Bahasa Melayu

bahasa Austronesia; bahasa yang menjadi dasar bahasa Melayu Malaysia dan bahasa Indonesia serta mencakup dialek lain; bahasa makro dengan kode ms & msa


Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan Malaysia. Bahasa Indonesia, bahasa nasional dan bahasa resmi Indonesia merupakan sebuah dialek bahasa Melayu. Bahasa Melayu merupakan bahasa kelima terbesar dipertuturkan di dunia. Menurut statistik penggunaan bahasa di dunia, penutur bahasa Melayu diperkirakan berjumlah lebih kurang 250 juta merupakan bahasa keempat dalam turutan jumlah penutur terpenting bagi bahasa-bahasa di dunia.

Bukti bertulis yang tertua tentang bahasa Melayu Kuno ini terdapat di beberapa buah prasasti. Yang terpenting di antara prasasti tersebut ialah:

  1. Prasasti Kedukan Bukit (Palembang), bertarikh 605 Tahun Saka, bersamaan dengan 683 M (Masehi). Tulisan yang terdapat pada Batu Bersurat ini menggunakan aksara Palawa.
  2. Prasasti Talang Tuwo (Palembang), bertarikh 606 Tahun Saka, bersamaan dengan 684 M. Batu Bersurat ini ditemui oleh Residen Westenenk, 17 November 1920 di sebuah kawasan bernama Talang Tuwo, di sebelah barat daya Bukit Siguntang, iaitu lebih kurang 8 km dari Palembang.
  3. Prasasti Kota Kapur (Bangka), bertarikh 608 Tahun Saka, bersamaan dengan 686 M.
  4. Prasasti Karang Brahi (Jambi), bertarikh 614 Tahun Saka, bersamaan dengan 692 M.

Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama iaitu:

Lebit lanjut

Sumbangan Mohamed Yosri Mohamed Yong http://w3.spancity.com/yosri/