SimetriSiti

album studio kedelapanbelas oleh Siti Nurhaliza

SimetriSiti[1] merupakan album studio ke-17 dari penyanyi Siti Nurhaliza.[2][3][4] Album ini dilancarkan pada 5 Mei 2017 dan mula menjengah di pasaran pada 10 Mei 2017 menerusi Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Malaysia selepas album Fragmen (2014). Dirakamkan dalam tempoh yang singkat, iaitu pada Mac 2017, pembikinan album ini menyaksikan kolaborasi antara komposer, penulis lirik dan penerbit Malaysia dan Indonesia.

SimetriSiti
Album studio karya Siti Nurhaliza
Dirilis10 Mei 2017
DirekamMac-April 2017
Studio
Pelbagai
    • Cranky Music Studio, Ben at Ark Studio, babyBoss Studio, Harem Studio, and Supra Seven Studio
      (Malaysia)
    • iSound Studio
      (Indonesia)
GenrePop, R&B
Durasi40:04
LabelSiti Nurhaliza Productions
Universal Music Sdn Bhd
ProduserSiti Nurhaliza (Eksekutif), Kenny Ong (Eksekutif), Aubrey Suwito, Ade Govinda, Jeje Govinda, Firdaus Mahmud, Sze Wan, Opick, Mujahid Abd Wahab
Kronologi Siti Nurhaliza
Fragmen
(2014)String Module Error: Match not found2014
SimetriSiti
(2017)
Singel dalam album SimetriSiti
  1. "Segala Perasaan"
    Dirilis: 24 April 2017

Pra-tempahan untuk SimetriSiti edisi eksklusif boleh didapati di Lazada Malaysia pada 5 Mei 2017, dan semua 300 salinan album habis dijual dalam masa 20 minit. "Segala Perasaan" dikeluarkan sebagai single pertama untuk album ini yang dikeluarkan pada 24 April 2017.[5]

SimetriSiti menjadi album Siti Nurhaliza yang ketiga yang mana kulit albumnya menampilkan beliau bertudung selepas album Tahajjud Cinta (2009) dan Fragmen (2014).

Latar belakang

Pada November 2016, Datuk Siti Nurhaliza mendedahkan sebelum percutiannya selama 3 minggu,[6] beliau meminta Aubrey Suwito untuk membuat pengumuman di laman Facebook beliau bagi mencari lagu baharu untuk album terbarunya.[7] Sehingga November 2016, beliau telah menerima sebanyak penyertaan 300 lagu, termasuk dari penulis lagu Indonesia.[7] Beliau mengulas mengenai pemilihan lagu tersebut: "Saya tidak terlalu memilih komposer baharu atau lama, apa yang penting ialah lagu tersebut mesti mudah diterima dan rancak. Namun, saya masih mementingkan kualiti gubahan muzik yang matang dan bagus."[8]

Pada Januari 2017, beliau dilaporkan bakal muncul dengan album terbaharunya yang dijangka akan dilancarkan pada Mei 2017. Menurut Siti, beliau sememangnya mahu mencuba sesuatu yang berbeza dalam album yang dibarisi 10 lagu baharu itu. Dalam pada itu, Siti juga menyimpan hasrat untuk mengadakan siri jelajah Asia bagi bertemu dengan para peminatnya. Beliau juga dilaporkan memilih rakan artis dari Indonesia, Judika sebagai rakan duet terbaharunya.[9] Pemilihan Judika sebagai penyanyi undangan dalam album solo terbaharu beliau dibuat bertitik tolak menerusi gandingan mereka berdua dalam sebuah persembahan sempena majlis Anugerah Planet Muzik tidak lama dahulu.[9] Kolaborasi itu merupakan gandingan kali keempat Siti Nurhaliza bersama penyanyi lelaki ternama.[9] Sebelum ini, Siti pernah berduet dengan penyanyi Hafiz menerusi lagu "Muara Hati", Cakra Khan ("Seluruh Cinta") dan Faizal Tahir ("Dirgahayu").[9]

Memulakan proses rakaman pada 7 Mac, Siti melunaskan tanggungjawab menghasilkan buah tangannya itu, baru-baru ini, biarpun berdepan dengan masalah kesihatan.[10] Siti bersyukur kerana proses rakaman SimetriSiti dipermudahkan biarpun dalam kesihatan yang disifatkannya ‘turun naik’.

"Siti mahu abadikan lagu ciptaan sendiri kerana sudah lama tak berbuat demikian. Walaupun lama nak dapat idea, tetapi sekali datang ilham, sekejap saja lagu dihasilkan. Siti hasilkan lirik lagu ini dalam studio. Lagu ini juga agak istimewa dan diharap peminat teruja untuk menantinya,"[10]

— Siti Nurhaliza mengulas mengenai album terbarunya.

Beliau memberitahu turut merakamkan lagu ciptaan sendiri berjudul "Penghiburku".[10] Sebelum ini, Siti pernah mencipta lagu dan lirik berjudul "Hati Berbisik", "Intrig Cinta" dan "Cahaya Cinta".[10] Menganggap album terbarunya itu sebagai buah tangan istimewa buat peminatnya,[11] beliau yang telah berkecimpung dalam industri muzik hampir dua dekad menyifatkan SimetriSiti mewakili dirinya untuk berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjayanya selama ini.[4] Dalam temuramah dengan Sinar Harian, Aubrey Suwito berkata, SimetriSiti dirakamkan dengan menggunakan sentuhan muzik orkestra oleh Orkestra Simfoni Radio Nasional Bulgaria. Beliau berkata: "Saya akui melalui proses sukar bagi penghasilan album ini namun saya gembira kerana pemuzik orkestra dari Bulgaria mengganggap ia album yang bagus selain kagum dengan suara Siti,"[12] Aubrey telah diberi kepercayaan untuk mengarahkan projek album ini terdiri dari beberapa orang penerbit termasuklah Jenny Chin, Ade & Jeje Govinda, Mujahid Abd Wahab, Sze Wan, Firdaus Mahmud dan Opick. Untuk penerbit vokal pula termasuklah Yasin Sulaiman untuk lagu "Kisah Kuinginkan" dan "Aku Bukan Malaikat" dan Aubrey untuk lagu "Segala Perasaan".[13]

Pelancaran dan promosi

Album ini dilancarkan pada 5 Mei 2017. Sebanyak 300 cakera padat album SimetriSiti dibuka untuk tempahan dan dijual secara ‘online’ di Lazada.com.my habis ditempah dalam tempoh 20 minit. Menurut Siti, jualan yang dibuat secara pra tempahan itu adalah eksklusif buat peminat dengan muka depan album khas yang turut disertakan sekeping poskad. Siti turut berkongsi dia menerima lebih 300 lagu sebelum memilih 10 lagu terbaik bagi dimuatkan dalam album ini.[14]

Single

  • "Segala Perasaan" ialah single pertama Siti bagi album SimetriSiti. Lagu ini dicipta oleh komposer Indonesia, Ivan Lahardika yang mengangkat makna cinta yang sangat luas dan melodinya mudah diterima oleh penggemar muzik. Ivan sendiri menceritakan bahawa lirik lagu ini bersatu dengan melodinya dan segala keindahan perasaan disampaikan menerusinya.[5] Namun tidak lama selepas ia dikeluarkan, "Segala Perasaan" menjadi 'trending' dan memanjat ke kedudukan pertama carta iTunes Malaysia dan boleh ditempah awal menerusi beberapa platform digital termasuk iTunes dan Spotify.[15][16]

Senarai runut

No.JudulPenciptaDurasi
1."Bersandar Cinta"Aubrey Suwito, Ad Samad3:58
2."Penghiburku" (bersama Joe Flizzow)Siti Nurhaliza3:28
3."Ikrar Cinta"Amirah Ali, Sulu Sarawak3:48
4."Segala Perasaan"Ivan Lahardika4:43
5."Aku Bukan Malaikat"Opick, Dian4:07
6."Manis Terindah"Aubrey Suwito, Ad Samad3:48
7."Kisah Ku Inginku" (bersama Judika)Ivan Lahardika4:28
8."Tak Perlu Ragu"Ade Govinda3:35
9."Kau Takdirku"Mohariz Yaakup, Habsah Hassan3:59
10."Hiasi Duniaku"Sid Murshid4:10
Durasi total:40:04

Tenaga kerja

Kredit diperoleh dari sisipan buku kecil album SimetriSiti.[17]

Penyanyi dan Pemuzik
  • Aji - gitar (trek 1, 6)
  • Arthur Kam - dram (trek 10)
  • Aznan Alias - gitar (trek 9)
  • Azran Hamzah (Awe) - vokal latar (trek 9)
  • Eja Muhammad Nor (Eja) - vokal latar (trek 9)
  • Joe Flizzow - vokal (trek 2)
  • Helmy Metz - vokal latar (trek 7)
  • Hendra J Pristiwa - string (trek 7)
  • Ivan Lahardika - gitar (trek 4, 7), keyboard (trek 4, 7)
  • Jantan Prama Putra - dram (trek 7)
  • John Thomas - dram (trek 3)
  • Judika - vokal (trek 7)
  • Juwita Suwito - vokal latar (trek 2)
  • Levi Lebon - bes (trek 4, 7)
  • Norman Abd Rahman - bes (trek 3)
  • Sani Harjasyah Rusmadi - dram (trek 4)
  • Sham Kamikaze - gitar (trek 2, 10)
  • Sham Kamikaze - gitar akustik (trek 3), gitar elektrik (trek 3)
  • Siti Nurhaliza - vokal (trek 1-10)
  • Yucky Yulianti - vokal latar (trek 4, 7)
Tenaga Teknikal
  • Ad Samad - penulis lirik (trek 1, 6)
  • Ade Govinda - penerbit rakaman (trek 8), gubahan (track 8), komposer (trek 8), penulis lirik (track 8)
  • Aiman - unit promosi (Siti Nurhaliza Productions)
  • Aisyah Wong Mei Chen - A&R, unit pembangunan perniagaan baru (Universal Music Group)
  • Alud - unit promosi (Siti Nurhaliza Productions)
  • Amirah Ali - komposer (trek 3)
  • Anuar Sujud - penciptaan, rekabentuk
  • Aubrey Suwito - pengurus projek album (trek 1-10), penerbit rakaman (trek 1, 6), komposer (trek 1, 6) rakaman (trek 1, 6), gubahan (track 1, 6), penerbitan (trek 4), keyboard (trek 1, 6), programing (trek 1, 6)
  • Ari Renaldi - adunan (trek 5, 8)
  • Bah Shu Hann - unit pembangunan perniagaan baru (Universal Music Group)
  • Bryan Wong - unit promosi (Universal Music Group)
  • Carrie Ng - unit pembangunan perniagaan baru (Universal Music Group)
  • Dani P.O - dram (trek 5)
  • Dian - lyricist (trek 5)
  • Dimawan Krisnowo Adji - gubahan (trek 4)
  • Emily Fong - unit promosi (Universal Music Group)
  • Epie Temerloh Miracle Touch - solekan
  • Fadhil Kamarudin - fotografi
  • Fadzli Fauzy - rakaman (trek 9), adunan (trek 9)
  • Farah Rafie - fotografi
  • Felix Voon - adunan (trek 2, 10)
  • Firdaus Mahmud - penerbit rakaman (trek 9), gubahan (trek 9), keyboard (trek 9), programming (trek 9)
  • Habsah Hassan - penulis lirik (trek 9)
  • Ivan Lahardika - komposer (trek 4, 7), penulis lirik (trek 4, 7), gubahan (trek 4, 7)
  • Jac Ng - unit komersial (Universal Music Group)
