Gunung Jerai
gunung di Malaysia
Gunung Jerai merupakan sebuah gunung yang terdapat di negeri Kedah, Malaysia, di antara perbatasan daerah Kuala Muda dan Yan. Gunung Jerai mempunyai ketinggian setinggi 1.217 meter.
Dikatakan sebuah batu besar berbentuk sebuah kapal ada di puncak gunung ini. Penduduk setempat di situ menggelarinya "Batu Kapal". Menurut legenda, kapal tersebut adalah milik Maharaja Merong Mahawangsa yang telah disumpah oleh Sang Kelembai ketika Maharaja tersebut mencoba melabuhkan kapalnya di Pulau Serai, nama asli Gunung Jerai.
Gunung Jerai menawarkan aktivitas melintasi hutan bagi pencinta alam. Terdapat pelbagai tumbuh-tumbuhan tropika yang termasuk kawasan hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas.