Daftar episode Upin & Ipin

artikel daftar Wikimedia

Berikut ini merupakan daftar dan ringkasan episode-episode seri animasi Upin & Ipin.

Upin & Ipin (2007)

# Judul Siaran pertama
1"Esok Puasa"14 September 2007
Upin dan Ipin telah berusia 5 tahun. Mereka ingin tahu apa arti "puasa" yang sebenarnya dan ingin tahu tujuan puasa yang dijalankan umat Muslim. Opah dan Kak Ros bersedia menerangkan arti dan tujuan berpuasa kepada mereka. Saat itulah Upin dan Ipin mulai berpuasa.
2"Dugaan"15 September 2007
Pada tahun pertama Upin dan Ipin berpuasa, mereka tidak tahu bahwa hari itu sudah mulai bulan puasa. Mereka memutuskan untuk bermain bersama Rajoo dan Mei Mei. Rajoo mengajak Upin dan Ipin untuk membatalkan puasa mereka. Tetapi Mei Mei mengingatkan kalau Tuhan tahu apa yang diperbuat oleh manusia, jadi tidak boleh main - main.
3"Nikmat"16 September 2007
Akhirnya Upin dan Ipin mulai berbuka puasa. Awalnya Upin dan Ipin buru - buru doa makan, tetapi Opah mengingatkan agar Upin dan Ipin berdoa buka puasa dengan benar. Setelah buka puasa, Upin dan Ipin ketiduran saking lelahnya berpuasa.
4"Terawih"21 September 2007
Peluang Upin dan Ipin mengikut Opah dan Kak Ros ke masjid untuk sembahyang terawih tercapai juga setelah beberapa hari berpuasa. Saat Upin dan Ipin ingin tarawih, mereka bertemu dengan Ehsan, Fizi, dan Mail. Upin dan Ipin cs mau main petak umpet, tetapi keburu tertangkap basah sama Kak Ros. Setelah sholat tarawih, mereka pergi bermain. Upin dan Ipin cs bermain lempar sepatu sampai akhirnya Kak Ros geram.
5"Esok Raya"12 Oktober 2007
Opah cuba meyakinkan Upin dan Ipin bahawa ibadah puasa itu satu kewajiban yang akan diberi pahala oleh Allah setelah menamatkan riwayat. Adalah menjadi kebiasaan zaman sekarang bahawa ibu bapa memberi anak-anak duit sebagai ganjaran tanpa mengajar mereka menghayati makna puasa.
6"Hari Raya"13 Oktober 2007
Kawan-kawan Upin dan Ipin tiba di rumah adik-beradik itu untuk beraya bersama. Mereka semua yang terdiri dari pelbagai kaum dan agama ini menikmati hidangan yang disediakan Opah. Setelah makan, mereka semua berkongsi pengalaman berpuasa sementara Opah yang sentiasa ada untuk memberi nasihat dan galakan kepada mereka untuk berpuasa pada tahun-tahun akan datang.

Upin & Ipin: Setahun Kemudian (2008)

# Judul Siaran perdana Ringkasan
7 Tadika 5 September 2008 Tahun ini Upin dan Ipin masuk TK. Dalam bahasa Melayu, TK disebut sebagai Tadika Mesra. Sambil menunggu jam pelajaran, Ehsan mengadakan adu laba-laba. Fizi punya laba-laba bernama Mistaman, dan Ipin punya laba-laba dari nama kakaknya. Sementara itu pelajaran dimulai, Cikgu (Ibu Guru) Jasmin menjelaskan tentang puasa lebih detail lagi.
8 Anak Bulan 6 September 2008 Upin dan Ipin ingin tahu bagaimana mencari tahu kapan bulan puasa dimulai, Kak Ros ingin agar Upin dan Ipin melihat anak bulan. Setelah berjam-jam mencari anak bulan, Opah datang mengingatkan kalau lusa baru mulai puasa. Opah juga memberitahu kalau ingin melihat anak bulan, ada tempatnya.
