkatan kesedaran yang terakhir. Sesaat lagi saya akan memasuki lapisan kesedaran ilahi yang terakhir, Cakra ketujuh mula berperanan.Menghantar saya ke lapisan kesedaran yang satu ini.
Tip: Tumpuan akan datang dengan sendirinya apa bila latihan telah sempurna.
7) Cakra Mahkota
Lapisan kesedaran ketujuh ini, letaknya di sekitar ubun-ubun di tengah-tengah kepala di sebut cakra mahkota, juga di sebut bunga teratai dengan ribuan kelopak.Warna energi adalah ungu ,ungu merupakan warna paling spritual, berada pada tingkatan kesedaran ini anda menyedari kesatuan dengan ketuhanan. Inilah yang dikatakan melampaui pikiran yakni sesuatu yang tidak terjangkau oleh pemikiran. Tuhan ialah sesuatu yang tidak bersamaan dengan sifat baharu. Apa yang di pandang oleh orang lain adalah menifestasi ketuhanan didalam diri anda. Hidup dalam tuhan bererti hidup dalam keseimbangan. (tidak ada aku yang ada hanyalah kamu) Seseorang yang mencapai tingkatan ini sudah tidak dapat melahirkan kebencian lagi yang ada hanyalah cinta dan kasih.
Rabiatul Adawiah, wanita sufi yang terkenal itu, sering terlihat tanpa sedar (fana). Dalam pergaulan sehari-hari sering beliau melakukan hal-hal yang kaum fudalmentalis angap "tidak wajar bagi kudrat wanita". Aneh _ tetapi itulah hakikatnya. Masyarakat kita yang sakit ini merupakan hasil olahan kaum lelaki, kaum Adam yang di kudratkan untuk memimpin wanita. Wanita terbiasa di pimpim, dijajah, diperbudakan, di perkotak -katikkan sehingga hidup didalam sangkar dianggapnya sebagai kudrat wanita (merupakan tempat yang layak untuk seorang wanita) . Tetapi Rabiah seorang pemberontak, seorang wanita sering dikatakan lemah dan lembut. Rabiah membuktikan bahawa di sebalik lemah dan kelembutan wanita ,mempunyai kekuatan yang luar biasa. Iman Rabiah kuat,sebab itulah beliau lembut. Para ahli kitab mengkritik dia , dia tidak perduli. Pada satu ketika, mereka menegurnya, "kau tidak takut tergoda oleh syaitan"? Beliau menjawab,"hati ku adalah satu dan satu itu telah ku serah kan kapada Allah. Tidak ada sedikit pun yang tinggal kepadaku, bagai mana hendak di goda oleh syaitan.?"
Pada kesempatan lain mereka mengejek " sepertinya kau tidak membenci syaitan" Rabiah tersenyum, "benci"? Masih ingatkah kalian, pernah ku katakan hati ku hanyalah satu , dan yang satu ini telah terisi dengan kasih Allah_ tiada ada lagi tempat untuk kebencian.
Rabiah adalah salah satu contoh,seorang wanita yang cantik dan cantik dari segi dalamanya. Beliau sudah menuju pada keseimbangan dirinya. Ciri khas seorang yang seimbang adalah bahawa dia sudah tidak dapat membenci lagi. Selama anda masih membenci, anda belum mencapai keseimbangan diri lagi. Lapisan kesedaran ketujuh ini membuat anda menjadi wujud kasih ilahi. Allah dan kekasihnya sudah tidak dapat dipisah-pisahkan lagi. Anda mengalami kesatuan dengan kesedaran ilahi.
Meditasi bukan sesuatu yang dapat anda lakukan . Meditasi merupakan suatu kejadian. Peningkatan kesedaran dalam diri anda. Kebenaran yang digambarkan sebagai pertemuan antara yang di kasihi dengan yang mengasihi, antara prinsip Maskulin dan prinsip Feminin, antara Wanita dan kewanitaan. Kewanitaan adalah kekuatan yang ada dalam diri seorang wanita sedang dalam pembangkitan. Pertemuan antara dua kekuatan yang terpisah dari badan anda selama ini merupakan kesudahan ini.Sesaat lagi kami akan membawa anda ke bahagian akhir kursus ini iaitu . Bagaimana hendak membangkitkan sumber kekuatan ini dan menggunakannya untuk memikat suami dan bakal suami.
Kelompok pertama berkait dengan kesedaran haiwani, kelompok kedua kesedaran manusiawi kelompok ketiga dengan kesedaran ilahi. Ini lah yang kita berikan stimuli (rangsangan) Pada setiap lapisan kesedaran. Hingga terjadi keseimbangan. Kaedah merangsang lapisan kesedaran inilah yang di katakan membangkitkan tenaga dalaman.
Dalam diri kita, energi kita berwarna pelangi, bukan satu warna yang dominan, jadi manusia itu seimbang. Bagaimanapun juga kita perlukan makanan, seks kenyamanan tapi juga ada kemanusiaan dalam diri kata, ada keilahian dalam diri kita yang harus kita kembangkan. Nah kalau semua ini dapat kita kembangkan kita akan mengalami apa yang di sebut pencerahan atau keseimbangan diri (refomasi diri). Latihan pernafasan ini akan membawa anda pada keseimbangan diri.