Suku Semelai
suku bangsa di Malaysia
Suku Semelai merupakan orang asli dari puak Melayu Proto yang terdapat di Negeri Sembilan, Kelantan, Pahang.
Suku Selelai terbahagi kepada dua bahagian yang utama, iaitu:-
Muzik Kaum Semelai
Muzik kaum Semelai diwarisi daripada generasi terdahulu tetapi diubah sedikit muzik dan lagunya mengikut kesesuaian zaman. Terdapat dua instrumen bagi muzik ini iaitu rebana dan gong (gong jantan dan gong betina). Muzik ini dimainkan di balai ketika kenduri-kendara, majlis perkahwinan, berkhatan dan keramaian untuk tujuan berhibur. Muzik akan dimainkan diiringi lagu-lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Semelai. Terdapat juga tarian tetapi dilakukan dengan bersyarat dan ada peraturan yang tertentu. Muzik kaum ini juga digunakan untuk tujuan perubatan.