9 Adat 7 September 2008 Saat Upin dan Ipin pulang sekolah, Ipin secara tidak sengaja melihat Cikgu Jasmin makan siang. Upin dan Ipin bertanya kepada Kak Ros tentang hal itu. Sebenarnya Cikgu Jasmin tidak boleh puasa. Kak Ros memberikan alasan yang tidak jelas tentang Cikgu Jasmin, karena Upin dan Ipin tidak pantas tahu banyak tentang menstruasi.
10 Tamak 12 September 2008 Kak Ros mengajak Upin dan Ipin belanja ayam di Pasar Ramadan. Kak Ros minta agar Upin dan Ipin beli satu jenis ayam, tetapi karena banyaknya ayam yang ditawarkan mereka membeli semuanya. Karena serakah, Upin dan Ipin tak berdaya menghabiskan semua ayam tersebut. Opah menegur supaya jangan serakah. Opah juga mengingatkan kalau Allah sangat membenci orang yang mubazir makanan.
11 Lailatul Qadr 13 September 2008 Upin dan Ipin menghayati makna Lailatul Qadr dari Opah. Ehsan, Fizi, dan Mail malah main kembang api di halaman Mesjid. Tetapi Upin dan Ipin tetap tarawih.
12 Kisah & Tauladan 14 September 2008 Kejadian sebelumnya membuat tangannya Fizi terluka. Sementara itu saat murid-murid memberi salam kepada Cikgu Jasmin, Mail tertangkap basah tidak puasa. Cikgu Jasmin menjelaskan tentang manfaat puasa. Puasa juga diminati oleh agama lain berdasarkan cara mereka. Cikgu Jasmin juga mengingatkan agar tidak boleh main kembang api karena bahaya. Setelah kelas selesai, mereka saling bermaafan.
13 Sayang Kak Ros 1 Oktober 2008 Upin dan Ipin mendesak agar Kak Ros dan Opah membeli baju baru untuk mereka di hari raya kelak, tetapi kecewa kerana Kak Ros enggan membeli baju baru. Di luar rumah, Upin & Ipin membincangkan persiapan Lebaran bersama sahabatnya. Apabila Fizi menunjuk-nunjuk baju barunya, Upin & Ipin berasa tertekan. Rupa-rupanya Kak Ros bukannya membeli, sebaliknya menjahit baju baru untuk adik-adik kesayangannya.
14 Ketupat 2 Oktober 2008 Opah mengajak Upin dan Ipin membantu menganyam ketupat bersama Kak Ros. Sambil menganyam, mereka berempat saling membincangkan persiapan Lebaran. Upin & Ipin bermain-main dengan membuat ketupat berbentuk lain. Kak Ros menegur mereka kerana cara mereka salah, tetapi diejek balik pula kerana ketupat bawangnya.
15 Zakat Fitrah 3 Oktober 2008 Upin dan Ipin barusaja pulang dari mesjid dan ternyata Opah lupa membayar zakat fitrah. Mereka bertiga bergegas ke mesjid, tetapi mesjid sudah kosong, jadi mereka ke rumah Tok Dalang untuk membayar zakat mereka. Uang zakat diserahkan Opah ke tangan Atok, dan dari Atok ke tangan Upin juga. Saat berbuka, Opah menjelaskan bahwa setiap umat Islam wajib membayar zakat agar orang yang kurang mampu dapat berkah di Hari Raya.
16 Malam Syahdu 4 Oktober 2008 Menjelang Idul Fitri, terawih diganti takbir. Upin dan Ipin tengah bermain kembang api tetapi disampuk Kak Ros menyuruh mereka menyediakan tikar. Lamanya masa yang diambil mereka untuk meratakan tikar sehingga Kak Ros terpaksa menegur mereka sekali lagi. Rupa-rupanya tikar ini sebagai alas penduduk kampung melatih takbir. Tok Dalang mengajak Upin dan Ipin bertakbir di surau, dengan izin Opah.
