Kampung Padang Balang
Artikel ini sebatang kara, artinya tidak ada artikel lain yang memiliki pranala balik ke halaman ini. Bantulah menambah pranala ke artikel ini dari artikel yang berhubungan atau coba peralatan pencari pranala. Tag ini diberikan pada Oktober 2020. |
Kampung Padang Balang ialah kampung tertua yang masih wujud di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Malaysia. Kampung ini dikelilingi oleh Jalan Gombak, Jalan Kampung Bandar Dalam, Lebuhraya Duta-Ulu Kelang (DUKE), Jalan Lingkaran Tengah 2 (MRR2) dan Sungai Gombak.
Kampung Padang Balang
کمڤــــــوڠ ڤادڠ بالڠ | |
---|---|
| |
Transkripsi Other | |
• Arab | ٱلقَــــرْيَةٌ فَـــــدَنْج بَلَــــنْج |
• Tionghoa | 甘榜巴当峇浪 |
• Tamil | பாடங் பாலாங் |
Motto: Tuah Sakato | |
Koordinat: 3°12′45.551″N 101°41′53.93″E / 3.21265306°N 101.6983139°E | |
Negara | Malaysia |
Negara bagian | Wilayah Persekutuan |
Kota | Kuala Lumpur |
Metropolis | Lembah Klang |
Mukim | Setapak |
Daerah pemilihan | Wangsa Maju |
Otoritas Lokal | Balai Kota Kuala Lumpur |
Pembentukan | 1830 |
Pendiri | Datuk Ampat Balang Batang Kapas |
Pemukim asli | Batang Kapas, Payakumbuh, Kuantan, Biduanda Temuan |
Pemerintahan | |
• Jenis | Demokrasi konstitusional |
• Yang Di-Pertuan Agong | Al-Sultan Abdullah |
• Perdana Menteri | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
• Menteri | Tan Sri Annuar Musa |
• Wali Kota | Nor Hisham Ahmad Dahlan |
• Kepala kampung | Lowong |
Zona waktu | UTC+8 (MST) |
Kode pos | 51100 Kuala Lumpur |
Kepolisian | Sentul District Police Headquarters |
Fire | South Gombak Fire and Rescue Station |
Sejarah
Kampung ini mendapat namanya dari peneroka pertamanya iaitu Datuk Ampat Balang yang membuka kampung ini sekitar tahun 1930. Datuk Ampat Balang membawa peneroka-peneroka dari Batangkapas, Minangkabau yang melarikan dari dari penjajahan Belanda sewaktu Perang Padri. Mereka mulanya mendarat di Sungai Ujong, Negeri Sembilan sebelum mendapat keizinan dari Penghulu Sungai Ujong untuk membina penempatan di Hulu Kelang. Mereka bergerak melalui Serendah, Banting dan akhirnya tiba di utara Hulu Kelang yang kini dikenali sebagai Gombak. Pembukaan penempatan di Gombak oleh Datuk Ampat Balang menarik lebih ramai lagi suku Batang Kapas berhijrah ke Gombak. Datuk Balang kemudiannya diikuti oleh pemuka-pemuka minangkabau lain iaitu Datuk Sati, Datuk Samang dan Datuk Jahan serta peneroka-peneroka lain dari keturunan suku Batangkapas, suku Kuantan, suku Payakumbuh, orang Melayu serta Biduanda.
Pada awalnya Padang Balang terdiri daripada pelbagai penempatan suku Minangkabau di Gombak. Ia turut dikenali oleh orang Minangkabau sebagai Serambut atau Segambut. Walaubagaimanapun, Segambut hari ini tidak mempunyai perkaitan dengan Kampung Padang Balang. Perkampungan Padang Balang pada asalnya turut meliputi kawasan-kawasan yang hari ini dikenali sebagai Kampung Kerdas, Kampung Sungai Mulia, Kampung Changkat, Kampung Lembah Melewar, Taman Melewar, Greenwood, Kampung Chubadak, Kampung Lee Chong Kian, Taman Pelangi, Kampung Batu Muda dan Kampung Bandar Dalam. Walaubagaimana pun, setelah banyak penempatan baru dibuka, kampung-kampung ini telah memisahkan diri kerana untuk memudahkan urusan pentadbiran serta meningkatkan keselamatan, terutamanya sewaktu berlakunya perang Kelang di Zaman Keris dan Pemuras.
