Semoga Bahagia
Semoga Bahagia ialah lagu Melayu yang digubah oleh Zubir Said. Zubir Said juga adalah orang yang menggubah lagu kebangsaan Singapura, "Majulah Singapura".
Semoga Bahagia merupakan lagu resmi Hari Anak-Anak di Singapura yang dirayakan pada 1 Oktober setiap tahunnya. Lagu ini menggambarkan nilai-nilai yang perlu dimiliki para remaja, dan juga mendorong mereka untuk menggapai cita-cita mereka, membuktikan nilai mereka kepada dunia dan mendoakan mereka kejayaan dan kebahagiaan.