17 Pagi Raya 5 Oktober 2008 Pada waktu pagi 1 Syawal, Upin dan Ipin bermaaf-maafan dengan Opah dan Kak Ros. Selepas takbir sesi pagi, mereka mengajak kawan-kawan ke rumah mereka untuk menikmati santapan hari raya. Ketika makan, Mail menyampaikan penyesalannya karena tidak berpuasa tetapi Opah memaafkannya karena Mail anak yang berbakti kepada orang tuanya.
18 Berkat 6 Oktober 2008 Upin dan Ipin membantu menghantar makanan ke rumah Tok Dalang. Setibanya di sana, Atok pun mengajak Upin, Ipin dan kawan-kawan mereka mencoba hidangan istimewanya iaitu ketupat berbentuk lembu. Selepas itu, Aok memberikan duit raya kepada semua kanak-kanak yang hadir di rumahnya.

Upin & Ipin dan Kawan-Kawan (2009)

# Tajuk Siaran perdana Ringkasan
1 Air Kolah, Air Laut (bhg 1) 2 Februari 2009 Hujan lebat membosankan Upin & Ipin, namun Opah mengajar bahawa hujan itu rahmat dari Tuhan. Senyap-senyap, Upin & Ipin merancang sesuatu yang memerlukan imaginasi, iaitu membayangkan diri mereka merupakan dua pahlawan yang hendak menyelamatkan Puteri Mei Mei dari genggaman Jarjit si lanun.
2 Air Kolah, Air Laut (bhg 2) 3 Februari 2009 Ketika Hang Upin dan Hang Ipin berlawan pantun dengan Jarjit si lanun, mereka dicelah oleh serangan Kak Ros. Rupa-rupanya mereka berdua bermain kapal kertas di bilik mandi.
3 Basikal Baru (bhg 1) 4 Februari 2009 Mael, Ehsan, dan Mei Mei memperagakan basikal baru di hadapan Upin dan Ipin. Walaupun seronok kejar-mengejar namun Upin dan Ipin terpaksa memecut dengan kaki, jadi mereka pun dahagakan basikal sendiri.
4 Basikal Baru (bhg 2) 9 Februari 2009 Pada hari kemudian, Upin dan Ipin melawat Tok Dalang untuk memasang basikal baru yang khas untuk ditunggang mereka berdua. Kawan-kawan mereka tertarik dengan basikal itu sehingga Fizi yang tiada basikal lagi meminta Tok Dalang buat basikal baru.
5 Berkebun (bhg 1) 10 Februari 2009 Kak Ros melarang Upin dan Ipin bermain melainkan mereka turut membantu berkebun. Kawan-kawan Upin dan Ipin pun datang untuk menolong dan memberi tunjuk ajar kepada mereka berdua.
6 Berkebun (bhg 2) 11 Februari 2009 Upin dan Ipin dan kawan-kawan menemui siput, beluncas dan cacing di kebun. Upin dan Ipin mengejek Mael dengan haiwan-haiwan itu, sementara Mei Mei mengajar baik buruk setiap haiwan itu. Ros menyuruh adik-adiknya menyiram air baja pula, tapi mereka main lagi.
7 Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 1) 16 Mac 2009 Upin dan Ipin tergamam kerana menggeruni doktor gigi yang hendak melawat tadika, jadi mereka cuba memperdaya Opah agar menyatakan tidak setuju dalam surat kebenaran, tetapi rancangan mereka digagalkan oleh Kak Ros.
8 Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 2) 17 Mac 2009 Doktor gigi datang melawat, murid-murid semakin takut. Satu demi satu doktor gigi memanggil nama dari pembesar suara di van, murid-murid cuba mencari jalan untuk mencegah "gigi dicabut" pula, kecuali Mael yang menipu dengan menyatakan tidak dalam surat kebenaran.(Dengan cara Menggelar "Ye la nama saya kan Ismail bin Mail.)
9 Gosok Jangan Tak Gosok (bhg 3) 18 Mac 2009 Semua murid lega menjalani pemeriksaan gigi. Pada hari keesokannya, Doktor Ravi melawat bilik darjah untuk mengajar murid-murid menjaga kesihatan gigi. Mael tidak hadir, rupa-rupanya kerana sakit gigi.
