SimetriSiti

album studio kedelapanbelas oleh Siti Nurhaliza

SimetriSiti[1] merupakan album studio ke-17 dari penyanyi Malaysia Siti Nurhaliza.[2][3][4] Album ini dilancarkan pada 5 Mei 2017 dan dijadualkan akan menjengah di pasaran pada 10 Mei 2017 menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia selepas album Fragmen (2014). "Segala Perasaan" dikeluarkan sebagai single pertama untuk album ini yang dikeluarkan pada 24 April 2017.[5]

SimetriSiti
Album studio karya Siti Nurhaliza
Dirilis10 May 2017
DirekamMaret 2017
GenrePop, R&B
LabelSiti Nurhaliza Productions
Universal Music Sdn Bhd
ProduserSiti Nurhaliza (Eksekutif), Kenny Ong (Eksekutif), Aubrey Suwito, Ade Govinda, Jeje Govinda, Firdaus Mahmud, Sze Wan, Opick, Mujahid Abd Wahab
Kronologi Siti Nurhaliza
Fragmen
(2014)String Module Error: Match not found2014
SimetriSiti
(2017)
Singel dalam album SimetriSiti
  1. "Segala Perasaan"
    Dirilis: 24 April 2017

Album ini juga boleh mula dimuat turun secara pembelian digital bermula 28 April 2017.[5]

Latar belakang

Pada Januari 2017, Datuk Siti Nurhaliza dilaporkan bakal muncul dengan album terbaharunya yang dijangka akan dilancarkan pada May 2017. Menurut Siti, beliau sememangnya mahu mencuba sesuatu yang berbeza dalam album yang dibarisi 10 lagu baharu itu. Dalam pada itu, Siti juga menyimpan hasrat untuk mengadakan siri jelajah Asia bagi bertemu dengan para peminatnya. Beliau juga dilaporkan memilih rakan artis dari Indonesia, Judika sebagai rakan duet terbaharunya.[6] Pemilihan Judika sebagai penyanyi undangan dalam album solo terbaharu beliau dibuat bertitik tolak menerusi gandingan mereka berdua dalam sebuah persembahan sempena majlis Anugerah Planet Muzik tidak lama dahulu.[6] Kolaborasi itu merupakan gandingan kali keempat Siti Nurhaliza bersama penyanyi lelaki ternama.[6] Sebelum ini, Siti pernah berduet dengan penyanyi Hafiz menerusi lagu "Muara Hati", Cakra Khan ("Seluruh Cinta") dan Faizal Tahir ("Dirgahayu").[6]

Memulakan proses rakaman pada 7 Mac, Siti melunaskan tanggungjawab menghasilkan buah tangannya itu, baru-baru ini, biarpun berdepan dengan masalah kesihatan.[7] Siti bersyukur kerana proses rakaman SimetriSiti dipermudahkan biarpun dalam kesihatan yang disifatkannya ‘turun naik’.

"Siti mahu abadikan lagu ciptaan sendiri kerana sudah lama tak berbuat demikian. Walaupun lama nak dapat idea, tetapi sekali datang ilham, sekejap saja lagu dihasilkan. Siti hasilkan lirik lagu ini dalam studio. Lagu ini juga agak istimewa dan diharap peminat teruja untuk menantinya,"[7]

— Siti Nurhaliza mengulas mengenai album terbarunya.

Beliau memberitahu turut merakamkan lagu ciptaan sendiri berjudul "Penghiburku".[7] Sebelum ini, Siti pernah mencipta lagu dan lirik berjudul "Hati Berbisik", "Intrig Cinta" dan "Cahaya Cinta".[7] Menganggap album terbarunya itu sebagai buah tangan istimewa buat peminatnya,[8] beliau yang telah berkecimpung dalam industri muzik hampir dua dekad menyifatkan SimetriSiti mewakili dirinya untuk berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjayanya selama ini.[4] Dalam temuramah dengan Sinar Harian, Aubrey Suwito berkata, SimetriSiti dirakamkan dengan menggunakan sentuhan muzik orkestra oleh Orkestra Simfoni Radio Nasional Bulgaria. Beliau berkata: "Saya akui melalui proses sukar bagi penghasilan album ini namun saya gembira kerana pemuzik orkestra dari Bulgaria mengganggap ia album yang bagus selain kagum dengan suara Siti,"[9] Aubrey telah diberi kepercayaan untuk mengarahkan projek album ini terdiri dari beberapa orang penerbit termasuklah Jenny Chin, Ade & Jeje Govinda, Mujahid Abd Wahab, Sze Wan, Firdaus Mahmud dan Opick. Untuk penerbit vokal pula termasuklah Yasin Sulaiman untuk lagu "Kisah Kuinginkan" dan "Aku Bukan Malaikat" dan Aubrey untuk lagu "Segala Perasaan".[10]

Pelancaran dan promosi

Album ini dilancarkan pada 5 Mei 2017. Sebanyak 300 cakera padat album SimetriSiti dibuka untuk tempahan dan dijual secara ‘online’ di Lazada.com.my habis ditempah dalam tempoh 20 minit. Menurut Siti, jualan yang dibuat secara pra tempahan itu adalah eksklusif buat peminat dengan muka depan album khas yang turut disertakan sekeping poskad. Siti turut berkongsi dia menerima lebih 300 lagu sebelum memilih 10 lagu terbaik bagi dimuatkan dalam album ini.[11]