  • Jay Franco (Sterling Sound) – mastering (trek 1–10)
  • Jeje Govinda - penerbit rakaman (trek 8), gubahan (trek 8)
  • Jenny Chin - penerbit rakaman (trek 3), rakaman (trek 3), gubahan (trek 3), keyboard (trek 3), programing (trek 3)
  • Joe Flizzow - penulis lirik (trek 2)
  • Jovian Mandagie - pakaian
  • Judika - penerbitan (trek 7)
  • Keith Yong - rakaman (trek 1, 3, 6)
  • Kim Lim - unit pembangunan perniagaan baru (Universal Music Group)
  • Kylie Koh - unit komersial (Universal Music Group)
  • Leonard Fong - koordinator sesi penjaringan (trek 1, 3, 4, 6, 8), penyelia rakaman (trek 1, 3, 4, 6, 8)
  • Martin - keyboard (trek 5), programing (track 5), gitar (trek 5), bes (trek 5)
  • Minni Gan - unit promosi (Universal Music Group)
  • Miselyn Lem - unit pembangunan perniagaan baru (Universal Music Group)
  • Mohariz Yaakup - komposer (trek 9)
  • Mujahid Abd Wahab - penerbit rakaman (trek 4, 7)
  • Nicholas Han - unit promosi (Universal Music Group)
  • Opick - penerbit rakaman (trek 5), komposer (trek 5), gubahan (trek 5)
  • Paul Morrison - adunan (trek 6)
  • Peter Chong - adunan (trek 3, 10)
  • Phoebe Heng - unit promosi (Universal Music Group)
  • Rachel Sandra Danker - unit penerbitan diital (Universal Music Group)
  • Rizman Ruzaini - pakaian
  • Rozi Abdul Razak - artis dan repertoir, unit promosi (Siti Nurhaliza Productions)
  • Saida - unit promosi (Siti Nurhaliza Productions)
  • Sham Kamikaze - rakaman (trek 3)
  • Shirley Tan - pengurus studio (trek 1, 4, 6, 8)
  • Sid Murshid - komposer (trek 10), penulis lirik (trek 10)
  • Siti Fairuz Ibrahim - unit promosi (Siti Nurhaliza Productions)
  • Siti Nurhaliza - komposer (track 2), penulis lirik (trek 2)
  • Steven Chen - unit penerbitan digital (Universal Music Group)
  • Sulu Sarawak - penulis lirik (trek 3)
  • Sunil Kumar - adunan (trek 1)
  • Sze Wan - rpenerbit rakaman (trek 2, 10), gubahan (trek 2, 10)
  • Tee Tze Mien - unit promosi (Universal Music Group)
  • Tiffany Haruka Teh - unit promosi (Universal Music Group)
  • Wawan Qreebow - adunan (trek 4, 7)
  • Yasin Sulaiman - penerbitan (trek 5, 7)
  • Yin Siow Paung - unit komersial (Universal Music Group)
Tenaga Kerja Bulgaria
  • Christo Pavlov - konduktor (trek 1, 3, 4, 6, 8)
  • Gabriele Conti - rakaman proalat (trek 1, 3, 4, 6, 8)
  • Marco Streccioni - jurutera skor (trek 1, 3, 4, 6, 8)
  • Slav Slavtchev - pengurus orkestra (trek 1, 3, 4, 6, 8)