10 Kisah Dua Malam (bhg 1) 14 Mei 2009 Upin dan Ipin berkongsi perihal Cikgu Jasmin menegah anak-anak dari berada di luar pada lewat malam kerana ancaman hantu, tetapi Opah membetulkan kenyataan itu sebagai teladan kepada anak-anak agar balik ke rumah awal. Kak Ros mengingatkan adik-adiknya mengenai sebatang pokok kelapa condong yang "berhantu".
11 Kisah Dua Malam (bhg 2) 15 Mei 2009 Di tadika, Mei Mei menceritakan kisah dirinya bertembung dengan (dipaparkan sebagai Jiang Shi) pada larut malam, rupa-rupanya dipetik dari tontonan DVD. Lepas cerita, Jarjit pula bermain-main hantu.
12 Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 1) 16 Mei 2009 Hang Upin dan Hang Ipin berjaya menahan Kapten Jarjit dan konco-konconya. Puteri Mei Mei mendedahkan sehelai peta harta karun. Malangnya geng Jarjit terlepas dan menawan kapal Hang Upin dan Hang Ipin.
13 Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 2) 21 Mei 2009 Hang Upin dan Hang Ipin menaiki perahu nelayan untuk mengejar lanun-lanun untuk merebut peta yang dirampas oleh Jarjit. Ketika mereka bergelut lagi, seekor burung gergasi datang mengganggu dan mencampakkan peta ke arah sebuah pulau.
14 Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 2) 22 Mei 2009 Daripada berlawan, Puteri Mei Mei bercadang agar Hang Upin, Hang Ipin dan lanun-lanun Jarjit Singh berganding bahu, bersama-sama mencari harta karun di pulau. Mereka perlu bertanding dengan gergasi batu untuk mencapai harta karun buruan mereka.
15 Istimewa Hari Ibu (bhg 1) 23 Mei 2009 Seluruh bilik darjah heboh membincangkan Hari Ibu yang menjelang, malangnya Upin dan Ipin tiada ibu tersayang. Opah menceritakan serba sedikit kisah ibu Upin, Ipin dan Ros sewaktu hidup.
16 Istimewa Hari Ibu (bhg 2) 7 September 2009 Upin dan Ipin hendak bermain di rumah kawan, tetapi semua kawan-kawan sibuk mengemas rumah, membuat kek sempena Hari Ibu. Mei Mei sempat menjemput mereka meraikan Hari Ibu bersama. Kak Ros membawa Upin dan Ipin untuk menziarahi dan membersihkan kubur ibu mereka.
17 Kami 1Malaysia (bhg 1) 8 September 2009 Upin, Ipin dan kawan-kawan leka bermain pistol mainan, sehingga Opah menyuruh mereka semua masuk ke rumah untuk mendengar kisah hidup Opah sewaktu zaman peperangan sebagai pengajaran kepada anak-anak agar bersyukur dengan keamanan negara zaman sekarang.
18 Kami 1Malaysia (bhg 2) 9 September 2009 Opah memesan Upin, Ipin dan kawan-kawan untuk membawa makanan ke rumah Tok Dalang. Setibanya di situ, mereka memerhati Tok Dalang baru bermula mengecat bendera Malaysia. Apabila Tok Dalang berehat, kanak-kanak semua berganding bahu menyiapkan bendera.
19 Seronoknya Membaca (bhg 1) 21 September 2009 Mei Mei dan Upin bergilir-gilir membacakan cerita Arnab dan Kura-kura kepada seluruh bilik darjah mengikut buku cerita, diikuti Mail yang begitu kecoh, berpura-pura sudah baca tetapi mereka-reka kesudahan cerita. Ijat dipanggil untuk menyambung cerita, tapi masih tak pandai membaca.