Single

  • "Segala Perasaan" ialah single pertama Siti bagi album SimetriSiti. Lagu ini dicipta oleh komposer Indonesia, Ivan Lahardika yang mengangkat makna cinta yang sangat luas dan melodinya mudah diterima oleh penggemar muzik. Ivan sendiri menceritakan bahawa lirik lagu ini bersatu dengan melodinya dan segala keindahan perasaan disampaikan menerusinya.[5] Namun tidak lama selepas ia dikeluarkan, "Segala Perasaan" menjadi 'trending' dan memanjat ke kedudukan pertama carta iTunes Malaysia dan boleh ditempah awal menerusi beberapa platform digital termasuk iTunes dan Spotify.[12][13]

Senarai runut

No.JudulPenciptaDurasi
1."Penghiburku" (bersama Joe Flizzow)Siti Nurhaliza 
2."Aku Bukan Malaikat"Opick, Dian 
3."Kau Takdirku"Mohariz Yaakup, Habsah Hassan 
4."Hiasi Duniaku"Sid Murshid 
5."Kisahku Inginkan" (bersama Judika)Yasin Sulaiman 
6."Ikrar Cinta"Amirah Ali, Sulu Sarawak 
7."Manis Terindah"Aubrey Suwito, Ad Samad 
8."Bersandar Cinta"Aubrey Suwito, Ad Samad 
9."Segala Perasaan"Ivan Lahardhika 
10."Tak Perlu Ragu"Ade Govinda 

Tenaga kerja

Kredit diperoleh dari sisipan buku kecil album SimetriSiti.[14]

  • Kenny Ong, Siti Nurhaliza - penerbit eksekutif
  • Aubrey Suwito, Ade & Jeje Govinda, Firdaus Mahmud, Sze Wan, Opick, Mujahid Abdul Wahab - penerbit album
  • Aubrey Suwito - pengurus projek (album)
  • Rozi Abdul Razak, Aisyah Wong Mei Chen - urusan A&R
  • Bryan Wong, Tiffany Haruka Teh, Tee Tze Mien, Phoebe Heng, Nicholas Han, Minni Gan, Emily Fomg - unit promosi (Universal Music Group (Malaysia))
  • Rozi Abdul Razak, Siti Fairuz Ibrahim, Saida, Aiman, Alud - unit promosi (Siti Nurhaliza Productions)
  • Jac Ng, Yin Siouw Paung, Kylie Koh - unit komersial (Universal Music)
  • Kim Lim, Maselyn Lam, Carrie Ng, Bah Shu Hann, Aisyah MC Wong - unit New Business Development (Universal Music)
  • Steven Chen, Rachel Sandra Danker - unit produksi - digital (Universal Music)
  • Jay Franco (Sterling Sound, New York) - mastering
  • Anuar Sujud @ Rauna Jud (Urban Ad Sdn. Bhd.) - konsep kulit album, rekabentuk dan karya seni
  • Fadhil Kamarudin, Farah Rafie (The Loft Studio Asia) - jurugambar
  • Jovian Mandagie, Rizman Ruzaini - pakaian
  • Epie Temerloh (Miracle Touch) - solekan

Rujukan

  1. ^ Rafiq Mazlan (7 Mei 2017) SimetriSiti, signal keunggulan Datuk Siti Nurhaliza Sinar Harian. Diperoleh pada 8 Mei 2017.
  2. ^ Zaidi Mohamad (9 April 2017) Siti selesai rakam album baharu BH Online. Diperoleh pada 11 April 2017.
  3. ^ Tahir Alhamzah (17 April 2017) Siti Nurhaliza's new album out soon New Straits Times. Diperoleh pada 22 April 2017.
  4. ^ a b 'SimetriSiti' buah tangan terbaharu Datuk Siti Nurhaliza untuk peminat Astro Awani. Diperoleh pada 6 Mei 2017.
  5. ^ a b c Budiey (28 April 2017) Dato’ Siti Nurhaliza Pertaruh SEGALA PERASAAN Ciptaan Ivan Lahardika Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 Mei 2017.
  6. ^ a b c d Saharudin Musthafa (10 Maret 2017) Judika rakan duet baharu Siti Nurhaliza Utusan Malaysia. Diperoleh pada 16 Maret 2017.
  7. ^ a b c d Saharudin Musthafa (13 April 2017) Siti Nurhaliza selesai rakam album baru Media Permata. Diperoleh pada 1 Mei 2017.
  8. ^ ‘SimetriSiti’ – Siti Nurhaliza’s gift to fans Malaysia Outlook (6 May 2017). Dicapai pada 8 Mei 2017.
  9. ^ 'SimetriSiti' buah tangan terbaharu untuk peminat Sinar Harian. Diperoleh pada 5 May 2017.
  10. ^ Farhana Fuad (6 Mei 2017). Dato’ Siti Nurhaliza Impikan 10 Buah Lagu Di Dalam Album SimetriSiti Hits EH!."Dato’ Siti Nurhaliza mengimpikan supaya 10 buah lagunya di dalam album ke-18 terbaharunya yang baru sahaja dilancarkan, SimetriSiti mampu hits dengan bangganya." Dicapai pada 6 Mei 2017.
  11. ^ Sudirman Mohd Tahir (6 May 2017).CD SimetriSiti nan ekslusif Harian Metro. Dicapai pada 6 May 2017.
  12. ^ Zaidi Mohamad (28 April 2017). Lagu baharu Siti juara carta iTunes Berita Harian. Dicapai pada 1 Mei 2017.
  13. ^ Sudirman Mohd Tahir (28 April 2017). Lagu Siti teratas Harian Metro. Dicapai pada 1 May 2017.
  14. ^ SimetriSiti (catatan media). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Group (Malaysia). 2017. 

Sinopsis

Referensi

Pranala luar