Kacang buncis merupakan sejenis sayur kacang yang berbuah dan sangat kaya dengan kandungan protein. Ia dipercayai berasal dari Amerika Tengah dan Amerika Selatan. Kacang buncis atau nama saintifiknya adalah Phaseolus vulgaris mengandungi berbagai khasiat yang tidak terdapat pada tumbuhan sekelurga dengannya.

Kacang buncis.

Kacang buncis tumbuh melilit, mempunyai akar tunjang dan sisi yang panjang dan memerlukan tiang untuk memanjat.

Sayur yang kaya dengan protein dan vitamin ini membantu menurunkan tekanan darah serta mengawal metabolisme gula dalam darah dan amat sesuai dimakan oleh mereka yang menghidapi penyakit kencing manis atau darah tinggi. Kacang ini dapat membantu mengatasi masalah mereka. Ini kerana ujian makmal telah menunjukkan kacang ini mengandung serat dan enzim yang dapat membantu menurunkan berat badan.

Pranala luar