20 Seronoknya Membaca (bhg 2) 22 September 2009 Ipin dipanggil untuk menamatkan cerita, selepas itu murid-murid menghayati pengajaran dari kisah arnab dan kura-kura. Sebuah perpustakaan bergerak dipandu ke tadika untuk menyemarakkan lagi minat membaca. Sayangnya, Ijat terpaksa mengambil kelas tambahan dari Cikgu Jasmin untuk belajar membaca.
21 Seronoknya Membaca (bhg 3) 23 September 2009 Setiap murid meminjam sehelai buku dari perpustakaan bergerak. Waktu bermain, Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan buku yang dipinjam. Mei Mei bermegah rajin membaca buku tanpa gambar, tetapi apabila mencuba buku yang dipinjam Ipin tak boleh pula. Rupa-rupanya tulisan Jawi, Tok Dalang bacakan untuk semua.
22 Berpuasa Bersama Kawan Baru (bhg 1) 24 September 2009 DI gerai Mael, Upin & Ipin bertemu dengan seorang kanak-kanak perempuan yang lain macam pelatnya, baru pindah ke mari hari kelmarin. Kemudian, mereka menyedekahkan ayam goreng yang dibeli mereka tadi kepada Tok Dalang ketika ada kerja pemasangan talian telefon dan internet di rumahnya.
23 Berpuasa Bersama Kawan Baru (bhg 2) 25 September 2009 Di tadika, gadis dari gerai Mael semalaman memperkenalkan dirinya sebagai Susanti, yang pindah bersama ibu bapanya dari Jakarta, Indonesia. Selepas waktu sekolah, Upin, Ipin dan Ehsan bergegas ke rumah Tok Dalang untuk menyaksikan kecanggihan Internet bersama cucunya Badrul.
24 Selamat Menyambut Lebaran 26 September 2009 Badrul dapat menghubungi bapanya yang sibuk di kota agar Tok Dalang boleh menegurnya dari jauh di kampung. Secara mengejut Tajul si bapa Badrul memutuskan talian, dalam masa singkat dia tiba di kampung. Susanti merindui suasana lebaran di negara asalnya, jadi kawan-kawan barunya di Kampung Durian Runtuh menjemputnya untuk menggunakan Internet untuk menghubungi orang-orang tersayang di sana.
25 Upin, Ipin & Apin (bhg 1) 23 November 2009 Dalam perjalanan pulang ke rumah, Upin, Ipin dan kawan-kawan menemui seekor kucing yang sendirian dalam semak. Ehsan geli dengan kucing, dan Fizi yang sudah membela banyak kucing tidak mampu menampung seekor dalam rumahnya. Oleh itu, Upin dan Ipin menjadi penjaga kucing itu yang diberikan nama Apin oleh mereka berdua, tetapi ditegah oleh Kak Ros.
26 Upin, Ipin & Apin (bhg 2) 24 November 2009 Rupa-rupanya Kak Ros alah kepada bulu kucing. Mujurlah Opah membenarkan Upin dan Ipin membela Apin, dengan syarat bahawa anak kucing tersebut tidak dibenarkan masuk ke dalam rumah. Walaupun diberi tempat tidur di ruang bawah rumah, sekali-sekala Apin mencuri masuk ke dalam rumah untuk mengusik kedua-dua pemiliknya. Tidak lama kemudian, Apin akhirnya bertemu semula dengan ibunya, maka Upin dan Ipin menjemput si ibu kucing tinggal bersama.
27 Jejak Rembo (bhg 1) 25 November 2009 Ketika bermain sorok-sorok bersama kawan-kawan, Upin dan Ipin terserempak dengan Tok Dalang yang tengah mencari ayam jantan belaannya, Rembo. Kebetulan pula kawan-kawan lain mahu berhenti, oleh itu senanglah untuk Upin dan Ipin menolong Tok Dalang dengan penampilan dan kelengkapan detektif olok-olok mereka.
