Muhammad bin Maslamah
Muhammad bin Maslamah adalah seorang sahabat dari golongan Anshar yang mempunyai postur tubuh yang besar jika dibandingkan dengan para sahabat yang lain. Bersifat pendiam dan serius. Dia dipersaudarakan oleh Rasulullah dengan Abu Ubaidah Al Jarrah.
Jasa
Diantara jasanya ialah berhasil menghapuskan salah seorang pemuka kaum Munafiq Madinah. Nabi Muhammad memberinya gelar sebagai Pahlawan Rasulullah. Kerana sikap amanahnya dan jujur serta tegas dalam menjalankan tugas, dia dilantik menjadi pengawas ketika zaman Kekhalifahan Umar bin Khattab dalam mengawasi perilaku dan kepribadian wakil [[khalifah] di seluruh negara.
Ketika berlakunya Perang Jamal dan Perang Siffin, beliau bersikap netral dan tidak menyebelahi pihak manapun. Muhammad bin Maslamah meninggal dunia pada bulan Safar tahun 46 Hijrah. Ketika itu beliau berumur tujuh puluh tujuh tahun.