Kampung-Kampung lama yang masih berada di dalam Kampung Padang Balang pada hari ini adalah Kampung Padang Balang Kampung Padang Balang Hulu Kampung Padang Balang Hilir Kampung Paya Rumput
Senarai Ketua Kampung
Bil | Nama | Tahun | Nota |
---|---|---|---|
1 | Datuk Ampat Balang | 1830-1851 | Empat Besar dan Pengasas Kampung Padang Balang |
2 | Datuk Ampat Sati | 1852-1863 | Empat Besar |
3 | Datuk Ampat Samang | 1863-1867 | Empat Besar |
4 | Datuk Ampat Jahan | 1868-1870 | Empat Besar |
5 | Onyang Abdul Malik | 1870-1880 | |
6 | Datuk Ampat Binok bin Datuk Ampat Balang | 1880-1990 | Anak kepada Datuk Ampat Balang |
7 | Datuk Ampat Fakeh Pasisia | 1890 | |
8 | Datuk Alam Merah Bukit Kuantan | 1890-1901 | |
9 | Datuk Ampat Salleh Pasaman | 1901-1903 | |
10 | Datuk Ampat Duamin | 1903-1930 | |
11 | Datuk Ampat Abdullah | 1930-1961 | Selepas Perang Dunia kedua berakhir, Kerajaan British di bawah Malayan Union mengeluarkan Peraturan mengehendaki kesemua kampung di Kuala Lumpur untuk mendaftarkan ketua Kampung masing-masing. Abdullah menjadi ketua kampung pertama yang didaftarkan di dalam rekod Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. |
12 | Datuk Ampat Abdul Manaf bin Binok | 1961-2000 | Anak kepada Datuk Ampat Binok. Sewaktu kepimpinan Abdul Manaf, Kuala Lumpur telah dijual kepada Kerajaan Persekutuan untuk dijadikan Ibu Negara. Pada penghujung usianya, Datuk Bandar dalam usaha menghapuskan sejarah orang Melayu dan Selangor dari Kuala Lumpur telah menghapuskan jawatan Ketua Kampung di Kuala Lumpur. Ini menyebabkan Abdul Manaf menjadi Ketua Kampung terakhir di Kampung Padang Balang. Abdul Manaf yang meninggal dunia pada 2000 juga adalah ketua kampung rasmi yang terakhir di Bandaraya Kuala Lumpur. |
- | Interregnum | 2000-2018 | Selepas kematian Abdul Manaf, DBKL telah menerbitkan Draf Kuala Lumpur 2020 yang mengkategorikan Padang Balang sebagai penempatan setinggan. Ini telah menyebabkan kemarahan penduduk Kampung Padang Balang. Justeru kepimpinan diambil oleh pengerusi Masjid Saidina Ali Karram Allahu Wajhah, Hj Zainal Abidin bin Hj Maas menerusi Barisan Bertindak Penduduk Perkampungan Tradisi Melayu dan Majlis Permuafakatan Perkampungan Tradisi Melayu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (Muafakat) bersama-sama pemimpin tempatan dari kampung-kampung Melayu Kuala Lumpur lain. |
13 | Haji Rosden Bin Haji Mohd Yassin | 2018-2020 | Katua Kampung lantikan politik oleh Kerajaan Pakatan Harapan. Jabatan ini kembali kosong apabila kerajaan Pakatan Harapan tumpas pada 2020. |
Pendidikan
Tempat beribadat
Poskod
Poskod yang digunakan di Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan ialah 51100.[2]
Rujukan
- ^ Nan al-Binjai (2011-01-16). "Nee: Padang Balang menunggu warta Kampung Warisan". Eraaddeen.blogspot.com. Diakses tanggal 2020-05-30.
- ^ Carian Poskod