Rujukan

  1. ^ Rafiq Mazlan (7 Mei 2017) SimetriSiti, signal keunggulan Datuk Siti Nurhaliza Sinar Harian. Diperoleh pada 8 Mei 2017.
  2. ^ Zaidi Mohamad (9 April 2017) Siti selesai rakam album baharu BH Online. Diperoleh pada 11 April 2017.
  3. ^ Tahir Alhamzah (17 April 2017) Siti Nurhaliza's new album out soon New Straits Times. Diperoleh pada 22 April 2017.
  4. ^ a b 'SimetriSiti' buah tangan terbaharu Datuk Siti Nurhaliza untuk peminat Astro Awani. Diperoleh pada 6 Mei 2017.
  5. ^ a b Budiey (28 April 2017) Dato’ Siti Nurhaliza Pertaruh SEGALA PERASAAN Ciptaan Ivan Lahardika Sensasi Selebriti. Diperoleh pada 1 Mei 2017.
  6. ^ Haryati Karim (25 November 2016). "Memori percutian Siti". Kosmo!. Diarsipkan dari versi asli tanggal 9 May 2017. Diakses tanggal 10 May 2017. 
  7. ^ a b Farihad Shalla Mahmud (25 November 2016). "Siti terima 300 lagu daripada komposer lama, baharu". Berita Harian. Diarsipkan dari versi asli tanggal 9 May 2017. Diakses tanggal 10 May 2017. 
  8. ^ Kemalia Othman (26 November 2016). "Siti Nurhaliza Terima 300 Lagu Selepas Dihebahkan Di Laman Sosial". mStar. Diarsipkan dari versi asli tanggal 9 May 2017. Diakses tanggal 10 May 2017. 
  9. ^ a b c d Saharudin Musthafa (10 Mac 2017) Judika rakan duet baharu Siti Nurhaliza Utusan Malaysia. Diperoleh pada 16 Mac 2017.
  10. ^ a b c d Saharudin Musthafa (13 April 2017) Siti Nurhaliza selesai rakam album baru Media Permata. Diperoleh pada 1 Mei 2017.
  11. ^ ‘SimetriSiti’ – Siti Nurhaliza’s gift to fans Malaysia Outlook (6 Mei 2017). Dicapai pada 8 Mei 2017.
  12. ^ 'SimetriSiti' buah tangan terbaharu untuk peminat Sinar Harian. Diperoleh pada 5 Mei 2017.
  13. ^ Farhana Fuad (6 Mei 2017). Dato’ Siti Nurhaliza Impikan 10 Buah Lagu Di Dalam Album SimetriSiti Hits EH!."Dato’ Siti Nurhaliza mengimpikan supaya 10 buah lagunya di dalam album ke-18 terbaharunya yang baru sahaja dilancarkan, SimetriSiti mampu hits dengan bangganya." Dicapai pada 6 Mei 2017.
  14. ^ Sudirman Mohd Tahir (6 Mei 2017).CD SimetriSiti nan ekslusif Harian Metro. Dicapai pada 6 Mei 2017.
  15. ^ Zaidi Mohamad (28 April 2017). Lagu baharu Siti juara carta iTunes Berita Harian. Dicapai pada 1 Mei 2017.
  16. ^ Sudirman Mohd Tahir (28 April 2017). Lagu Siti teratas Harian Metro. Dicapai pada 1 Mei 2017.
  17. ^ SimetriSiti (catatan media). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Group (Malaysia). 2017. 

Latar belakang

Pada Januari 2017, Datuk Siti Nurhaliza dilaporkan bakal muncul dengan album terbarunya yang dijadwalkan akan dirilis pada Mei 2017. Menurut Siti, beliau sememangnya ingin mencoba sesuatu yang berbeda dalam album yang diisi oleh 10 lagu baru itu. Dalam pada itu, Siti juga menyimpan hasrat untuk mengadakan tur jelajah Asia bagi bertemu dengan para peminatnya. Beliau juga dilaporkan memilih rekan artis dari Indonesia, Judika sebagai rekan duet terbarunya.[1] Pemilihan Judika sebagai penyanyi undangan dalam album solo terbaru beliau dibuat bertitik tolak melalui gandingan mereka berdua dalam sebuah persembahan sempena majlis Anugerah Planet Muzik tidak lama dahulu.[1] Kolaborasi itu merupakan gandingan kali keempat Siti Nurhaliza bersama penyanyi lelaki ternama.[1] Sebelum ini, Siti pernah berduet dengan penyanyi Hafiz menerusi lagu "Muara Hati", Cakra Khan ("Seluruh Cinta") dan Faizal Tahir ("Dirgahayu").[1]

Memulai proses rekaman pada 7 Maret, Siti melunaskan tanggungjawab menghasilkan buah tangannya itu, baru-baru ini, biarpun berdepan dengan masalah kesehatan.[2] Siti bersyukur kerana proses rekaman SimetriSiti dipermudah biarpun dalam kesehatan yang 'tidak stabil'.

