Alor Setar

kota di Malaysia

thumb|200px|Menara Alor Star

Alor Star
الور ستار
NegaraMalaysia
NegeriKedah
Pembentukan1502
Naik taraf bandar raya2003
Pemerintahan
 • Datuk bandarDato' Abdul Mukhti Bin Abdullah
Populasi
 (2005)[1]
 • Total217.368
Zona waktuUTC+8 (MST)
 • Musim panas (DST)Tidak diperhatikan
Situs webhttp://www.mbas.gov.my/

Bandar raya Alor Star merupakan ibu negeri Kedah, Malaysia. Tempat kelahiran Allahyaraham YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaysia yang pertama dan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri Malaysia yang keempat.

Asal usul

Alor Setar adalah cantuman dari kata ‘Alor’ dan ’Setar’. Setar adalah nama sejenis pohon, buahnya apabila masak berwarna kuning kemerahan, rasanya masam-masam manis dan saiznya besar sedikit daripada buah rumbia yang termasuk dalam kumpulan pohon kundang dengan nama saintifiknya ‘Bouea macrophylla’.

Ejaan nama Alor Setar telah ditukar kepada Alor Star sempena Perisytiharan Bandar Raya Alor Star pada 21 Disember 2003.

Pengangkutan

Jalan Raya

Alor Star mempunyai rangkaian jalan raya yang agak luas. Lebuhraya Utara Selatan menghubungkan Alor Star dengan Negara Thai di utara dan bandar-bandar di Pantai Barat di Semenanjung Malaysia. Terdapat dua susur keluar ke Alor Star, Alor Star Selatan dan Alor Star Utara.

Bas

Alor Star mempunyai bus hub yang agak selesa, iaitu Shahab Perdana. Shahab Perdana mempunyai dua terminal, terminal domestik dan terminal antarabandar.

Kereta Api

Keretapi Tanah Melayu juga mempunyai stesen perhentian di tengah-tengah Bandaraya Alor Star.

Pesawat

Alor Star mempunyai lapangan terbang yang baru untuk menggantikan lapangan terbang yang lama. Lapangan tersebut mempunyai nama yang sama, Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim. Ia terletak di Kepala Batas, 8 km dari bandaraya. Pada masa ini, hanya Penerbangan Malaysia dan AirAsia, masing-masing, menyediakan perkhidmatan pergi-balik dari Kuala Lumpur.

Wakil Rakyat

Keputusan pilihan raya Malaysia 2004 seperti berikut :

Lihat Juga

Pranala Luar

Templat:Bandar raya di Malaysia