28 Jejak Rembo (bhg 2) 30 November 2009 Sambil ditunjukkan gambar Rembo, Upin dan Ipin menemui sebelah kasut kanak-kanak di halaman rumah Tok Dalang. Selepas itu, mereka menyoal siasat kawan-kawan sendiri dengan berlagak penyiasat yang tegas: Fizi, Ehsan, Mael, tetapi tiada apa-apa petunjuk baru. Tok Dalang makin tawar hati, tetapi Detektif Upin dan Ipin tidak berputus asa begitu sahaja, apalagi baru menemui tapak kaki kucing.
29 Jejak Rembo (bhg 3) 1 Disember 2009 Upin dan Ipin menyoal siasat pula Apin, selepas itu Kak Ros, tapi tidak banyak membantu, sekurang-kurangnya Rembo tidak menjadi makanan sesiapa. Tiga helai bulu ayam putih akhirnya menjadi petunjuk mutlak yang membawa mereka ke sebuah kampung berhampiran di mana Rembo terikut seekor ayam betina putih.
30 Diri Bersih Badan Sihat (bhg 1) 2 Disember 2009 Selepas puas bermain, Upin dan Ipin bertemu dengan Susanti yang kembali ke Kampung Durian Runtuh dengan memakai topeng. Susanti mengajak mereka berdua untuk turut memakai topeng sebagai langkah mencegah penyakit. Di rumah, kak Ros pun mengingatkan adik-adiknya agar mandi sebelum makan. Pada hari keesokannya, seluruh tadika bertopeng, tetapi bukan semuanya melitup mulut.
31 Diri Bersih Badan Sihat (bhg 2) 7 Disember 2009 Upin dan Ipin ditegur kerana memakai topeng lama yang koyak, hanya boleh dipakai sekali sahaja. Ketika waktu makan, walaupun ditegur kerana kurang menjaga kebersihan, Jarjit enggan mencuci tangan, tambahan lagi berani mengutip ketulan ayam yang tercicir di lantai tanpa disedari. Akibatnya, Jarjit sakit perut ketika bermain pada waktu petang, lalu terpaksa berehat di rumah pada hari keesokannya.
32 Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 4) 8 Disember 2009 Setelah mendengar penjelasan dari gergasi batu, Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan lain-lain pergi ke arah perkampungan orang asli di sebalik gunung berapi walaupun ditegah gergasi itu. Setelah perjalanan mereka dimudahkan oleh gergasi batu secara senyap-senyap, mereka semua berjaya memasuki kubu orang asli. Di sana, Hang Upin dan Hang Ipin perlu mentafsir lakaran sejarah orang asli pada tembok kubu, kemudian memasang kepingan gambar batu bersama yang lain-lain untuk mencari laluan yang tersembunyi.
33 Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 5) 9 Disember 2009 Hang Upin, Hang Ipin, Kapten Jarjit dan kawan-kawan berjaya menyiapkan teka-teki gambar untuk membuka laluan, tetapi mereka dihendap oleh seekor labah-labah gergasi. Ketika mereka semua berlari lintang-pukang untuk menyelamatkan diri, Ehsan tersangkut pada sarang labah-labah besar yang melekit, lalu yang lain-lain terpanggil untuk membebaskannya sambil menumpaskan labah-labah itu.
34 Kembara ke Pulau Harta Karun (bhg 6) 14 Disember 2009 Di tengah-tengah malam buta, Nelayan Ijat yang merebut pisang dengan monyet bertembung dengan seorang asli, lalu berkawan sesama. Ketika tidur di keliling unggun api, Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan terjaga oleh hendapan orang asli yang menyedari cerobohan mereka dari dulu. Kebanyakan daripada mereka terselamat kecuali Kapten Jarjit dan si nelayan Dzul yang diheret lalu dihumban ke dalam kurungan orang asli.
35 Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bhg 1) 15 Disember 2009 Ketika tengah bermain galah panjang, Upin, Ipin dan kawan-kawan tersampuk oleh keluhan Tok Dalang yang kedengaran tidak jauh. Rupa-rupanya Tok Dalang cuba menghalau seekor tupai dari mencuri buah di pokok rambutannya. Apabila ditanya kenapa tidak membiarkan tupai itu sahaja, jelas Tok Dalang, buah rambutan yang tumbuh di pokoknya adalah untuk dijual.