"Siti mahu abadikan lagu ciptaan sendiri kerana sudah lama tak berbuat demikian. Walaupun lama nak dapat idea, tetapi sekali datang ilham, sekejap saja lagu dihasilkan. Siti hasilkan lirik lagu ini dalam studio. Lagu ini juga agak istimewa dan diharap peminat teruja untuk menantinya,"[2]

— Siti Nurhaliza mengulas mengenai album terbarunya.

Beliau memberitahu turut merakamkan lagu ciptaan sendiri berjudul "Penghiburku".[2] Sebelum ini, Siti pernah mencipta lagu dan lirik berjudul "Hati Berbisik", "Intrig Cinta" dan "Cahaya Cinta".[2] Menganggap album terbarunya itu sebagai buah tangan istimewa buat peminatnya,[3] beliau yang telah berkecimpung dalam industri muzik hampir dua dekad menyifatkan SimetriSiti mewakili dirinya untuk berterima kasih kepada semua pihak yang menyokong kerjayanya selama ini.[4] Dalam temuramah dengan Sinar Harian, Aubrey Suwito berkata, SimetriSiti dirakamkan dengan menggunakan sentuhan muzik orkestra oleh Orkestra Simfoni Radio Nasional Bulgaria. Beliau berkata: "Saya akui melalui proses sukar bagi penghasilan album ini namun saya gembira kerana pemuzik orkestra dari Bulgaria mengganggap ia album yang bagus selain kagum dengan suara Siti,"[5] Aubrey telah diberi kepercayaan untuk mengarahkan projek album ini terdiri dari beberapa orang penerbit termasuklah Jenny Chin, Ade & Jeje Govinda, Mujahid Abd Wahab, Sze Wan, Firdaus Mahmud dan Opick. Untuk penerbit vokal pula termasuklah Yasin Sulaiman untuk lagu "Kisah Kuinginkan" dan "Aku Bukan Malaikat" dan Aubrey untuk lagu "Segala Perasaan".[6]

Pelancaran dan promosi

Album ini dilancarkan pada 5 Mei 2017. Sebanyak 300 cakera padat album SimetriSiti dibuka untuk tempahan dan dijual secara ‘online’ di Lazada.com.my habis ditempah dalam tempoh 20 minit. Menurut Siti, jualan yang dibuat secara pra tempahan itu adalah eksklusif buat peminat dengan muka depan album khas yang turut disertakan sekeping poskad. Siti turut berkongsi dia menerima lebih 300 lagu sebelum memilih 10 lagu terbaik bagi dimuatkan dalam album ini.[7]

Single

  • "Segala Perasaan" ialah single pertama Siti bagi album SimetriSiti. Lagu ini dicipta oleh komposer Indonesia, Ivan Lahardika yang mengangkat makna cinta yang sangat luas dan melodinya mudah diterima oleh penggemar muzik. Ivan sendiri menceritakan bahawa lirik lagu ini bersatu dengan melodinya dan segala keindahan perasaan disampaikan menerusinya.[8] Namun tidak lama selepas ia dikeluarkan, "Segala Perasaan" menjadi 'trending' dan memanjat ke kedudukan pertama carta iTunes Malaysia dan boleh ditempah awal menerusi beberapa platform digital termasuk iTunes dan Spotify.[9][10]

Senarai runut

No.JudulPenciptaDurasi
1."Penghiburku" (bersama Joe Flizzow)Siti Nurhaliza 
2."Aku Bukan Malaikat"Opick, Dian 
3."Kau Takdirku"Mohariz Yaakup, Habsah Hassan 
4."Hiasi Duniaku"Sid Murshid 
5."Kisahku Inginkan" (bersama Judika)Yasin Sulaiman 
6."Ikrar Cinta"Amirah Ali, Sulu Sarawak 
7."Manis Terindah"Aubrey Suwito, Ad Samad 
8."Bersandar Cinta"Aubrey Suwito, Ad Samad 
9."Segala Perasaan"Ivan Lahardhika 
10."Tak Perlu Ragu"Ade Govinda 

Tenaga kerja

Kredit diperoleh dari sisipan buku kecil album SimetriSiti.[11]

  • Kenny Ong, Siti Nurhaliza - penerbit eksekutif
  • Aubrey Suwito, Ade & Jeje Govinda, Firdaus Mahmud, Sze Wan, Opick, Mujahid Abdul Wahab - penerbit album
  • Aubrey Suwito - pengurus projek (album)
  • Rozi Abdul Razak, Aisyah Wong Mei Chen - urusan A&R
  • Bryan Wong, Tiffany Haruka Teh, Tee Tze Mien, Phoebe Heng, Nicholas Han, Minni Gan, Emily Fomg - unit promosi (Universal Music Group (Malaysia))
  • Rozi Abdul Razak, Siti Fairuz Ibrahim, Saida, Aiman, Alud - unit promosi (Siti Nurhaliza Productions)
  • Jac Ng, Yin Siouw Paung, Kylie Koh - unit komersial (Universal Music)
  • Kim Lim, Maselyn Lam, Carrie Ng, Bah Shu Hann, Aisyah MC Wong - unit New Business Development (Universal Music)
  • Steven Chen, Rachel Sandra Danker - unit produksi - digital (Universal Music)
  • Jay Franco (Sterling Sound, New York) - mastering
  • Anuar Sujud @ Rauna Jud (Urban Ad Sdn. Bhd.) - konsep kulit album, rekabentuk dan karya seni
  • Fadhil Kamarudin, Farah Rafie (The Loft Studio Asia) - jurugambar
  • Jovian Mandagie, Rizman Ruzaini - pakaian
  • Epie Temerloh (Miracle Touch) - solekan

Rujukan

  1. ^ a b c d Saharudin Musthafa (10 Maret 2017) Judika rakan duet baharu Siti Nurhaliza Utusan Malaysia. Diperoleh pada 16 Maret 2017.
  2. ^ a b c d Saharudin Musthafa (13 April 2017) Siti Nurhaliza selesai rakam album baru Media Permata. Diperoleh pada 1 Mei 2017.
  3. ^ ‘SimetriSiti’ – Siti Nurhaliza’s gift to fans Malaysia Outlook (6 May 2017). Dicapai pada 8 Mei 2017.
  4. ^ Kesalahan pengutipan: Tag <ref> tidak sah; tidak ditemukan teks untuk ref bernama 'SimetriSiti' buah tangan
  5. ^ 'SimetriSiti' buah tangan terbaharu untuk peminat Sinar Harian. Diperoleh pada 5 May 2017.
  6. ^ Farhana Fuad (6 Mei 2017). Dato’ Siti Nurhaliza Impikan 10 Buah Lagu Di Dalam Album SimetriSiti Hits EH!."Dato’ Siti Nurhaliza mengimpikan supaya 10 buah lagunya di dalam album ke-18 terbaharunya yang baru sahaja dilancarkan, SimetriSiti mampu hits dengan bangganya." Dicapai pada 6 Mei 2017.
  7. ^ Sudirman Mohd Tahir (6 May 2017).CD SimetriSiti nan ekslusif Harian Metro. Dicapai pada 6 May 2017.
  8. ^ Kesalahan pengutipan: Tag <ref> tidak sah; tidak ditemukan teks untuk ref bernama Simetri Siti Nurhaliza
  9. ^ Zaidi Mohamad (28 April 2017). Lagu baharu Siti juara carta iTunes Berita Harian. Dicapai pada 1 Mei 2017.
  10. ^ Sudirman Mohd Tahir (28 April 2017). Lagu Siti teratas Harian Metro. Dicapai pada 1 May 2017.
  11. ^ SimetriSiti (catatan media). Siti Nurhaliza. Siti Nurhaliza Productions dan Universal Music Group (Malaysia). 2017.