36 Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bagian 2) 16 Desember 2009 Mael berencana untuk membantu Kakek Dalang menjual hasil tanaman rambutannya. Pada keesokan harinya, teman-teman Upin dan Ipin tiba di halaman rumah Kakek Dalang sambil menunggu kedatangan saudara kembar itu, lalu dengan mencoba memanjat pokok rambutan tersebut, sehingga datangnya Upin dan Ipin dengan sebatang galah buluh yang panjang sekali.
37 Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bagian 3) 21 Desember 2009 Upin dan Mael bersama-sama memegang galah, tapi sebiji rambutan pun tidak tercapainya. Tok Dalang meminjam galah itu untuk diubahsuai dengan gunting untuk memotong tangkai rambutan. Selepas itu, Tok Dalang dan kanak-kanak bersama-sama mengira hasil petikan rambutan dan membincangkan harga dan tempat jualan rambutan.
38 Ambil Galah Tolong Tunjukkan (bagian 4) 22 Desember 2009 Atas pesanan Kakek Dalang, Upin, Ipin dan kawan-kawan pergi ke tepi jalan untuk menjual rambutan, tetapi sepanjang berjam-jam menunggu, semuanya yang dilihat ialah kenderaan laju berlalu-lalang tanpa memberi perhatian kepada mereka, sehingga berhentinya sebuah lori yang dipandu oleh Ah Tong yang berminat untuk membeli rambutan mereka, itupun terpaksa tawar-menawar harganya. Selepas selesai berurus niaga, mereka hendak berkongsi pendapatan mereka dengan Tok Dalang, tetapi ditolak.
39 Sapy Oh Sapy (bagian 1) 23 Desember 2009 Muthu memesan Upin dan Ipin untuk membawa Sapy ke padang rumput untuk makan, memandangkan Rajoo tengah demam, jadi tidak dapat menemani Sapy hari ini. Di tengah-tengah jalan, Upin dan Ipin berehat sebentar untuk bermain kemuncup, tetapi mereka leka bermain terlalu lama sehingga Sapy berasa tersisih lalu enggan berganjak walaupun Upin dan Ipin habis bermain.
40 Sapy Oh Sapy (bagian 2) 28 Desember 2009 Pujukan Upin, Ipin dan kawan-kawan tidak berjaya menenangkan hati Sapy, sebaliknya Sapy lagi merajuk lalu melarikan diri dengan pentas. Mereka terpaksa menghabiskan sepanjang tengah hari mencari lembu kesayangan Rajoo itu. Lambat-laun. terpaksalah mereka semua berdepan dengan Muthu untuk memberitahu perkara sebenar, tetapi mujurlah Susanti sempat membawa Sapy balik ke tempat asalnya.
41 Kembara ke Pulau Harta Karun (bagian 7) 29 Desember 2009 Hang Upin, Hang Ipin dan yang lainnya menyamar dengan memakai topeng besar dan berwarna-warni yang dipakai oleh orang pribumi, sebagai langkah penting untuk menyelamatkan Kapten Jarjit dan Nelayan Dzul, biarpun mudah dilihat oleh ratu orang pribumi. Sayangnya, tugas Fizi untuk mengalihkan perhatian para penjaga tahanan agar tidak berhasil tidak berhasil, maka mereka semua pun ditahan.
42 Kembara ke Pulau Harta Karun (bagian 8) 30 Desember 2009 Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan semuanya dilantarkan pada sebuah jentera penggeletek yang digunakan sebagai alat soal siasat. Mujurnya Nelayan Ijat dan kawan orang aslinya sempat tampil untuk memberitahu ratu bahawa mereka semua itu ialah kawan-kawannya, jadi dilepaskan jua mereka semua lalu dijemput berjamuan mesra pada waktu malam. Pada keesokan harinya, sekali lagi Hang Upin, Hang Ipin dan kawan-kawan dimusuhi oleh orang asli karena Jarjit sempat melarikan harta karun mutiara yang dicarinya selama ini.